Ads

Tekanan Yang Melampau Boleh Jadikan Wanita Cepat Tua

Setiap orang akan mengalami stress, tekanan perasaan yang akan sesekali singgah dan pergi. Namun sejauh mana kita mampu mengawal stress dan sudah pasti setiap orang tidak mengalami tekanan yang sama.

Ada sesetengah orang mengalami tekanan yang biasa-biasa sahaja, namun ada yang mengalami tekanan yang sangat teruk sehinga memudaratkan diri sendiri.

Tekanan Yang Melampau Boleh Jadikan Wanita Cepat Tua
Sumber: Pinterest

Kajian telah dijalankan oleh sekumpulan pakar ekologi dari Universiti Dundee, Scotland mendapati, tekanan yang melampau boleh menyebabkan wajah seseorang menjadi hodoh.

Ads

Ini kerana, mereka yang tengah mengalami stress akan membebaskan hormon kortisol dalam jumlah yang tinggi sehingga menjadikan wajah menjadi tidak menarik akibat kerutan dan seterusnya kelihatan pucat serta tidak sihat.

Ads

Dr. Fhionna Moore yang mengetuai kajian itu berkata, sekiranya kortisol ini dikeluarkan dalam jumlah yang terlalu tinggi, ia juga akan membahayakan kesihatan.

Ads

Kajian dijalankan ke atas dua individu dengan mengambil sampel air liur mereka untuk menyukat bilangan kortisol yang dijumpai. Selepas itu, gambar mereka dirakam menggunakan sebuah kamera.G

“Kami mendapati, kortisol yang terlalu banyak dalam air liur individu yang tertekan menjadikan wajahnya kelihatan kurang menarik berbanding seorang lagi individu yang jumlah kortisol dalam air liurnya adalah lebih rendah kerana kurang tertekan,” katanya.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Raikan Cinta di IWK Eco Park @Pantai Dalam, Lokasi Perkahwinan Suasana...

Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...