Ada di antara kita, berhabisan ribuan ringgit untuk menjayakan majlis perkahwinan, kemudian, tidak mampu untuk duduk berasingan dari keluarga kerana telah kehabisan wang. Ini adalah realiti yang sering terjadi dan dialami oleh kebanyakan pasangan masa kini.

Tinggal Dengan Mak Ayah, Dugaan Baru Lepas Bergelar Suami Isteri

Di sini kami senaraikan beberapa sebab, kenapa anda perlu keluar dari rumah ibu bapa selepas berkahwin?

1. Menjaga Privasi Pasangan Dari Ibubapa dan Keluarga Kita

Pasangan kita adalah ahli baru di dalam keluarga. Keselesaan pasangan kita perlu diambilkira kerana ianya mungkin boleh menjejaskan hubungan pasangan dan ahli keluarga anda. Pasangan kita akan rasa kekok dalam melakukan sesuatu kerana segan tingkahlakunya akan sentiasa diperhatikan.

Tinggal Dengan Mak Ayah, Dugaan Baru Lepas Bergelar Suami Isteri

2. Menjaga Kemesraan Keluarga

Apabila tidak tinggal bersama, pasti tidak banyak isu yang akan berbangkit. Perkara-perkara remeh yang mungkin boleh menimbulkan ketidaksenangan keluarga pasangan yang tinggal bersama pasti dapat dielakkan. Percaya atau tidak, kadang-kadang hanya tertukar saluran TV pun boleh menjadi punca bermasam muka.

IKLAN

3. Belajar Berdikari Dan Memajukan Diri

Berpindah keluar dari rumah keluarga adalah cara terbaik untuk kita belajar hidup berdikari. Segala masalah, perancangan ekonomi rumah tangga dan konflik rumah tangga akan menjadi tanggungjawab sendiri dan pasti anda akan cuba selesaikan sendiri tanpa campur tangan keluarga.

Tinggal Dengan Mak Ayah, Dugaan Baru Lepas Bergelar Suami Isteri

4. Bebas Untuk Keluar Masuk Rumah Bila-Bila Masa

IKLAN

Apabila tinggal berasingan dari keluarga, pasti kita akan lebih bebas untuk menentukan waktu kita. Mungkin kadang kala kita terpaksa pulang lewat ke rumah kerana tugasan di luar atau di tempat kerja. Tidak perlu lagi risau untuk memaklumkan kepada keluarga dan menganggu tidur mereka.

IKLAN
Tinggal Dengan Mak Ayah, Dugaan Baru Lepas Bergelar Suami Isteri

5. Merancang Masa Depan Dengan Lebih Baik

Selepas berkahwin, pasti kita terfikir untuk mempunyai cahaya mata. Anak perlu membesar dalam persekitaran yang baik dan sihat. Ibu bapa adalah penentu dalam membentuk anak. Jika kita tinggal di kediaman sendiri, matlamat untuk kita membesarkan anak dengan didikan kita sendiri akan lebih mudah tercapai.

Adakalanya, ibu bapa lebih seronok jika kita dan pasangan dapat tinggal bersama walaupun selepas berkahwin. Mungkin dengan adanya kita dan pasangan di rumah, sekurang-kurangnya ada yang menjaga mereka. Kita lebih mengenali keluarga kita dan pasangan, sekiranya perlu tinggal bersama, pastikan ianya memberikan kebaikan dan kesejahteraan kepada semua.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI