
Mencari bahagia dalam rumahtangga bukan bermula dengan orang lain. Kita sendiri yang kena mulakan. Konsepnya, jangan harapkan pasangan sendiri tapi gerakkanlah hati kita buat sesuatu yang boleh bikin pasangan kita gembira. Doa, senjata seorang Mukmin boleh jadi hadiah paling bermakna.

Membelek setiap posting Ustaz Ebit di laman Instagram, memang banyak kata-kata penghargaan buat isteri tersayang. Menggelarkan isterinya ‘bidadari’, Ustaz Ebit sentiasa selitkan doa buat isteri dan menyatakan setiap rezeki yang ada kini adalah buat isteri dan anak-anak.

“Bidadariku, selalu abang sebut dalam doa,Ya Allah terima kasih menemukan diriku dengan bidadari yang baik ini. Betapa diriku sayang padanya. Ya Allah sayangilah bidadariku ini. Ya Allah aku redha padanya,kau Redhalah padanya.”
Berjalan memegang tanganmu dan dapat berbual dan menjadi pendengar ceritamu nikmat dalam hidupku ini. Segala puji bagi Allah yang memberi bidadari penyejuk hati. I love you bidadariku.
“Terima kasih bidadariku sentiasa menjadi peneman dan penyejuk hatiku. Bersamamu setiap saat anugerah yang tidak akan dapat dilupakan. Terima kasih melahirkan dan membesarkan anak-anak. Menjadi penguat dalam hidupku. Tiada apa dapat membalas kebaikanmu, melainkan abang pohon pada Allah menjagamu, memeliharamu, mencantikkanmu dan memberi segala bahagia di dunia dan syurga nanti.”
Pasangan Berkahwin Dan Bakal Berkahwin, Selawatlah 20 Kali Sehari

Manusia sangat memerlukan syafaat apabila mereka dihimpunkan di Padang Mahsyar kelak. Tiada seorang manusia pun yang terlepas daripada melakukan dosa kecuali Nabi Muhammad SAW.
Syafaat bererti memohon pertolongan pada saat memasuki syurga Allah SWT. Ada beberapa syafaat yang boleh diperoleh manusia dan salah satunya adalah syafaat daripada Nabi Muhammad SAW.
Itu adalah syafaat terbesar diberikan kepada Baginda SAW. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu.” Rasulullah SAW juga berpesan bahawa Baginda adalah syafaat pertama untuk memasuki syurga.” (Surah al-Mudatthir, ayat 48)
Sekiranya setiap dosa anak Adam itu terzahir dengan hitamnya wajah, sudah pasti wajah kita akan bertambah hitam setiap masa kerana dosa yang dilakukan.
Bagaimanapun, Allah SWT sentiasa menutup keaiban dan dosa yang dilakukan hamba-Nya dan memerintahkan manusia sentiasa bertaubat.

Di Padang Mahsyar nanti keadaannya amat dahsyat apabila seluruh manusia akan duduk dalam keadaan bersesak-sesak, berdiri dalam keadaan telanjang dengan matahari terpacak tegak di atas kepala.
Ketika itu, semua merayu pertolongan daripada Allah SWT. Bagaimana hendak mendapatkan syafaat agung itu? Antaranya, kita perlu mencintai Nabi Muhammad SAW dengan memperbanyakkan berselawat ke atas Baginda.
Hanya selawat ke atas Nabi Muhammad SAW saja Allah SWT perintahkan kepada hamba-Nya yang Dia lakukan dahulu sebelum memerintahkan manusia melakukannya.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Surah al-Ahzaab, ayat 56)
Begitulah hebatnya amalan berselawat. Jasa yang cukup besar Nabi Muhammad SAW kepada umatnya adalah Baginda menyebabkan kita dapat mengecapi nikmat iman dan Islam.
Jika mati dalam keadaan tiada iman dan Islam, kita akan kekal tinggal di dalam neraka buat selama-lamanya.
Bagi mendapatkan jaminan syafaat daripada Nabi SAW itu adalah dengan berselawat sebanyak 10 kali pada waktu pagi dan petang.
Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperoleh syafaatku pada hari kiamat.” (Riwayat Tabrani)
Bagi memudahkan kita berselawat sehingga ia menjadi amalan seharian, sebelum mengangkat tangan membaca doa pada waktu Subuh dan Asar kita boleh berselawat 10 kali terlebih dahulu.
Selawat paling utama diucapkan adalah selawat Ibrahimiyah. Selawat Ibrahimiyah ialah selawat yang dibaca pada separuh kedua dalam bacaan tahiyat akhir dalam solat.
Selawat itu menggabungkan dua ucapan salam ke atas Nabi Muhammad SAW dan Nabi Ibrahim iaitu “Allahumma salli ‘ala muhammadin wa’ala ali muhammad, kama sallayta ‘ala ibrahim, wabarik ‘ala muhammadin wa’ala ali muhammad, kama barakta ‘ala ali ibrahim, fi l-‘alamin, innaka hamidun majid.”
Maksudnya: “Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad seperti selawat-Mu kepada Ibrahim dan berilah keberkatan kepada Muhammad dan keluarga Muhammad seperti keberkatan-Mu kepada keluarga Ibrahim, di seluruh alam, sesungguhnya Engkaulah Maha Terpuji lagi Maha Mulia.”
Sekali Suami Menipu, Ia Akan Meninggalkan ‘Kesan’ Dalam Hati Isteri

Sebagai seorang isteri, tentunya anda mahukan kejujuran dan kesetiaan daripada seorang suami. Tiada isteri yang suka apabila ditipu oleh suami. Bagaimana seorang suami boleh menipu seorang isteri yang telah berpenat-lelah menjaga makan, minum, pakaian dan hal ehwal rumah tangga? Tiada rasa sayang dan simpatikah pada isteri?
Kadangkala, ada perbuatan suami yang mengguris hati isteri tanpa disedari. Mungkin bagi suami ia perkara biasa, namun tidak pada isteri. Mereka lebih gemar memendam perasaan dan menganggap suami akan memahami mereka. Bagi pihak suami pula, mereka tentunya tidak dapat membaca isi hati isteri jika tidak diberitahu kesalahan mereka.
Oleh itu, kami kongsikan perkara yang ramai tak sedar, terbuat dan boleh mengguris hati pasangan masing-masing. Jagalah hati pasangan anda ya! Elak lakukan perkara ini selagi boleh dielakkan.
1. Jangan Berlebihan Dalam Memuji Orang Lain
Buat isteri, janganlah terlalu memuji suami orang lain di hadapan suami sendiri. Begitu juga dengan suami. Jangan sesekali memuji isteri orang lain berlebih-lebihan. Ia boleh menyebabkan isteri terasa hati dan berjauh diri.
Di samping itu, isteri juga janganlah terlalu memuji wanita lain di hadapan suaminya. Jangan cerita semua perkara tentang wanita lain terutamanya jika melibatkan aurat atau perkara sensitif. Ingat, ia boleh terdedah kepada banyak perkara.
2. Jangan Abaikan Pandangan Pasangan Anda
Memberikan komen terhadap pasangan masing-masing adalah normal. Namun, melontarkan kritikan yang pedas adalah sangat tidak wajar. Kritikan yang boleh mencalar perasaan perlu dielakkan kerana ia boleh menyebabkan berlakunya perbalahan di antara suami isteri.
Walau tidak sempurna mana sekalipun pasangan kita, pasti ada kelebihannya. Di sebalik kelemahannya yang kita dapat lihat, lihatlah jua pada kelebihannya. Cara ini dapat mengelakkan kita daripada memberi fokus kepada kelemahannya dan menjauhkan kita daripada mengkritiknya.
Kita boleh melihat diri kita di hadapan cermin. Kita boleh melihat kekurangan wajah kita melalui cermin. Namun, apa aib kita di belakang, kita tidak mampu untuk melihatnya. Orang yang nampak aib kita itu tidak lain tidak bukan adalah isteri atau suami kita.
Disebabkan itu, pasangan kita nampak apa yang kita tidak perasan. Maka apabila pasangan menegur kita, maka terimalah teguran berkenaan. Perlu diingat, teguran yang diberikan kepada kita langsung tidak berniat buruk. Ia adalah dengan niat yang baik kerana sudah pasti pasangan kita mahukan yang terbaik untuk kita.
3. Elak Tinggikan Suara Pada Pasangan
Meninggikan suara kepada pasangan sama ada ketika dia berseorangan, atau ketika bersama-sama rakan-rakannya adalah satu tindakan yang silap. Jika ia bertujuan untuk menunjukkan ketegasan kita, itu tidak betul.
Kita sebenarnya hanya nak tunjuk ego. Malah, ia boleh menjatuhan air mukanya di hadapan orang ramai. Sebaiknya, panggillah dengan cara yang baik. Walau anda marah dan geram sekali pun, panggillah isteri dengan penuh kelembutan.
Ingatlah, jaga maruah pasangan dan diri sendiri juga. Pendekatan yang lembut akan membuatkan hubungan yang tegang menjadi baik. Walaupun pasangan kita melakukan kesilapan, carilah pendekatan terbaik untuk menegurnya.
Cara terbaik adalah menjadi kawan kepadanya. Apabila wujud hubungan persahabatan antara dua pihak, maka nasihat senang untuk disampaikan. Malah pasangan kita juga mudah untuk menerimanya. Jika kita menggunakan kaedah kekerasan, maka ia hanya mendatangkan kekasaran dan pasangan akan menjauhkan diri daripada kita.
4. Jangan Sesekali Menipu Pasangan
Amat pantang bagi kaum wanita jika ada orang yang suka menipu. Ketahuilah para suami, sekali kita menipu, ia akan meninggalkan sebuah lubang dalam hati isteri. Jadi, mengapa mesti kita berbohong?
Ia merupakan satu tabiat yang tidak baik. Ingatlah, orang yang bercakap bohong ini tiada tempat untuknya dalam syurga. Suami yang suka berbohong tidak akan memperoleh kepercayaan isterinya dan keadaan ini tidak baik untuk hubungan suami isteri.
Sentiasalah jujur dengan pasangan dalam apa jua perkara yang kita lakukan. Beranilah berkata benar kerana ia boleh menyelamatkan keadaan.
5. Elak Rasa Diri Sendiri Sentiasa Betul
Jika kita melakukan kesilapan, beranilah untuk mengakuinya. Hormatilah perasaan dan pandangan pasangan kita. Sebaik-baik diri kita, pasti akan ada jua kelemahannya. Ini tidak boleh dinafikan. Tiada manusia yang sempurna, apatah lagi dalam hubungan suami isteri.
Namun apabila kita telah melakukan kesilapan, maka akuilah dan perbetulkan kesilapan berkenaan. Jangan pula demi mempertahankan ego, kita berasakan diri kitalah yang sentiasa benar dan pasangan pula sentiasa salah.
6. Jangan Selalu Tinggalkan Isteri Di Rumah
Perkara ini sangat penting. Ia selalu dipandang remeh oleh para suami. Jangan selalu meninggalkan isteri kita tanpa sebab yang munasabah. Keadaan ini kadangkala boleh mengguris perasaannya. Ia boleh menyebabkan isteri berasa seolah-olah dirinya tidak dihargai.
Malah jika terlalu kerap, ia boleh meninggalkan kesan yang tidak baik dihatinya. Isteri kita penat berusaha untuk keluarga kita. Maka perbuatan meninggalkan isteri tanpa sebab lama-kelamaan akan menyebabkan rasa dia tidak wujud langsung dalam hidup kita.
Oleh itu, cubalah bawanya dan berikan masa yang terbaik terhadapnya.
Sumber: Aku Islam
Suami Itu Ketua Keluarga. Kalau Dia Tak Solat, Isteri Kena Main Peranan

Ramai di kalangan kita membincangkan isteri derhaka pada suaminya, tetapi jarang orang membincangkan derhaka suami kepada isterinya. Kenapa keadaan ini berlaku? Bukankah nampak macam tidak adil di pihak isteri? Mungkin juga isteri menjadi derhaka kerana suaminya yang tidak pandai mendidik isteri yang menjadi amanah yang diterimanya melalui akad yang sah.

Sebuah keluarga yang bahagia terbentuk dengan kesefahaman, toleransi, bantu membantu dan berkasih sayang di antara satu sama lain. Bahagialah sebuah rumahtangga yang diketuai oleh suami atau si ayah yang memahami tanggungjawabnya sebagai khalifah dalam rumah. Tetapi apabila suami gagal memahami tugasnya selaku ketua rumahtangga akan berlaku ketidakstabilan pengurusan dalam rumahtangga.
Suami perlu diperbetulkan supaya mereka yang di bawah jagaannya terdidik. Suami bertanggungjawab mengemudi bahtera rumahtangga.
Suami umpama kepala gerabak kereta api, kalau sesat kepala kereta api itu sesatlah seluruh penumpangnya.Lelaki sebagai ketua rumah tangga perlu tunjukkan teladan yang baik terhadap anggota keluarga. Hari ini, ramai ketua keluarga yang tidak memainkan peranan yang baik dengan menjadi contoh yang baik kepada isteri dan anak-anak dengan melakukan solat wajib lima kali sehari.
Senario memalukan ini bukan perkara pelik. Lihat saja sekeliling anda, boleh dikira lelaki yang rajin menunaikan solat, tidak kira lima waktu atau solat Jumaat. Malah, masih ada jejaka yang tanpa rasa malu ‘menyertai’ wanita membeli-belah, dan yang paling menyakitkan mata apabila dengan pasangan masing-masing menjamu selera waktu azan berkumandang tengahari Jumaat tanpa merasakan ia satu kesalahan yang besar.
Mungkin ada yang menyelar topik ini dengan menyatakan bahawa solat isu sensitif dan hak peribadi sehinggakan ada kalanya apabila ingin mengajak seseorang bersolat pun menjadi perkara yang paling sukar dilafazkan.
Tidak keterlaluan kita pula yang malu untuk bertanya soalan berkenaan lantas menjadikan insan yang tidak bersolat bangga dengan perbuatan berkenaan. Hakikatnya lelaki yang tidak menunaikan solat walaupun apa alasannya tidak layak bergelar pemimpin dan ketua keluarga.
***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.