Kos hidup yang semakin meningkat dan ditambah pula dengan kos pendidikan anak-anak yang tinggi, ibu bapa berusaha keras untuk melengkapkan segala-galanya. Jika dulu hanya si suami sahaja yang membanting tulang mencari rezeki, tetapi kini kedua-dua tugasan itu ditanggung bersama isteri. Segala-gala benda yang dihajati tercapai apabila kedua-duanya bekerja. Itu juga apa yang terlintas di fikiran pemuda ini. Tetapi,rupa-rupanya rezekinya bertambah murah apabila isterinya membuat keputusan untuk berhenti kerja.
DAH 4 tahun isteri saya menghabiskan duit suaminya. Dulu, isteri seorang wanita yang bekerjaya, ada pendapatan tetap. Gaji bersihnya hampir RM 3,000 setiap bulan. Hidup mewah bila suami isteri dua-dua bekerja. Dari anak seorang, sehinggalah lahir yang ketiga.
Selesa, tak rasa langsung sesak tengah bulan. Bila isteri ada pendapatan, maka apa yang ada dalam fikiran saya? Kalau duit saya tak cukup, saya boleh minta kat dia, then hadirlah nafsu untuk tukar handphone, tukar sport rim, modified kereta dan sebagainya. Tak tanya isteri dah, terus buat keputusan sendiri. Balik rumah dengan handphone baru, sport rim baru. Isteri berleterlah kejap, pastu dia cool. Bulan yang spend duit untuk beli macam-macam tu mesti bajet lari, maka minta duit isteri. Isteri bagi jugalah, tapi siap dengan pakej berleter.
IKLAN
Bila pengasuh tiba-tiba tak boleh jaga anak ketiga yang masih baby tu, isteri ambil cuti untuk jaga sementara nak cari pengasuh baru. Kami duduk berbincang, bersembang dari hati ke hati. Saya tak bersedia lagi untuk dia berhenti sebab komitmen bulanan tu masih sama, plan atas gaji dua orang. Tapi bila difikirkan tentang anak-anak, maka isteri kata keputusan yang terbaik adalah berhenti kerja, duduk rumah, uruskan anak-anak sebab anak-anak dah nak start sekolah. Apa perkara pertama yang terlintas di fikiran saya? Cukupkah gaji seorang saja ni?
Alhamdulillah, tahun ni dah tahun keempat isteri menjadi suri rumah sepenuh masa tanpa sebarang punca pendapatan. Komitmen masih sama, hutang masih sama dan ditambah pula dengan yuran sekolah untuk setiap anak. Sepanjang 4 tahun dia menghabiskan duit suaminya, duit suaminya tak pernah habis. Ajaibkan aturan Allah. Semuanya suami beli, semuanya suami sediakan, semuanya suami bagi, tapi rezeki suami makin murah, makin mencurah-curah. Tiap-tiap tahun gaji asyik naik sahaja. Bonus suami pun banyak.
IKLAN
Rupa-rupanya, tak miskin si suami yang tanggung isteri sepenuhnya. Tak susah si suami yang memudahkan urusan isteri dan tak berkira dengan isteri. Sepanjang 4 tahun ni juga, Allah berikan kesihatan yang cukup-cukup baik kepada saya. Jarang sakit untuk keluar mencari rezeki untuk keluarga. Setiap urusan itu rasa mudah dan setiap kali bekerja itu hati rasa tenang walaupun gaji dihabiskan untuk keluarga, tapi ianya tak menyebabkan diri rasa serabut dan duit tak cukup.
IKLAN
Setiap bulan sentiasa cukup. Allah s.w.t tak pernah kedekut dan kejam pada hamba-Nya yang menjalankan tanggungjawab serta kewajipan yang diamanahkan kepadanya untuk ditunaikan.
Masa bercinta semuanya indah dan ‘sweet’. Segala yang dikatakan akan dituruti oleh pasangan. Ramai pasangan beranggapan keindahan itu akan kekal sebaik memasuki alam rumah tangga.
Namun ternyata realitinya jauh berbeza. Pasti ada sahaja cabaran yang bakal dilalui oleh pasangan selepas mendirikan rumah tangga. Lagi-lagi jika anda baru berkahwin. Inilah masa untuk anda kenal pasangan dengan lebih mendalam.
Sukar tinggalkan gaya hidup semasa bujang
Perkara ini memang biasa terjadi kepada golongan muda dan biasanya lelaki lebih susah untuk mengubah perkara ini daripada perempuan. Biasanya lelaki susah untuk meninggalkan hobi mereka seperti lepak atau ‘mengeteh” sehingga lewat malam ataupun menghabiskan masa bermain permainan video.
Sepatutnya selepas berkahwin dan jika mempunyai anak di awal perkahwinan anda sepatutnya kurangkan perkara tersebut atau berhenti terus kerana buat masa tersebut anda sepatutnya melebihkan masa bersama anak atau isteri dan pada awal perkahwinan adalah waktu yang sangat penting untuk memastikan rumah tangga tersebut mampu bertahan atau tidak.
Kehidupan rumah tangga tidak seperti yang diharapkan
Sebelum berkahwin semestinya anda telah merancang pelbagai perkara namun kebanyakkanya sukar untuk dicapai disebabkan pelbagai faktor dan disaat ini juga pasangan suami isteri biasanya akan mengenali kriteria atau perangai sebenar pasangan masing-masing. Pada waktu ini sangat penting untuk bertolak ansur dan jangan sebab tidak tutup lampu atau letak baju merata-rata sahaja anda boleh bergaduh besar.
Pembahagian tugas dan peranan
Perkahwinan adalah bermakna anda akan mempunyai tanggungjawab sebagai suami atau isteri dan seperti kebiasaan kita tahu yang tugas suami adalah mencari nafkah untuk keluarga dan menyediakan keperluan bagi keluarga seperti rumah pakaian dan sebagainya. Isteri pula diberi tanggungjawab untuk menguruskan urusan rumahtangga seperti memasak atau menjaga anak.
Tetapi hakikatnya, dalam zaman yang serba mencabar ini, peranan ini belum tentu akan dapat digalas sepenuhnya oleh seorang suami mahupun isteri. Pada masa kini, kos sara hidup yang serba meningkat tidak memungkinkan seorang suami menyara isteri dan keluarga sendirian. Ketika inilah ehsan dan tolak ansur isteri diperlukan.
Dalam masa yang sama juga, suami harus bertolak ansur membantu isteri melakukan tugas-tugas di rumah. Maka dengan demikian barulah wujud kesefahaman dalam rumahtangga pasangan tersebut.
Selalu berbeza pendapat
Perkara ini sering berlaku di awal perkahwinan dan biasanya pasangan suami isteri akan berbalah dan bertekak dalam membicarakan perkara yang remeh-temeh dan masing-masing akan cuba mempertahankan ego masing-masing. Pada masa ini anda mungkin akan merasakan pendapat anda lebih baik dan perlu diikuti . Ini berlaku kerana sebelum berkahwin pasangan tersebut membuat keputusan sendiri tanpa perlu mengambil kira pandangan orang lain ,namun setelah berkahwin kebanyakan keputusan yang dibuat perlulah dipersetujui bersama.
Hubungan dengan keluarga mertua
Selepas berkahwin, anda bukan sahaja telah menjalinkan hubungan dengan pasangan anda sahaja namun dengan seluruh keluarga pasangan anda juga. Disebabkan itu perlunya anda pandai bergaul dengan keluarga baru. Mungkin akan ada keluarga yang senang bergaul namun tidak mustahil terdapat sebilangan keluarga yang kurang peramah. Disina penting anda bersabar dan cuba untuk megambil hati mereka dan untuk menyesuaikan diri dengan keluarga mertua juga memerlukan masa, jadi baik suami atau isteri perlulah bersabar dalam memahami sikap dan hidup keluarga mertua
Suatu perkongsian yang baik untuk semua, panduan bagi mengejar sebuah gelaran sebagai ISTERI SOLEHAH..
Agar dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan semoga ianya bermanfaat buat semua.. Di doakan semoga kita tergolong di kalangan mereka yang beruntung ini.. InsyaAllah.
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?” Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira , jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya.” (HR:Ibnu Majah)
Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Umar r.a., Rasulullah S.A.W bersabda
“Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan dan sebaik-baik kesukaan itu ialah perempuan yang solehah.”
Isteri yang solehah itu selalu memerhatikan akan tanggungjawabnya sebagai isteri, ia hanya berbuat sesuai dengan ketentuan Allah. Di antara ciri-ciri isteri solehah itu ialah bertanggungjawab terhadap kerja-kerjanya.
Pada dasarnya kewajipan isteri solehah itu ialah:
1. Patuh dan taat kepada suami yang soleh
Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh.
“Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…” (Surah An-Nisa’:34)
Isteri yang solehah itu di samping patuh kepada perintah Allah dan Rasulullah S.A.W, ia patuh terhadap suaminya dan menyimpan segala rahsia baik di luar rumah mahupun di dalam rumah. Ia selalu tersenyum dan menunjukkan muka manis terhadap suaminya. Tabiatnya yang baik itu menambah kasih sayang suaminya terhadapnya. Ia tidak pernah membantah kata-kata suaminya yag baik, semuanya dikerjakan dengan patuh kerana Allah.
Isteri yang baik apabila berkata dengan suaminya dengan suara yang lemah lembut dan penuh kesopanan . Begitu pula tidak boleh memerintah kepada suami, kecuali diucapkan dengan suatu yang baik sebagai suatu pertolongan. Walau bagaimanapun, ketaatan isteri terhadap suami tidak dalam semua perkara. Sekiranya perintah suami boleh membawa dosa, maka isteri dibenarkan membantah.
Rasululllah S.A.W bersabda,
“Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya lantaran begitu besar Allah jadikan hak lelaki keatas wanita”
2. Menguruskan rumahtangga
Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk di rumah bukan bererti hanya berdiam diri sahaja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri. Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Disamping itu isteri dapat melakukan pekerjaan rumah seperti menghias rumah dan sebagainya.Walaupun ianya nampak remeh, tetapi ianya amat bermanfaat untuk menjamin keharmonian keluarga.
3. Berhias untuk suami
Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih, kadangkala rambutnya pun tidak terurus. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.
Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.
Sabda Rasulullah SAW:
“Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.” (HR:Muttafaqun Alaihi)
Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana, kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.
4. Melayani suami
Hubungan mesra merupakan penawar kebahagiaan rumahtangga. Ia dipandang sebagai punca keharmonian rumahtangga. Oleh sebab itu isteri hendaklah memberikan layanan yang baik kepada suami dan tidak boleh menolak kemahuan suaminya .
Seorang isteri akan dikutuk oleh malaikat apabila ia menolak kemahuan suaminya sehinggalah suaminya reda kepadanya. Mungkin dalam keadaan tertentu isteri boleh menolak kemahuan suaminya seperti dalam keadaan sakit, atau dalam keadaan yang dilarang oleh syara’ untuk melakukan persetubuhan seperti dalam keadaan haid dan sebagainya.
5. Berpakaian menurut ajaran Islam
Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, ramai wanita pada zaman sekarang ini yang berpakaian tetapi telanjang kerana ia menutup bahagian tertentu sahaja, kalau menutup semua pun tetapi bentuk badannya tetap nampak jelas.
Allah SWT berfirman, ertinya:
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Surah Al-A’raar:26)
Jilbab merupakan satu fesyen pakaian wanta Islam yang menutup tubuh atau sebahagian besar badan wanita di sebelah atas, kecuali muka dan tapak tangan. Jilbab tidak menampakkan tubuh badan. Allah memerintahkan supaya berpakaian demikian supaya dapat membezakan antara wanita beriman dan tidak beriman, ia juga supaya terhindar dari golongan munafik.
Firman Allah yang bermaksud:
“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri- isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan Jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka.”Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Penganmpun lagi Maha Penyayang.” (Surah Al-Ahzab:59)
6. Memberi motivasi terhadap cita-cita suami
Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Itulah hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagai “teman hidup”. Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya. Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama.
Semua kawan kahwin, mulalah masa tu jugak nak bagitahu mak ayah, kita pon nak kahwin. Lelaki ini kongsi, kahwin tu bukan main kahwin je dengan harapan kahwin akan buka pintu rezeki tapi dalam masa yang sama kau tak ready dan tak mampu sediakan semua benda.
Bila masuk isu kahwin ni, nak tak nak kita cuba tengok balik pasal hukum perkahwinan. Tak silap saya ada diajar dalam subjek Pendidikan Islam Tingkatan 5.
Hukum kahwin ni setiap orang lain-lain. Ikut situasi kau. Harus ke, wajib ke, sunat ke, makruh ke, haram ke? Jom kita buat ulangkaji. Ramai dah lupa.
Harus – Orang yang tak ada tuntutan mendesak untuk kahwin dan tak ada perkara yang mengharamkannya kahwin.
Wajib – Orang yang mampu tunaikan nafkah zahir dan batin, sihat tubuh badan dan dikhuatiri terjerumus kepada zina sebab tak dapat kawal nafsu.
Sunat – Orang yang mampu tunaikan nafkah zahir dan batin, sihat tubuh badan dan ada keinginan untuk kahwin, tapi tak dikhuatiri terjerumus kepada zina dan buat kezaliman kat pasangan.
Makruh – Orang yang tak mampu beri nafkah tapi ada keinginan untuk kahwin.
Haram – Orang yang tak mampu beri nafkah zahir dan batin atau diyakini akan buat kezaliman kat pasangan.
Semua orang nak kahwin, tapi kalau benda asas macam tempat tinggal, kereta, duit nafkah pun kau tak dapat nak sediakan, kau fikir sendiri kau berada dalam situasi yang mana. Hukum sunat dan wajib adalah untuk orang yang mampu. Mampu kah engkau?
Kahwin akan buka pintu rezeki. Tapi itu bukan alasan untuk kau kahwin dalam keadaan kau tak ready.
Iya, memang ada orang yang kahwin dalam keadaan tak cukup serba serbi, tapi kini hidup kaya dan bahagia, sebab kita banyak disaji oleh kisah-kisah viral yang macam tu. Cerita penuh inspirasi, mestilah netizen gigih untuk share dan share sampai viral seantero Malaysia.
Tapi, kita tak boleh nafikan yang ramai juga kahwin tanpa ready, dan lepas kahwin hidup makin susah, sampai bercerai berai sebab masalah kewangan. Bukan sikit kes cerai yang penyebabnya adalah masalah kewangan.
Iya, kahwin memang buka pintu rezeki bagi orang yang merancang dan berusaha. Kalau lepas kahwin, kau jadi makin pemalas, tak cari jalan tambah pendapatan, tak jadi juga. Bertawakal saja tak boleh, usaha kena ada.
Tak cukup dengan hanya berdoa, “Ya Allah, aku sudah berkahwin, jadikanlah aku kaya sepertimana janjiMu.” Lepas tu, kau sambung tidur, malam tengok drama walaupun duit dalam bank tinggal RM100 saja.
Iya, kahwin memang buka pintu rezeki, sebab mungkin rezeki itu adalah milik anak yang bakal kau lahirkan. Kadang-kadang kita mendabik dada mengaku ini rezeki aku, itu rezeki aku. Padahal kita tak sedar sebenarnya kita menumpang rezeki anak-anak kita.
Well, semua orang dalam hati nak letak impian berkahwin dengan pasangan yang stabil kewangan, memang itu jalan short cut. Tapi, tak ramai yang nak usaha stabilkan kewangan diri sendiri dulu. Biasalah. Ha! – HF
Jarang orang nak deko balkoni jadikan ruang lepak, tetapi bila seorang isteri itu rajin dan kreatif, inilah hasilnya!
Apa yang menarik, bila penat menguruskan hal...