Tip ‘Reapply Makeup’ Selepas Wuduk, Barulah Sentiasa Nampak Fresh & Glowing

Share

Wuduk adalah menyucikan diri dengan membasuh muka, tangan, kepala, dan kaki, sebelum umat Islam menunaikan solat atau membaca kitab suci Al-Quran. Bukan sekadar asal basah sahaja tapi saat berwuduk kita harus meratakan air sehingga menjangkau semua anggota tubuh yang wajib dibasuh.

Mungkin ada di kalangan korang yang masih tidak tahu cara yang betul untuk ‘reapply makeup’ selepas mengambil wuduk. Korang boleh nampak lagi fresh apabila korang ‘reapply makeup’ dan boleh jadi cantik lagi seperti awalnya. Tapi untuk korang yang aktif buat aktiviti luar sangatlah penting untuk reapply sunscreen juga supaya kulit tetap dilindungi dari sinar UV.

Berikut tip seperti yang dikongsikan oleh Syazwani Md Saad 

Ini antara ‘perkakas’ mekap yang diperlukan.

  1. Gunakan Face mist supaya wajah lebih segar dan lembap.

2. Sapukan skin tint pada seluruh wajah supaya tona wajah kelihatan lebih sekata.

3. Sapukan loose powder ke seluruh wajah secara sekata agar wajah nampak lebih glowing.

4. Kemaskan kening yang mungkin ‘berselerak’ ketika mengambil wuduk. Pakai juga maskara untuk efek bulu mata yang lebih lentik.

5. Supaya bibir tidak kelihatan pucat lesi, aplikasikan ‘lip tint’ pada bibir. Gunakan warna-warna yang lembut agar bibir nampak segar dan natural.

Tidak susah mana pun untuk ‘reapply makeup’ selepas mengambil wuduk. Nak cuci pun senang. Mekap pun tak tebal mana. Selamat mencuba!

Sumber: Syazwani Md Saad 

IKLAN