Jika suami berubah hati sudah tidak mencintai, ke mana cinta itu mahu diberikan? Ada beribu-ribu ayat untuk menyatakan betapa takut dan kesalnya mereka sekiranya keadaan suami tak lagi cinta berlaku. Semua itu tidak berlaku dengan tiba-tiba. Ada petunjuk yang boleh dibaca sebelum segala-galanya terlambat. Tahukah anda apa petunjuk itu?

Telefon Suami Sudah Ada Password Yang Dirahsiakan

7 Tanda Suami Berubah Hati, Tak Lagi Cintakan Isteri

Pertama : Suami Tak Endah Tarikh Penting Anda Berdua

Anda tahu yang ramai lelaki tidak ingat tentang tarikh-tarikh penting peristiwa penting antara anda berdua. Tarikh bertunang, tarikh perkahwinan, majlis rumah lelaki, majlis rumah perempuan dan sebagainya. Jangan salahkan mereka kerana memang begitu sifatnya. Anda bertuah kerana sebelum ini dia sentiasa ingat tarikh-tarikh itu. Sudah berbelas tahu dan dia tidak pernah gagal.

Cuma tahun lepas dia tidak sebut dan tidak merancang apa-apa untuk meraikan tarikh yang anda anggap sangat penting itu. Tahun ini juga serupa dan tarikh itu semakin dekat. Kali ini anda bertanya dan dia seperti kelihatan tidak endah. Memang ramai lelaki lain yang tidak ingat tarikh perkahwinan mereka tetapi perubahan yang berlaku pada suami anda itu perlu diberikan perhatian serius kerana ini antara tanda-tanda awal suami berubah hati.

Kedua : Suami Mula Salahkan Isteri Untuk Sekecil-kecil Perkara

IKLAN

Sebelum ini dia begitu melindungi anda dengan mengambil semua tanggungjawab. Setiap malam tidur anda lena kerana tidak ada masalah. Sejak kebelakangan ini dia sentiasa menyalahkan anda atas semua masalah yang dia hadapi. Masalah kewangan, masalah di pejabat bahkan tayar kereta dia pancit tengahari tadi pun dia salahkan anda. Benar, dia mungkin sedang menghadapi masalah. Cuma berdoalah semoga bukan ‘anda’ yang menjadi masalah itu.

Ketiga : Suami Tak Jawab Panggilan Anda Lebih 5 Kali

Cuba ingat semula semasa bercinta dahulu. Berapa kali dia telefon anda? Dua kali, lima kali, sepuluh atau setiap jam sekali? Sekarang bagaimana? Adakah dia tidak pernah lagi menelefon anda semula selepas berkali-kali panggilan anda tidak berjawab? Ramai suami yang tidak kisah jika satu atau dua kali pangilan telefon daripada isterinya tidak berjawab.

Tapi jika lebih lima kali panggilan anda tidak berjawab dan dia tidak telefon anda semula, besar kemungkin perasaannya sudah tidak ada lagi pada panggilan anda itu. Lelaki tidak boleh menyimpan perasaan ‘cinta’nya di dalam peti sejuk. Ianya mesti diberikan kepada seseorang.

IKLAN

Keempat : Telefon Suami Sudah Ada Password Yang Dirahsiakan

Jika sebelum ini andalah orang itu tetapi sekarang anda rasa tidak lagi begitu. Apabila suami berubah hati jika dahulu telefon dia samalah seperti telefon anda tetapi sekarang tidak lagi. Dia cukup tidak suka anda sibuk dengan telefon dia. Telefonnya sekarang mempunyai ‘password’ yang anda tidak tahu. Semalam apabila anda tanya apa ‘password’ telefonnya, terus dia bertukar menjadi raksasa hijau bermata merah. Kenapa dia jadi begitu, anda mungkin boleh fikirkan sendiri.
Telefon Suami Sudah Ada Password Yang Dirahsiakan

Kelima : Tiada Lagi Rasa Hormat Pada Anda Sebagai Seorang Isteri.

Suami menghormati seorang wanita sebagai isterinya bukan lah bermaksud seperti si suami perlu tunduk kepada semua arahan isteri. Banyak cara yang suami boleh lakukan sebagai tanda menghormati anda. Antaranya seperti,suami akan memberitahu anda bila dia pulang lewat kerumah kerana sibuk di pejabat, Dia juga akan bertolak ansur dan sentiasa menjaga nada pertuturannya apabila bercakap dengan anda.

IKLAN

Semua perkara ini adalah tanda suami menghargai dan menghormati anda sebagai isterinya. Bukannya bila anda bertanyakan dia ingin kemana dan dia menjawab dengan kasar seperti ini “Tak payah sibuklah! Suka hati saya lah nak pergi mana pun!” mungkin jelas menunjukkan yang suami berubah hati dengan anda.

Keenam : Hubungan Intim Tidak Lagi Intim

Tanda suami berubah hati ini memang jelas menunjukkan suami tidak lagi mengganggap anda sebagai isteri yang menduduki carta di hatinya. Jika suami tidak lagi berhubungan intim dengan anda atas alasan letih atau stress dengan kerja mungkin boleh diterima pakai lagi. Tetapi kalau dah selalu sangat mengelak dari menyentuh anda sampai berbulan-bulan lamanya, tiada lagi belaian manja dari suami anda maka itu boleh menjadi tanda suami tidak lagi sayangkan isterinya.

Ketujuh:Gemar Menghabiskan Masa Sendiri Tanpa Anda.

Adakah suami anda lebih gemar menghabiskan waktunya sendiri, suka berada di tempat kerjanya berbanding pulang ke rumah, atau sering keluar bersama kawan-kawan kerabatnya berbanding dengan menghabiskan masanya bersama dengan anda? Bila anda tiada dirumah boleh pula dia menghabiskan masanya menonton tv di rumah. Ini boleh menjadi salah satu tanda-tanda bahawa suami anda tidak bahagia dengan anda dan sudah berubah hati atau mungkin dia berasa serabut apabila berada dirumah.

Penulis : Dr Syed Yusainee Yahaya, Kaunselor Profesional, Relationship Coach

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI