
Ramai yang berlumba-lumba untuk menjadi cantik hingga sanggup melakukan apa sahaja rawatan meskipun menyakitkan. Kalau boleh nak sentiasa nampak cantik dan muda sampai bila-bila.
Sebenarnya, ada cara lain yang lebih semula jadi untuk memastikan wajah kekal sihat dan berseri. Tak perlu berbelanja besar kerana cara ini mengikut landasan syariat dan insyaAllah anda akan kekal muda dan semakin disayangi suami.
Berikut merupakan antara tip yang boleh anda amalkan.
1. Urut muka sambil selawat ke atas Nabi.
2. Minum air sebaik bangun tidur.
3. Jaga kebersihan dengan memotong kuku pada hari tertentu.
4. Baca selawat Nabi ketika berdandan.
5. Amalkan baca surah Yusuf.
6. Amalkan juga ayat tertentu dalam surah Al-Qaqiah, ketika mandi pagi.
7. Bangun awal pagi dan amalkan mandi embun.
8. Amalkan urutan wajah.
9. Biarkan wajah sentiasa dalam wuduk.
Ikut Petua Mudah Dengan 2 Bahan Ini, Boleh Singkirkan Lemak & Buat Perut Kenyang Berpanjangan!

Berat badan yang susah nak turun memang boleh memberi tekanan tak kira pada wanita atau lelaki. Tambah merunsingkan kalau dah macam-macam usaha dibuat namun kesannya tetap tak berhasil.
Jangan bimbang kerana perkongsian daripada Zamira Mohammad Ali ini sedikit sebanyak boleh membantu anda menyingkirkan lemak-lemak degil yang lama bertapak dalam badan anda tu, selain dijadikan detox, buat anda kenyang berpanjangan dan memberi kesan lawas ibarat anda memakan 10 biji betik.
Nak kulit wajah glowing dan sentiasa tampak muda jelita pun boleh dengan mengamalkan petua ini. Menurut Zamira atau mesra dipanggil Kak Migha, dia mengamalkannya sebagai suplemen tambahan untuk ibu-ibu mengandung.
Tak perlu risau dengan bahan-bahannya kerana ia cukup mudah untuk didapati dan kosnya murah.
~ Nak rasa kenyang berpanjangan?
~ Nak pelawasan lancar ibarat makan 10 biji betik?
~ Nak kulit glowing mowing berkaca macam makan 10 biji oren sehari?
~ Nak sentiasa muda jelita walaupun dah 4/5 series tanpa botox?
~ Nak gigi cantik dan tulang kuat macam kanak – kanak ribena?
~ Nak miliki rambut beralun bersinar boleh libas – libas macam model?
~ Nak kurus baju saiz S?
Boleh try resepi ni. Murah je kosnya. Jadikan menu bekfes pun hokkay 😉
Kak Migha amalkan sebagai suplemen tambahan untuk preggy mommy.
CHIA SEED (superfood) + KURMA
Resepi ni buat malam taw. Sebelum tido. Lepas tu letak dalam fridge. Ala – ala detox jugakla.
Cara buat ada kat setiap gambor k.






Kurus Tapi Kulit Pula FLABBY? 20 Cara Efektif Ini Bantu Mengencangkan Kulit Kendur Bakal Pengantin

Menusuk sungguh kalau terdengar komen kawan-kawan rapat mengenai bentuk tubuh! Kurus salah, gemuk lagi salah. Sudahlah kita bersungguh-sungguh menurunkan berat badan, bila sudah berjaya dapat berat badan ideal, kawan-kawan kata flabby pula. Runsing sungguh bila dengar usikan kawan-kawan berlegar-legar di minda. Macam mana nak buang kulit yang mengendur di sekitar lengan, perut dan paha ini apatah lagi beberapa bulan menjelang hari perkahwinan. Sudah tentu risau memikirkannya, bukan!
Ketika kehilangan berat badan terutama melebihi 10 kilogram, kulit akan mula longgar dan mengendur. Itu adalah hakikat yang terpaksa diterima. Ramai wanita tidak suka melalui situasi ini kerana pelbagai masalah mula timbul seperti perlu menukar seluar baharu dan timbul selulit.
Walaupun sudah kurus tetapi bahagian-bahagian tertentu pada tubuh flabby sekali gus membuatkan kurang percaya diri. Jika ingin menyingkirkan kekenduran kulit secara semula jadi, ayuh cuba 20 tip ini.
(1) GUNA MINYAK KELAPA
Minyak kelapa berupaya melembapkan kulit dan membantu mengencangkan kulit yang menggeleber atau stretch mark. Sapu dan gosok minyak kelapa setiap hari sedikit demi sedikit di bahagian perut, lengan dan paha sebelum tidur. Selepas beberapa minggu kulit menjadi halus dan lembut.

(2) URUTAN
Urutan adalah cara yang paling berkesan membantu mengurangi lemak tubuh dan membantu mencegah kulit kendur. Sekurang-kurangnya urut tubuh 4 atau 5 kali seminggu setelah mengalami penurunan berat badan. Di samping itu mengurut boleh membantu peredaran darah yang lancar.

(3) LATIHAN BEBAN
Memang benar latihan beban adalah senaman kardio yang boleh membantu menurunkan berat badan. Tetapi, tahukah anda latihan beban juga boleh membantu mengencangkan kulit? Buat latihan beban 3 atau 4 kali seminggu untuk mendapatkan otot kencang dan menegangkan kulit. Perubahan ini mampu meningkatkan keyakinan diri dan memperbaiki penampilan.

(4) SENAMAN
Senaman adalah satu-satunya cara untuk membentuk semula otot dan mengencangkan kulit yang flabby. Cuba kuatkan semangat melakukan senaman setiap hari seperti push-ups, jumping jacks, windmills, squat, atau crunch selama 10 minit setiap hari.

(5) LEBIHKAN SAYUR DAN BUAH
Sayur-sayuran atau buah-buahan jika dimakan secara berlebihan tidak akan menyebabkan pertambahan berat badan. Malah ia turut membantu kulit lebih anjal setelah mengalami penurunan berat badan. Anda boleh makan apa sahaja buah seperti epal hijau, ceri, strawberi dan oren mengikut kegemaran anda.
(6) HINDAR PRODUK MENGANDUNGI SULFAT
Ketika membeli syampu, mandian, perawatan tubuh dan penjagaan diri pastikan tiada kandungan sulfat dalam produk tersebut. Ini kerana sulfat akan menimbulkan iritasi dan kulit yang kering. Situasi ini akan membuatkan kulit cepat berkedut, kendur dan timbul jerawat.

(7) EKSFOLIASI KULIT
Sel kulit mati perlu disingkirkan daripada lapisan kulit. Proses pengelupasan adalah salah satu cara untuk membuang sel kulit mati. Pengelupasan ini membantu menegangkan kulit yang kendur. Caranya sangat mudah iaitu skrub garam 2 atau 3 kali sehari untuk meningkatkan pengaliran darah. Malah proses ini membantu mendapat kulit yang elastik dalam masa singkat.

(8) AMBIL PROTEIN
Protein merupakan sumber yang baik dari kolagen dan mineral untuk kulit. Protein juga turut membantu kulit sihat dan elastik. Sumber kaya protein adalah seperti keju, kekacang, telur dan ayam.
(9) ELAK DIET KETAT
Cuba elak melakukan diet yang ketat kerana bukan sahaja menyeksa diri malah turut mengganggu kesihatan diri dan membuat kulit cepat kendur.

(10) MINUM AIR
Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari adalah cara terbaik untuk mengekalkan kelembapan tubuh. Boleh juga ditambah sedikit lemon untuk meningkatkan metabolisme, meningkatkan kesihatan kulit dan meningkatkan sistem imun tubuh.

(11) MANDI SELEPAS BERENANG
Sebelum dan sesudah berenang di dalam kolam renang, mandi dengan segera. Kandungan klorin yang tinggi dalam kolam renang akan menjadikan kulit cepat kering.

(12) MASKER WAJAH
Pakai masker 3 kali seminggu agar kulit wajah lebih anjal. Cara yang paling mudah adalah menggunakan putih telur. Selepas membersihkan lapisan putih telur tadi sapu pelembap agar kelembapan kulit terus terpelihara.

(13) LULUR
Cuba lakukan lulur sendiri. Boleh juga campur gula, yogurt, betik, strawberi dan madu kemudian lulur ke seluruh tubuh. Lulur sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk membantu mengatasi kulit kendur.
(14) LOSEN PENGENCANG
Menggunakan losen mengencang kulit memang tidak nampak perubahan dalam sekelip mata. Namun, jika rajin berusaha menyapu losen setiap hari pasti membantu mengatasi kulit kendur.
(15) MINYAK KASTOR DAN JUS LEMON
Kombinasi minyak kastor dan jus lemon adalah solusi terbaik untuk menyingkirkan kulit kendur. Gosok kulit dengan campuran ini setiap hari sebelum tidur atau selepas mandi.
(16) KRIM KOLAGEN
Krim kolagen boleh membantu menyingkirkan kulit kendur dan memperbaiki kulit daripada dalam. Jadikan tabiat menyapu krim kolagen ini sebagai rutin yang perlukan dilakukan setiap hari.
(17) ELAK MAKANAN RINGAN
Makanan ringan boleh menambah berat badan dan tidak elok untuk kecantikan kulit. Elak makanan yang mempunyai tinggi lemak, makanan dan minuman bergula serta makanan segera.

(18) SENAMAN YOGA
Yoga mempunyai banyak manfaat seperti melawan stres, menghilangkan depresi, meningkatkan ketenangan diri dan mendapatkan tidur berkualiti. Dalam masa yang sama yoga juga berupaya menegangkan kulit kendur.
(19) HINDAR SINAR UV
Sinar matahari jika berlebihan dapat meningkatkan radikal bebas yang menjadi punca kulit kendur. Hindar terlalu terdedah kepada sinar matahari dan berendam terlalu lama dalam air panas.

(20) RUMPAI LAUT
Menggunakan bahan-bahan semula jadi sebagai produk kecantikan diri. Lulur tubuh dengan krim berasaskan rumpai laut kerana boleh menganjalkan kulit secara semula jadi.
Manfaat Lobak Merah Yang Ramai Tak Tahu, Anda Patut Amalkan Selepas Ini!

Mungkin ramai yang tidak gemar memakan sayuran atau buah-buahan. Rugi sebenarnya jika anda tidak makannya dari sekarang. Selain sedap ia juga mempunyai protein dan khasiat yang tinggi dalamnya.
Tak guna jika anda bersenam atau bersukan tetapi tidak mengamalkan pemakanan yang sihat. Kerana anda tidak mendapatkan sumber kekuatan yang diperlukan. Salah satu sayuran yang popular adalah lobak merah. Ramai tak tahu keistimewaan yang ada sebenarnya. Nak tahu lihat di bawah!
1. Mengurangkan Risiko Barah
Di dalam lobak merah ia dipercayai berkesan untuk mencegah tubuh dari serangan barah. Kajian menunjukkan, orang yang memakan lobak merah 2 kali sehari, dapat menurunkan 17 % risiko penyakit barah payudara.
2. Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Jika anda memakan 6 biji lobak merah dalam seminggu, ia dapat mengurangi risiko kolesterol tidak baik dalam tubuh, yang dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Zat antioksidan dalam lobak merah juga membantu menurunkan tekanan darah tinggi, yang dapat menggalakkan penyakit jantung.
3. Mampu merawat kulit
Lobak merah mengandungi vitamin C dengan sifat penyembuhan. Ia membantu kulit pulih lebih cepat dari luka dalaman mahupun luaran. Selain itu, lobak juga boleh mengurangkan keradangan kulit dan mempercepat proses penyembuhan.
4. Baik untuk kesihatan mata
Lobak merah kaya dengan vitamin A dan merupakan salah satu masalah kesihatan mata yang sering terjadi pada orang tua. Vitamin A membantu melindungi permukaan mata dan menyumbang kepada penglihatan yang kuat.
5. Baik Untuk Kesihatan buah pinggang
Sifat penyembuhan dalam jus lobak merah sangat membantu untuk membersihkan dan menyaring buah pinggang. Ternyata lobak merah ini sayuran yang sangat bagus untuk menjaga kesihatan buah pinggang.