Selain menentukan lokasi dan bajet perkahwinan, memilih jurusolek ataupun make up artist (MUA) juga amat penting. Jurusolek juga memainkan peranan penting dalam memastikan wajah ratu sehari tampak lebih anggun dan berseri.
Kali ini, kami akan berkongsi tip untuk anda memilih MUA yang tepat dan sempurna sempena hari bahagia anda.
Tempahan Awal
Pastikan tempahan dibuat awal agar anda mendapat jurusolek atau make up artist yang diingini. Buat perbandingan agar pemilihan anda adalah bertepatan dengan kehendak dan bajet anda. Anda boleh membuat senarai jurusolek kegemaran anda dan membuat perbandingan terbaik dari segi harga, tahap professional jurusolek tersebut dan pengalaman yang mereka punyai di dalam dunia solekan.
Hanya Anda Seorang
Ads
Pastikan agar jurusolek anda tidak menerima tempahan selain diri anda pada tarikh majlis anda. Ini adalah bagi mengelakkan jurusolek anda terkejar-kejar menatarias anda untuk ke tempahan seterusnya. Akibatnya anda yang akan menanggung hasil solekan yang kurang teliti dan tidak memuaskan.
Test Makeup/Pre-Wedding Makeup
Ads
Cubalah melakukan test makeup/pre-wedding makeup dahulu dengan jurusolek pilihan anda. Dengan cara ini, anda boleh melihat dan merasai sendiri hasil solekan jurusolek yang anda telah pilih. Sekiranya anda mempunyai masalah kulit,, jurusolek yang anda pilih tersebut dapat mengkaji terlebih dahulu keadaan kulit dan produk yang sesuai untuk digunakan di hari bahagia anda kelak.
Bawa Berbincang
Ads
Pastikan anda dan jurusolek berbincang terlebih dahulu. Terus terang tentang apa yang anda suka dan apa yang anda tidak suka. Ini akan memudahkan jurusolek menatarias anda. Kedua-dua pihak (anda dan jurusolek) pasti akan berpuashati dan kegembiraan anda akan terpancar di wajah anda!
Dalam menentukan solekan pengantin yang diingini, anda bolehlah bersikap sedikit cerewet. Anda berhak bersuara sekiranya solekan yang dikenakan tidak memuaskan hati anda. Tapi pastikan anda juga mempunyai sedikit pengetahuan tentang solekan. Bincanglah secara baik diantara anda dan jurusolek pilihan anda dan pastinya anda akan mencapai solekan yang diingini. Ingat, cerewet biar kena tempatnya!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila dah lama berkahwin, tentunya keinginan untuk memiliki zuriat sendiri tinggi. Harapan setiap kali haid tak datang membuatkan ramai isteri dah berbunga-bunga hatinya. Ada yang awal-awal lagi sudah bersedia mengambil supplemen dan asid folik. Bagus juga, sekurang-kurangnya tubuh bersedia menerima ‘orang baru’.
Terlalu banyak petua yang diamalkan para isteri demi untuk mendapatkan zuriat dan salah satu daripadanya adalah dengan minum air rebusan taugeh. Sebagai manusia, kita berhak untuk terus berusaha agar apa yang kita inginkan menjadi kenyataan. Asalkan jangan buat sesuatu yang melanggar Syariah atau undang-undang.
Ini tip untuk anda yang mahu berikhtiar hamil dengan air rebusan taugeh.
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya menginginkan sebuah hubungan yang bahagia dan kekal sehingga akhir hayat. Kadangkala kelakuan anda bakal membuatkan pasangan bosan dan rimas sehinggakan rasa sayang itu semakin berkurangan.
Rasa cinta itu boleh dipupuk sekiranya pasangan saling memahami dan berkomunikasi dengan baik. Seorang isteri juga mempunyai peranan penting agar rumah tangga yang dibina kekal utuh dan berpanjangan. Pastinya anda ingin disayangi oleh suami hari demi hari.
Percayalah jika isteri lakukan tujuh perkara ini pasti cinta dan kasih sayang suami akan terus melekat seperti magnet. Kenapa nak tunggu, ayuh lakukan sekarang!
Satu sifat wanita yang memang tidak digemari lelaki adalah kuat membebel. Cuba belajar mendengar dan kurangkan bebelan anda. Lelaki jarang mahu berkongsi masalah mereka dengan sesiapa. Tapi sekiranya suami tiba-tiba mahu berbicara secara serius, berilah perhatian kepadanya. Ada masanya komen isteri tidak diperlukan pada ketika itu kerana suami sekadar mahu meluahkan bebanan yang ada di dadanya. ‘Telinga’ yang isteri berikan itu sudah cukup membuatkan suami rasa sedikit lega.
Kadangkala apabila seseorang lelaki itu mempunyai masalah atau tertekan dengan sesuatu, apa yang dimahukan adalah ketenangan untuk dia bersendirian. Berikan suami ruang dan jangan menekannya dengan lebih banyak soalan kerana ini akan membuatkan fikiran suami lebih berserabut. Sekiranya dia mahu bercerita kepada anda, dia akan lakukannya setelah dia bersedia. Wanita yang faham dengan situasi pasangannya dan bertindak dengan wajar adalah wanita yang disenangi dan disayangi.
Kadangkala, perkataan sahaja tidak cukup untuk menyatakan cinta. Walaupun sudah berkahwin, sentiasalah menyemarakkan kasih sayang dan cinta anda berdua. Sudah berkahwin bukan alasan untuk anda tidak perlu melontarkan rasa cinta terhadap pasangan. Sesekali buat kejutan untuk suami dengan menghantar makanan kegemaran suami di tempat kerjanya. Buat suami rasa bangga dan cemburu pada orang sekeliling dengan cara anda melayannya. Ataupun mungkin anda menempah makan malam romantik walaupun bukan pada hari istimewa untuk anda berdua nikmati masa bersama.
Sudah menjadi sifat seorang lelaki menyukai wanita yang pandai memanjakan mereka. Memanjakan suami merupakan tugas isteri. Beri urutan lembut di bahu ketika suami pulang bekerja ataupun urut kakinya ketika suami hendak tidur. Pasti layanan manja yang isteri berikan ini akan membuatkan suami bertambah sayang kepada anda.
Jaga penampilan dan tingkah laku anda di hadapan suami. Suami amat suka melihat isterinya sentiasa tampak bergaya dan menawan bukan hanya ketika keluar rumah, malah di rumah juga. Walaupun usia isteri semakin meningkat, bukan alasan untuk isteri tidak boleh bercantik untuk suaminya. Usahalah menjaga penampilan diri agar suami tidak jemu-jemu memandang dan memuji anda.
Selain penampilan, tingkah laku anda di luar juga harus ada batasnya. Ingat bahawa anda sudah bersuami dan merupakan isteri orang. Apa pun yang anda lakukan di luar akan membawa nama suami. Tingkah laku anda sama ada baik atau buruk boleh memberi kesan kepada nama baik dan maruah suami.
Bersikap setia dan sentiasa taat pada suami terutamanya ketika suami dilanda musibah yang menimpa dirinya. Sentiasalah memberi semangat kepada suami walau apa juga keadaan senang mahupun susah yang menimpa. Jatuh bangun seseorang suami itu kerana adanya seorang wanita di belakangnya.
Bersyukurlah dengan apa yang telah diberikan oleh suami terhadap anda dan keluarga. Sentiasa ucap terima kasih kepada suami agar dia rasa dihargai dan dicintai oleh anda. Dengan cara ini, suami akan lebih mencintai anda sepenuhnya. Jangan sesekali menunjukkan rasa kecewa kepada suami kerana ini boleh membuatkan suami bersedih.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) berhak mendapat bantuan khairat kematian sebanyak RM1,000, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Abdul Rahim Bakri. Beliau berkata tuntutan itu boleh dibuat melalui pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Selain itu, Abdul Rahim berkata penerima BSH juga secara automatik mendapat MySalam, iaitu skim perlindungan sosial kesihatan bagi meringankan beban perubatan ditanggung sekiranya dikenal pasti mempunyai antara 45 jenis penyakit kritikal.
”Antara faedah perlindungan ialah RM8,000 akan dibayar kepada mereka yang didiagnosis oleh hospital dan pusat perubatan bertauliah bagi 45 jenis penyakit kritikal. Mereka juga berhak dilindungi apabila dimasukkan ke hospital RM50 sehari bagi tempoh 14 hari sebagai meringankan beban kewangan semasa sakit,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Abdul Rahim berkata penerima BSH di luar bandar dan pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak perlu mendapat maklumat mengenai pelbagai lagi faedah sampingan daripada kerajaan Persekutuan yang boleh dimanfaatkan bagi meringankan beban. Beliau berkata masih ramai penduduk layak di kawasan berkenaan belum menerima bantuan BSH terutama bagi mereka yang tidak memiliki akaun bank.
Kementerian Kewangan akan melaksanakan beberapa kaedah baharu bagi menyampaikan bantuan tunai kepada penduduk di kawasan terbabit, selain program turun padang dilakukan oleh Jabatan Perbendaharaan dan LHDN.
Ini termasuk menambah kiosk mesin juruwang automatik (ATM) Bank Simpanan Nasional serta melantik Pos Malaysia Berhad sebagai ejen BSN sebagai kemudahan penduduk luar bandar, katanya.
BERNAMA
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon dan juara Dewi Remaja 2023, Nurel Baharin, 24, membuka lembaran baharu dalam kehidupannya apabila selamat bergelar isteri kepada pilihan hati, Esmeer Mansor, dalam...