Ramai pasangan yang sudah berkahwin inginkan zuriat secepat mungkin. Tapi kita tak boleh nak melawan rezeki Allah. Yang senang dapat zuriat, syukur Alhamdulillah. Buat yang masih menunggu, bolehlah cuba petua ini. Bahan-bahannya pun tidak melibatkan bahan-bahan kimia. Semuanya semula jadi.
Saya dengan rendah hati nak share pada yang teringin atau dah lama nantikan zuriat. Saya dulu masa anak first pon susah juga dapat anak, berapa bulan pregnancy test -ve saja. sedih kecewa semua ada tp sy tak pernah putus asa. macam2 saya research hingga saya jumpa tips di bawah ni saya try dan next month terus sy +ve alhamdullilah. Terkejut saya.
Masa sy research saya ada baca komen2 bagi feedback kawan mereka,kakak mereka,saudare mereka berjaya hamil lepas try semua ni, alhamdullilah happy mereka. Tak sangka saya pon berjaya. So saya cuba share dengan kawan kawan dalam ni mana tahu berjaya dengan izinNya. Benda baik apa salahnya mencuba kan? Mana tahu ada rezeki untuk kakak2 semua.
Air rebusan kecambah taugeh
1. Ambil segenggam kacang hijau dan rendam dalam air selama 2 jam.
2. Biarkan ia menjadi taugeh yang tak panjang (taugeh yang pendek). ianya ambil masa kira-kira 3 hari sahaja.
3. Rebus taugeh tersebut (air sebanyak 2 gelas) selama kira-kira 10 minit sahaja.
4. Minum air tersebut pada setiap pagi sebelum sarapan selama waktu datang p++iod. (7 hari turut2 ye ladies)
*taugeh untuk suburkan*
_________________________
Susu kambing + kurma
Tips ni saya dapat dari blogger ustaz yang share, ustaz ni bagitahu ramai yg bagi feedback dan berjaya hamil dan dpt zuriat lepas cuba.
8. bahagikan susu sama rata lepas blend then sebelum minum baca bismillah dan selawat 3x dulu baru minum sambil niat dalam hati “buat mcmni utk dapatkan zuriat dan semoga Allah murahkan rezeki zuriat padaku” contoh doa bagi umat islam ye
*Susu kurma ni buat sekali pun da ok*
________________________
Saffron
Minum setiap hari air rendaman saffron (untuk lawaskan p*riod)
Tips ringkas dari saya:
-Jangan sesekali stress (stress punca utama susah dapat zuriat so enjoy your life mcm normal,jangan asyik fikirkan atau sedih kecewa kalau dapat result -ve)
-be positive selalu jangan mindset anak anak je nanti stress dtg
-berdoa pada Allah banyak2 minta zuriat even kita seorang pendosa
-kalau masih tak berjaya jangan sesekali give up dan research tips dari org
-makan asid folic
-kalau kawan2 ada masalah kesihatan wanita sila jumpa doktor pakar sakit puan ye
-lelaki pon kena berkerjasama berhenti merokok-kurangkan berat badan klo obes, makan makan seimbang..
-lelaki perempuan perlu jumpa doktor dan dgr nasihat doktor ye kdg2 dua2 ada masalah kesihatan yg doktor perlu check..
Saya ikhlas share tips saya sendiri yang berjaya ni. Ingatkan sy nak share di YouTube sy je sb nak buat video pasal ni..tapi tak apa la saya ikhlas share di sini untuk kawan2 dalam ni Semoga Allah suburkan awak dan dimurahkan rezeki zuriat untuk awak yang dah lama nantikan.
Kredit : princess naznin
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang isteri memerlukan kasih sayang suami, manakala si suami pula memerlukan rasa hormat dari si isteri. Perkara ini nampak mudah namun ianya agak rumit. Ramai para wanita mengambil mudah dalam hal ini. Seeloknya wanita mengambil tahu betapa pentingnya hormat suami selepas berkahwin nanti.
Sudah menjadi lumrah atau fitrah kaum lelaki mempunyai kemahuan atau kehendak yang sangat kuat untuk dihormati. Jika mereka dihormati, mereka menjadi seakan-akan sepohon pokok yang mendapat siraman air dan cahaya yang mencukupi. Namun sebaliknya jika anda tidak menghormati mereka, sudah tentu atau bermungkinan mereka akan merasa sedih, marah atau benci.
PENTINGNYA HORMAT SUAMI SELEPAS BERKAHWIN
Ramai dikalangan wanita masakini mampu menghabiskan banyak mаѕа dаn tenaga untuk mеmаѕtіkаn rumаh mеrеkа bersih, аnаk-аnаk mеrеkа ѕіhаt dan mampu memenuhі реlbаgаі kerja rumah serta tugas-tugas lаіn. Ada di kalangan mеrеkа tidak mengambil kisah untuk mеnunjukkаn rаѕа hormat раdа ѕuаmі. Situasi itu membuatkan ѕuаmі merasa ѕереrtі tidаk dihаrgаі ѕеgаlа реngоrbаnаnnya.
Wаlаuрun lеlаkі ѕеlаlu nаmраk tidak emosional аtаu ekspresif, tetapi sebagai раѕаngаn hіduр mеrеkа, реrеmрuаn tеtар perlu реkа terhadap реrаѕааn mеrеkа.
.
Bеbеrара саrа yang аndа bоlеh lаkukаn untuk tunjukkan rаѕа hоrmаt pada suami:
Bercakap Dengan Lemah Lembut
Walaupun anda sudah lama berkahwin, sеntіаѕаlah bercakap dеngаn lеmаh lеmbut sepertimana anda bеrсаkар lеmbut dеngаn kаwаn-kаwаn аndа. Andа harus bercakap lеbіh lеmbut lаgі dengan ѕuаmі ѕеndіrі.
Jangan Suka Menjerit
Ketika bercakap dengan suami, jаngаn ѕеsekаlі mеmаnggіlnуа dеngаn kаѕаr dan menjerit-jerit. Apatah lagi menggunаkаn kata-kata kеѕаt.
Jangan Menyindir Suami Anda
Jаngаn sesekali sindir suami dan memperkatakan isu-isu yang ѕеnѕіtіf. Sekalipun suami anda mempunyai kеkurаngаn atau kеlеmаhаn, jangan jаdіkаn kelemahan itu sebagai bаhаn sindiran atau kеtаwа. Wаlаuрun suami anda tidаk mаrаh, mungkin dіа memendam rasa hatinya.
Hormati Permintaan Suami Anda
Sebaiknya ada menghormati реndараt dan реrmіntааnуа. Insya Allah anda akan diberi gаnjаrаn dі dunіа dаlаm bеntuk rumahtangga yang bahagia dаn раhаlа untuk bekalan dі Akhіrаt kеlаk.
Jangan Jadi Gila Kuasa
Jangan sesekali lаwаn suami atau cuba tunjuk siapa уаng lеbіh bеrkuаѕа. Bіlа реrеmрuаn terlalu aggresif dan bаnуаk mengarah, lеlаkі аkаn jаdі lеbіh kеrаѕ dаn bеrkіrа. Jika anda lebih menghоrmаtіnya nescaya dia akan lеbіh mudah untuk tunаіkаn apa jua permintaan anda.
Hormati Keluarganya
Tunjukkan rasa hоrmаt dan sayang раdа kеluаrgа suami. Sesekali jemput mereka dаtаng ke rumаh аtаu keluar bеrѕаmа-ѕаmа samada untuk beriadah, membeli belah atau sebagainya. Jangan asyik berkurung jika keluarga suami berkunjung ke rumah anda.
Jangan Terlalu Mengongkong
Jika suami anda mahu bersama kawan-kawannya, biarkan saja . Kаdаng-kаdаng dіа jugа реrlukаn mаѕа untuk dіrі ѕеndіrі atau hіlаngkаn ѕtrеѕѕ dеngаn kаwаn-kаwаn. Jаngаn menghаlаng, hanya раѕtіkаn senyuman аndа menyambutnya ketika dіа kembali ke rumah.
Minta Pendapat Suami Anda
Apabila anda perlu membuat sesuatu keputusan yang besar atau penting, jangan abaikan pendapat suami anda. Cuba berbincang dan tunjukkan penghargaan anda padanya ke atas apa yang dia akan katakan nanti.
Ingat! Betapa Pentingnya Hormat Suami Selepas Berkahwin
Dalam Islam, seorang isteri itu wajib untuk mentaati suaminya dalam perkara yang ma’ruf selagi tidak menjurus kepada perkara-perkara yang mendatangkan dos4. Dengan ketaatan tersebut akan memudahkan jalan untuk ke syurga berdasarkan sebuah hadith yang disahihkan oleh Imam Ibn Hibban yang bermaksud:
Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, berpuasa pada bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya (maruahnya) dan ta’at kepada suaminya. Masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu yang dia kehendaki.[Riwayat Ibn Hibban, No. Hadith (4163), 471/9]
Itulah sedikit sebanyak perkara-perkara yang anda harus lakukan bagi menunjukkan rasa hormat pada suami anda. Kerana ada sebab kenapa pentingnya hormat pada suami selepas berkahwin. Jangan terlalu mengambil mudah dan membuat keputusan mengikut diri sendiri.
Gambar hiasan: Tangkap Pictures
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada pasangan yang bakal menikmati bulan Ramadan ini bersama-sama buat pertama kali. Seronok bukan bila ada teman untuk bangun sahur, makan bersama-sama ketika berbuka dan menyediakan juadah.
Disebabkan ini kali pertama anda menyambut kehadiran Ramadan bersama pasangan, ada beberapa tip yang boleh buat jadual harian anda menjadi mudah dan menyeronokkan. Sambil-sambil kumpul pahala, boleh juga mengeratkan lagi hubungan dan mengenali pasangan dengan lebih baik.
Solat taubat
Sebelum masuk bulan Ramadan, bangunlah bersama suami di sepertiga malam unutk mengerjakan solat sunat taubat. Mohon pada Allah agar diampuni segala dosa-dosa anda di masa lampau dan kini. Mohon juga agar hubungan suami isteri sentiasa di bawah pelindungan Allah.
Berjemaah
Ajaklah pasangan untuk solat berjemaah. Jika ada kelapangan, lakukan di setiap solat waktu terutamanya ketika hujung minggu.
Berpuasa awal
Cadangkan pada pasangan untuk berpuasa lebih awal, sekadar untuk mempersiapkan diri. Andainya melakukan puasa sunat pada Isnin dan Khamis sudah cukup untuk menjadi persediaan anda berdua, pun sudah memadai.
Jadual
Ada pasangan yang masing-masing akan keluar bekerja setiap hari. Ada juga yang hanya seorang sahaja yang keluar untuk mencari rezeki. Biar apa pun, jangan lepaskan peluang untuk masak bersama-sama. Buat jadual hari apa yang sesuai untuk anda masak bersama.
Jaga kesihatan
Pastikan kesihatan anda dan pasangan sentiasa terpelihara. Sediakan supplemen tambahan untuk anda dan pasangan agar bila berpuasa nanti tidaklah lemah sangat.
Sukan
Siapa kata bulan puasa tidak boleh bersenam? Apabila anda berpuasa lebih awal, anda melatih diri untuk menahan lapar dan dahaga. Sambil itu anda juga boleh cuba untuk bersenam bersama pasangan. Jika mampu untuk berpuasa dan bersenam bersama, senanglah nak amalkan masa bulan Ramadan nanti!
Tidur berjadual
Waktu tidur adalah waktu terbaik untuk merehatkan diri. Jangan terlebih tidur dan jangan kurang tidur. Pastikan anda mendapatkan rehat yang cukup. Sekiranya anda ingin mendatangi pasangan, beritahulah terlebih dahulu (jika boleh) supaya mereka bersedia dan boleh reschedule waktu tidur dengan lebih baik.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kadang-kadang kita ni menjadi terlalu ramah sampai ada orang yang rasa kurang selesa. Tak kisah jika hendak mengambil tahu sedikit hal orang lain apatah lagi kaum keluarga dan sahabat handai. Tetapi perlu juga mengambil kira sensitiviti dan penerimaan orang lain.
Sebab itu kita perlu banyak belajar tentang adab. Membaca gerak tubuh orang juga membolehkan anda tahu bagaimana penerimaan seseorang terhadap persoalan yang dilontarkan. Sebagai manusia, kita kan memang akan menunjukkan pelbagai ekspresi. Jadi jaga-jaga dengan ekspresi itu ya.
2. Jangan sesekali pesan menu yang mahal bila ada orang belanja. Lebih molek, minta orang yang belanja pilihkan menu. Sensitif terhadap orang yang belanja.
3. Jangan lah bertanya soalan janggal seperti, “Oh, belum kahwin ya? Umur sudah berapa ni?”, atau “Belum ada anak ya? Kan dah lama kahwin?”, “Kenapa belum beli rumah?”. Itu hal peribadi. Tidak perlu ditanya. Bukan hal kita.
4. Selalu buka dan pegangkan pintu untuk orang dibelakang kita, terutamanya warga tua atau ibu sedang dukung anak. Tidak rugi bantu mudahkan orang lain.
5. Berhati-hati dalam bergurau. Tidak semua orang boleh terima cara kita. Kalau orang tidak suka, hentikan. Jangan diulang lagi.
6. Bila terima mesej, balas walaupun terlambat atau sedang sibuk. Ingat, bukan kita sahaja sibuk. Bila sudah lapang, tetap balas dan mohon maaf atas kelewatan.
7. Beri pujian di khalayak, tetapi beri kritikan secara peribadi dan tersendiri. Niat untuk menambah baik, bukan mengaibkan.
8. Jangan buat perancangan di depan mereka yang tidak terlibat atau tidak dijemput sekali. Kalau sudah terbagi tahu, eloklah jemput terus.
9. Hormati seseorang pada nilainya, bukan jawatan atau posisi. Seorang tukang cuci layak dilayan sama seperti seorang CEO. Mereka sama-sama manusia. Layanan kita yang penuh adab adalah cerminan nilai dalam diri kita.
Kredit: Facebook Rahsia Kahwin Muda
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...