Kalau nak tahu, masker kentang pun salah satu cara untuk naikkan seri pengantin. Boleh membantu untuk menghilangkan garis-garis halus dan kedutan pada wajah, memperbaiki tekstur kulit, mencerahkan, dan menegangkan kulit.
Disebabkan itu, ramai yang mencuba masker kentang ini sendiri di rumah. Kos pun jimat. Jom ikut cara menyediakan masker kentang yang dikongsikan oleh Anis Roduan di facebooknya.
Tepek Masker Kentang, Ini Cara Hilangkan Kedutan Dan Cerahkan Wajah
Jom tengok bahan-bahan dulu ya…
Ads
Bahan:
1 biji kentang – kisar hingga hancur (tambah 1/4 cawan air kalau perlu)
Sebiji telur – ambil putih telur sahaja
Cara pakai:
1. Campurkan kentang yang dikisar dengan putih telur.
Ads
2. Sapukan pada seluruh muka. Biar kering selama 30 minit.
Ads
3. Cuci dan bilas muka dengan air suam atau sejuk.
Kebaikan Masker Kentang
Ini antara kelebihan masker kentang untuk kulit wajah, mengatasi kulit kering dan membuang sel kulit mati/menggelupas. Selain itu membantu juga menghilangkan jerawat dan boleh mencerahkan kulit wajah secara semulajadi.
Kredit: Anis Roduan
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesekali rumah bersepah, suami kena faham dan isteri tak perlu gelabah. Ikut kemampuan diri uruskan rumah tangga dan jangan sesekalki ikut orang. Baru lah akan rasa bahagia buat rutin harian.
Bak kata Puan Intan Dzulkefli, lain orang, akan lain cara caranya. Ikut keselesaan pasangan masing-masing. Okay, jom lah baca perkongsian kali ini untuk faham situasi isteri sibuk menguruskan hal rumah tangga.
Jika suami kita jenis balik rumah, apabila buka pintu lihat meja masih kosong tanpa lauk pauk, rumah seperti tongkang pecah, isteri muka seperti hantu mak limah, anak-anak masih masam tak mandi tetapi dia masih senyum gembira lihat isteri dan anak-anak, alhamdulillah.
Namun, kita kena ingat, bukan semua isteri direzekikan suami yang bertimbang rasa sebegitu. Ada yang boleh naik angin jika buka pintu rumah dan lihat situasi begitu.
Banyak faktor penyebab. Mungkin juga sebab sudah terbiasa dididik dari kecil, ibunya serba serbi sempurna.
Kita boleh kata, ‘suami saya okay je kalau pergi kerja tanpa saya siapkan sarapan. Malahan dia yang selalu siapkan atau beli sarapan.’
Namun, ada suami orang lain, kepantangannya jika dia melangkah keluar tanpa ada sarapan di atas meja atau secawan kopi untuk diminum.
Adakah kita boleh kata, “minta cerailah! Suami kau tu bukan manusia, tetapi lembu.”
Tentunya tidak kan? Kasut kita tak sama. Toleransi kita tak sama. Latar belakang setiap orang tidak sama. Prinsip, penerimaan dan kepantangan tidak sama. Terimalah hakikat itu.
Saya pernah lihat, seorang suami, hanya untuk membasuh tangan pun menunggu isteri. Walhal bekas air itu bukannya jauh dari tangannya. Itu pun masih mahu disuruh si isteri menghulurkan padanya.
Istighfar juga saya melihat kelakuannya.
Ya, si isteri perlu menyiapkan segala-galanya. Namun, si isteri jujur berkata sendiri dengan anak-anak lelakinya.
“Jangan buat macam ini dengan isteri kalian. Buatlah semuanya bersama-sama. Mak ni kes lain. Anggap je mak ni kes special.”
Maksudnya dia memang redha dan gembira melayan suaminya begitu. Namun tidak pula dia mahu budaya sedemikian dinormalisasikan dalam kalangan anak menantunya. Mungkin sebab dia sedar, ketahanan mental, emosi dan fizikal setiap wanita bukannya sama yang mana mungkin dapat menjejaskan sebuah keikhlasan.
Ada pasangan suami isteri yang saya jumpa memang semua hal dalam rumah tangga suami yang buat. Penat balik kerja dari kebun, dialah juga yang masak, angkat baju di ampaian, melipat baju, kemas rumah. Isterinya bekerja sebagai guru. Tetapi (insyaAllah) rumah tangganya bahagia sahaja. Si suami okay dengan isterinya dan meredhai isterinya, dia memang tak suka lihat isterinya bersusah payah, katanya.
Bagi isteri, keredhaan suami. Itu point paling penting. Suami ikhlas dan redha. Mereka okay dengan cara rumahtangga mereka. Walhal orang luar selalu mengutuk isterinya sebagai pemalas dan sebagainya.
Tetapi apa yang pasangan ini buat? Mereka buat tak endah komen orang lain. Rumah tangga kami, cara kami. Asalkan tak salah di sisi agama, kita proceed.
Ada pasangan pula seperti yang saya ceritakan di atas tadi. Serba serbi semua isteri yang buat. Kuku pun isteri yang potongkan. Sudahlah alatan rumah semuanya tradisional, hinggakan mahu menggulai pun perlu kait sendiri buah kelapa sampailah mesin, memerah santan semuanya secara manual. Tetapi tidak pula isteri ini merungut. Memang semuanya dilakukan dengan rela dan ikhlas, walau mungkin ada wanita yang komen, ‘dah macam hamba abdi!’
Ada pula yang sejak sah ikatan nikah, semua hal berkongsi bersama. Baik kerja rumahtangga mahupun hingga menguruskan anak-anak, semuanya dilakukan bersama-sama. Sangat kontra kan?
Jadi, rumahtangga yang mana yang paling bagus antara semua ini? Jawapannya? Rumahtangga yang saling meredhai dan diredhai, saling membahagiakan kedua pihak suami isteri. Sebab rumahtangga ini didasari atas dua jiwa.
Jika cara sedemikian dipersetujui, diredhai bagi keduanya, siapalah kita sebagai orang luar mahu komen itu ini. Kita ada cara masing-masing.
Jika rumah tangga kita begini, itu rumah tangga kita, bukannya rumah tangga mereka. Cukuplah kita faham itu serta belajar hormat cara dan prinsip orang lain.
Dulu, saya juga sejenis yang cepat juga melenting andai terbaca bab-bab merajakan orang lelaki ni. Namun, sekarang sudah slow sikit. Mungkin atas faktor melihat dari sudut pandang berbeza.
Jika semuanya okay, then ‘go on’ dengan cara kita walau orang lain kritik begitu begini. Hal ini kerana, keikhlasan dan rasa bahagia yang lahir di dalam hati bukanlah boleh dibuat-buat.
Jalani hidup kita dengan cara kita sendiri, asalkan masih berpaksikan matlamat mengejar redha Ilahi. Sesungguhnya Allah Lebih Mengetahui apa di dalam hati – setiap dari kita.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada di antara suami isteri yang hanya berborak sepatah dua dan selebihnya melakukan hal sendiri. Bagaimana rumah tangga nak berseri jika suami isteri lebih rela pegang telefon bimbit daripada pegang tangan pasangan masing-masing? Inilah antara punca rumah tangga menjadi semakin hambar.
Sedih bila semua ada di depan mata tetapi kalian seakan-akan orang asing yang tidak mengenali antara satu sama lain. Perlu anda ingat bahawa komunikasi adalah penting dalam sesebuah perhubungan. Jika tiada komunikasi, anda sendiri tidak tahu apa yang ada di dalam hati pasangan.
Ya, memang setiap individu perlukan privasi tapi takkanlah sampai makan pun asing-asing? Walhal di meja makanlah antara masa yang sesuai untuk bersembang dengan pasangan selain daripada di dalam bilik tidur. Cuba hayati perkongsian Firdaus Shakirin tentang isu ini. Semoga ia bermanfaat untuk kita semua.
Zaman sekarang adalah zaman di mana suami dan isteri lebih banyak buat hal sendiri berbanding berkomunikasi sesama sendiri, memahami isi hati, bergurau senda, bantu membantu, tolong menolong, bercerita dan sebagainya…
Dalam rumah ada suami, ada isteri, ada anak-anak…tapi suasananya sunyi macam tiada siapa-siapa di dalamnya…
Masing-masing meletakkan diri pada zon selesa masing-masing…isteri di dapur, suami di ruang tamu, anak-anak dalam bilik…isteri dengan kerja-kerja dapur, suami menonton TV, anak-anak main HP…
Buat hal masing-masing, makan asing-asing…tiada siapa yang nak memulakan komunikasi antara keluarga, apa jua masalah, sendiri simpan, sendiri selesaikan…
Nampak isteri lalu, nampak suami lalu, nampak anak-anak lalu depan mata, tapi tak ditegur, tak dihiraukan, tak dipanggil untuk bersembang…
Bayangkan, seharian isteri tunggu suami di rumah, suami balik keje ja, sempat bercakap beberapa patah sahaja…seharian suami di tempat keje, sampai ja rumah, sempat bercakap beberapa patah jugak…seharian anak-anak ke sekolah, tuisyen dan sebagainya, bila datangnya malam, berkumpul dengan ibubapa, tapi hanya bercakap beberapa patah dengan mereka…
How sad is life nowadays bila masing-masing lebih memilih untuk buat hal masing-masing…
Sampai sudah jodoh pelakon kelahiran Singapura, Atikah Suhaime yang sudah bertunang dan bakal berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh di Kuala Lumpur pada 21 Januari depan.
Pelakon yang dilihat berambut panjang sewaktu majlisnya, makin berseri dan cantik dengan tubuh slim selepas tular dengan video makanan sihat yang diamalkan dalam rutin hariannya.
Menurut Atikah, 33, momen paling dinanti-nantikannya ialah majlis akad nikah yang bakal menyaksikan dia akan bergelar isteri secara sah kepada Lokman.
“Alhamdulillah saya sudah bertunang Disember tahun lalu, cuma baru kongsi hari ini.
“Perasaan saya bercampur-baur ketika ini. Ditambah pula saya orang Singapura dan berkahwin dengan orang Malaysia, rasa itu sukar untuk diterjemahkan.
“Saya pula seorang yang rapat dengan keluarga di Singapura, jadi memang rasa sebak sebab selepas ini prioriti adalah suami. Insya-Allah saya akan cuba membiasakan diri,” katanya.
Mengulas lokasi pernikahan yang diadakan di Kuala Lumpur dan bukannya di Singapura, dia menjelaskan perkara tersebut adalah atas persetujuan bersama kedua-dua belah keluarga.
“Majlis perkahwinan memang sudah dirancang di Kuala Lumpur dan menghimpunkan kedua-dua belah keluarga.
“Kami memilih Kuala Lumpur juga kerana keadaan kesihatan nenek Lokman yang kurang sihat.
“Insya-Allah esok saya akan adakan kenduri marhaban pengantin di kediaman di Singapura,” ujarnya.
Dalam pada itu, dia yang popular menerusi drama Dendam Cinta Arissa itu memberitahu, setiap tawaran lakonan perlu mendapat keizinan suami selepas berkahwin kelak.
“Isu kerja juga antara perkara perlu disesuaikan dengan status sebagai isteri nanti.
“Sebelum ini suka hati nak terima mana-mana tawaran dan hanya berbincang dengan pengurus tetapi selepas ini perlu minta pandangan suami serta minta izin.
“Bakal suami memang tidak halang saya berlakon tetapi setiap watak dan jadual perlu ikut kesesuaian,” jelasnya.
Terdahulu, hubungan Atikah atau nama penuhnya Nur Atikah Mohd. Suhaime dengan Lokman bukan lagi rahsia dan dakwaan mereka bakal mendirikan rumah tangga tercetus selepas dia memuat naik foto hadir ke kursus kahwin sekitar November lalu.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...