Bersalin itu tidak mudah! Ia merupakan suatu pengalaman yang sangat mendebarkan bagi hati seorang wanita. Sakit itu sudah tentu, ditambah pula dengan mainan perasaan seperti takut, gelisah, seram, bercelaru, semuanya bercampur baur kala memikirkan kedatangan orang baru yang bakal menghidupkan kebahagian pasangan suami dan isteri. Saat menunggu detik kelahiran zuriat berkenaan, terselit doa di hati nurani si ibu agar anak yang akan lahir itu nanti selamat dan sihat. Maka, ia adalah perkara yang normal jika seseorang wanita itu memerlukan teman di sisinya ketika sedang bertarung nyawa, berdepan dengan proses melahirkan.

Soalannya di sini? Siapakah individu yang wajar untuk meneman? Untuk pengetahuan umum, terdapat banyak kebaikan untuk si ibu jika suami yang menjadi peneman waktu menghadapi pengalaman yang mendebarkan itu.

Temanilah Isteri Ketika Bersalin, Agar Timbul Rasa Keinsafan Buatmu Suami

1. Kurang sikit rasa berdebar

Saat melahirkan anak itu adalah proses yang sangat mendebarkan. Kadang-kala, bukan isteri sahaja yang berdebar, suami pun turut sama. Sekurang-kurangnya, kehadiran suami disisi sebagai peneman bisa mengurangkan rasa keraguan di hati bukan? Maka redalah sedikit demi sedikit debaran di hati isteri kala melihat wajah suami sebagai penyejuk hati.

2. Motivasi dan kurang takut

Kehadiran suami di sisi meskipun sekadar mengusap belakang badan isteri sewaktu kontraksi atau memberi kata-kata semangat adalah sesuatu yang sangat berharga untuk mengembalikan keyakinan si isteri.

IKLAN

Lantas itu juga, ingatkan si isteri untuk sentiasa percaya terhadap ketentuan ilahi dan banyakkan mengajar isteri berzikir dalam keadaan getir sebegitu juga merupakan suatu penawar yang baik dalam memberi motivasi berguna kepadanya.

Temanilah Isteri Ketika Bersalin, Agar Timbul Rasa Keinsafan Buatmu Suami

3. Tanda anda hargai keluarga
Bila dah masuk bab beranak, bersalin ni, mesti kita boleh kaitkan ia dengan pengalaman sewaktu ibu kita melahirkan kita dahulu kan? Jika si suami melihat isterinya yang meraung kesakitan, berada dalam situasi yang tidak menentu kerana ajal dan maut itu di tangan tuhan, pasti secara tidak langsung dirinya akan teringat pengorbanan yang pernah dilakukan ibunya.

IKLAN

4.Rasa berbaloi pngorbanan seorang

Proses bersalin bukan sahaja menyakitkan malah memakan masa berjam-jam bagi si isteri untuk menolak bayi keluar dari badan. Apabila suami melihat kesukaran itu, mereka pasti menjadi lebih sayang dan menghargai kaum wanita. Dihara sampai bila-bila pun, sang suami akan ingat momen istimewa tersebut supaya pegangan cinta dan kasihnya kepada isteri berkekalan sampai bila-bila.

IKLAN

5. Rasa insaf dalam diri

Kata orang, sakit melahirkan adalah kesakitan paling hebat sehingga tak mampu digambarkan dengan kata-kata. Kesakitan yang teramat itu sebenarnya boleh menimbulkan keinsafan jauh di lubuk hati suami yang melihat si isteri mengerang kesakitan, bertarung nyawa untuk melahirkan zuriatnya.

Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?

Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap.
Temanilah Isteri Ketika Bersalin, Agar Timbul Rasa Keinsafan Buatmu Suami

Suami boleh membantu dengan cara:

  • Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya

  • Memberi kata-kata semangat untuk isteri

  • Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan

  • Mengelap muka isteri apabila berpeluh

  • Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri

Jadi, kaum Adam sekalian, khususnya yang telah bergelar suami, adakah anda menemani isteri anda ketika bersalin?

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI