Saya bekerja sebagai eksekutif pemasaran di sebuah syarikat swasta. Gaji yang saya peroleh lebih tinggi daripada suami.

Setiap bulan, suami hanya memberi nafkah RM150. Ada kalanya dia tidak tunaikan kerana perlu gunakan wang itu untuk tujuan lain.

Bagi perbelanjaan dapur, kebanyakannya memang saya yang keluarkan wang sejak tujuh tahun usia perkahwinan kami.

Begitu juga dengan perbelanjaan lain seperti bayaran bulanan tadika, pengasuh, susu anak serta bil, semuanya suami minta saya tanggung.

Pada mulanya memang saya boleh terima, tetapi lama-kelamaan timbul rasa tidak puas hati.

Bagaimanapun, saya memilih untuk mendiamkan diri kerana menghormatinya sebagai suami selain tidak mahu bergaduh.

Tidak dinafikan, perkara ini memberikan tekanan kerana tidak tahu cara terbaik boleh dilakukan untuk menyatakan perkara sebenar.

Mungkin juga ramai lagi wanita dan isteri menghadapi keadaan serupa. Adakah wajar saya terima keadaan ini bagi mengekalkan kelangsungan serta kerukunan rumah tangga?


.

Allah SWT memerintahkan ke atas semua lelaki bergelar suami bertanggungjawab memberikan hak kepada isteri berupa harta seperti mahar dan nafkah atau yang bukan berupa harta seperti hak pergaulan dengan baik dan adil.

IKLAN

Perintah Allah SWT itu dijelaskan dalam Surah al-Baqarah, ayat 233 yang bermaksud: “…dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu menurut cara yang sepatutnya…”

Daripada riwayat Mu’awiyah al-Qushairi, bahawa Nabi SAW ditanya oleh seorang lelaki mengenai hak isteri ke atas suami.

Baginda SAW bersabda yang maksudnya: “Engkau beri ia makan apabila kamu makan, engkau memberi pakaian kepadanya apabila kamu mengadakan pakaianmu, jangan pukul muka, jangan menghinanya dan jangan kamu pulaukannya kecuali di dalam rumah.”

Malah, Nabi SAW dalam pesanan terakhirnya di dalam khutbah haji wida’ mengingatkan umatnya dengan pesanan, “Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.

“Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.”

Oleh yang demikian, perintah memberi nafkah kepada isteri dan anak terletak di atas tanggungjawab suami sepenuhnya.

Namun, ia dibezakan dengan faktor kemampuan. Suami wajib memberi nafkah dengan kadar kemampuannya dan bersesuaian dengan kehendak serta keperluan isteri.

IKLAN

Jika isteri bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri, ia bukan satu kelonggaran buat suami sewenang-wenangnya melepaskan diri daripada memberi nafkah.

Setiap perbelanjaan wajib ditanggung suami dan menjadi tanggungan hutang ke atas dirinya jika dia gagal menanggungnya.

Sebaliknya, jika perbelanjaan ditanggung isteri, maka wajib dibayar semula kepada isteri melainkan isteri menghalalkannya.

Dalam situasi rasa bersalah, bimbang mencetuskan pergaduhan serta menyebabkan suami berasa tercabar apabila dipersoalkan mengenai tanggungjawabnya, isteri tidak boleh mengambil langkah berdiam diri dan terus membiarkan diri tertekan.

Tindakan perlu diambil segera bagi membetulkan keadaan dan menjadikan perjalanan rumah tangga mencapai maksud bahagia dan matlamatnya.

Justeru, antara usaha terbaik bagi merungkai masalah dan tekanan itu adalah dengan cara menegur atau menjadikan ia seba-
gai topik perbualan yang menjurus ke arah perbincangan dan penyelesaian masalah.

IKLAN

Tegur-menegur adalah salah satu perbuatan dan sikap yang baik pada pandangan Islam. Bersesuaian dengan kelemahan diri manusia yang memerlukan teguran untuk memperbaiki kesilapan diri.


.

Dengan teguran, manusia akan sedar atas kesilapan, kelemahan dan kesalahan diri. Bagi melahirkan ciri keluarga sakinah mawaddah wa rahmah, suami dan isteri disaran menegur antara satu sama lain.

Baginda SAW mengingatkan umatnya supaya tidak dibiarkan dengan kesilapan dan keingkaran kerana ia akan membawa padah kepada isteri dan rumah tangga.

Teguran itu juga bukan bermaksud mengajar atau menunjukkan diri isteri lebih baik daripada suami, tetapi lebih menjurus kepada luahan, meminta pandangan suami apa yang isteri alami dan pendam selama ini.

Antara kaedah yang sering dicadangkan pakar motivasi dalam menegur orang yang lebih dihormati supaya tidak menimbulkan salah faham malah teguran itu dapat diterima adalah dengan cara memuji dan menyebutkan perkara yang baik berkenaan diri suami.

Isteri perlu menyatakan amat menyayangi suami dan berharap suami yang akan memimpin tangannya di syurga kelak.

Maka, bacakan doa pelembut hati sebelum bercakap, elakkan elemen emosi ketika bercakap dan menjatuhkan maruahnya.

Setiap pasangan suami isteri juga dinasihati supaya tidak jemu mempepelajari dan mendalami teknik menegur pasangan dan ahli keluarga yang terletak di bawah jagaan mereka.