
Kasut kahwin sememangnya penting untuk semua pasangan yang bakal berkahwin lenih-lebih lagi wanita kerana kasut wanita boleh didapati dalam pelbagai corak dan rupa. Ia membuatkan mereka sukar untuk membuat pilihan.
Anda di nasihatkan agar tidak memilih kasut terlalu tinggi kerana ia akan membuatkan anda sukar untuk berjalan. Jadi kami ada pilihan untuk anda yang boleh dijadikan sebagai inspirasi pada majlis perkahwinan anda.


Ada yang kadang kala memilih kasut kahwin yang cantik tetapi tidak kena dengan tema. Jika sebegini kemungkinan ia sedikit sebanyak akan mencacatkan majlis anda.








Kuasa Perincian ‘3D’ Di Majlis Perkahwinan Buat Pengantin Lebih Menyerlah

Relevan di zaman ini, perincian berbentuk 3D kian mendapat perhatian buat penampilan ratu sehari. Tampak lebih bold dan mempesonakan, perincian ini bakal memberi gaya ratu sehari yang lebih dramatis dan menyerlah.
Selain untuk penataan gaya ratu sehari, kuasa perincian 3D juga boleh diberikan dalam aksesori dan dekorasi bagi memberi nafas yang lebih unggul. Serlahkan gaya ratu sehari anda dalam majlis raikan cinta dengan lebih stylish bersama perincian 3D yang bakal menjadi fenomena hangat dan sensasi.
Jom kita lihat ilham yang boleh dijadikan insipirasi buat anda untuk meraikan majlis paling bahagia.
1. Tas Tangan Dior
Beg tangan jenama mewah ini bakal membuatkan si dara tersenyum lebar. Suntikan perincian timbul pada tas tangan ini cukup menonjol dengan percikan rona terang. Sesuai dijadikan sebagi dulang hantaran untuk majlis bahagia.


2. Gelang Tangan Dan Subang Bvulgari
Ringkas dan minimalis! Sesuai digayakan oleh gadis yang inginkan gaya bersahaja dan moden. Warna perak subang dan rose gold pada gelang memberi nilai elegansi. Ungkapan cinta lebih bermakna bersama aksesori mewah ini.
3. Sepatu Ralph & Russo
Langkah ratu sehari pastinya bagaikan puteri kayangan saat menyarungkan sepatu dari jenama Ralph & Russo. Sulaman perincian 3D berbentuk flora memberi magis buat si pamakai. Rekaan eksklusif ini juga sesuai dihias indah di atas dulang hantaran bersamam gubahan bungan segar berona pastel.
4. Pewangi Marc Jacob
Segarkan diri anda di majlis raikan cinta bersama semburan dari pewangi Marc Jacob. Haruman memikat jiwa ini mencetuskan rasa sensual. Semburkan pewangi ini saat anda bergelar ratu sehari atau dihias indah di atas dulang hantaran sebagai adat berkasih.
5. Busana Ralph & Russo
Penampilan ratu sehari lebih menonjol bersama dress anggun ini. Perincian pada busana ini memberikan sedikit nada dramatis namun ia cukup relevan untuk disarungkan di majlis cinta. Warna putih memberi aksen suci dan bersih buat penampilan si ratu. Jadikan majlis paling bahagia anda sebagai momen yang sukar untuk dilupakan.
6 Langkah Penting Wajib Ikut Untuk Dapatkan Gaya Tudung Tepat Buat Pengantin!

Penampilan seseorang hijabis apabila bergelar ratu sehari perlu dititikberatkan agar penampilan anda sopan dan tidak terlalu menonjol. Pemakaian hijab yang betul dan sempurna juga memainkan peranan yang penting bagi memastikan penampilan anda mematuhi syariat dan dalam pada masa yang sama tampak anggun dan menawan.
Dalam pemakaian tudung buat pengantin berhijab, ada beberapa faktor yang perlu diberi keutamaan agar penampilan anda terlihat sopan dan menawan. Jom kita lihat 6 langkah penting yang boleh anda ikuti untuk mendapatkan gaya tudung yang tepat dan sempurna di majlis perkahwinan. Mudah dan cukup praktikal!
1. PEMILIHAN FABRIK
Sebaiknya pilih fabrik yang tidak berkilat untuk digayakan di hari bahagia anda seperti satin. Ia bersifat panas dan bakal membuatkan anda tidak berasa selesa pada tempoh yang lama. Fabrik terbaik yang boleh dijadikan pilihan ialah sifon, georgette, cita, sari dan renda.
2. PEMILIHAN RONA
Rona pemilihan tudung juga perlu dititikberatkan agar penampilan anda lebih menyerlah. Sekiranya busana anda berona biru lembut, sebaiknya pemilihan tudung berada dalam kumpulan rona yang sama. Jangan memilih tudung yang kontra seperti merah, kuning dan sebagainya.
3. STAIL TUDUNG
Perkara penting yang perlu diingat oleh para muslimah ialah cara pemakaian tudung. Seharusnya tudung yang dipakai perlulah menutup bahagian dada agar tampak sopan dan menutup aurat. Pemilihan tudung juga haruslah tidak terlalu jarang sehinggakan boleh kelihatan bentuk telinga dan leher.
4. ANAK TUDUNG YANG SESUAI
Anak tudung juga boleh membuatkan penampilan tudung anda lebih kemas dan terletak. Pilih anak tudung yang boleh menutupi keseluruhan kepala anda agar meemudahkan sesi pemakaian layah dan tiara.
5. KESESUAIAN TUDUNG DENGAN BENTUK MUKA
Gaya tudung juga harus mengikut kesesuaian bentuk muka anda. Sekiranya anda memiliki bentuk wajah yang petak, anda boleh memilih anak tudung yang mempunyai awning. Ia dapat memberikan ilusi yang lebih panjang buat wajah anda. Pilihan rona tudung juga harus sesuai dengan ton kulit anda.
6. PERINCIAN
Elak dari memakai tudung yang sarat dengan perincian manik atau batu permata. Cukup sekadar kosong dan polos. Padankan tudung polos anda dengan layah berjemeki dan tiara ringkas. Pastinya penampilan anda lebih menawan dan relevan.
#WorldHijabDay
#WonderHijabi
#StrongInHijab
Cantiknya Baju & Mekap! Dayah Akhirnya Selamat Bergelar Isteri

PENGACARA program Borak Kopitiam, Dayah Bakar akhirnya bertemu jodoh dengan jiran rumahnya semasa kecil dan selamat diijab kabulkan dengan bapanya sendiri jam 9.38 pagi tadi.
Dayah atau nama sebenarnya Nur Hidayah Abu Bakar, 29, berkata dia dan bakal suaminya, Kapten Hanif Hamidi, pernah belajar di sekolah yang sama selama tiga tahun.
Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Nikah, Cerai, Rujuk, Masjid Ar Rahimah dari Jabatan agama islam wilayah persekutuan, Muhamad Nazri Ramli.
Pada majlis berlangsung di 9 Kedondong, Ampang itu, Dayah menerima mas kahwin RM300 serta tujuh dulang hantaran, dibalas sembilan dulang. Wang hantaran pula dirahsiakan.
Majlis dihadiri lebih 200 tetamu terdiri daripada keluarga kedua pihak, rakan artis antaranya Fara Fauzana dan Heliza Helmi serta sahabat handai.
Dayah Bakar yang sopan menyarungkan busana Azura Couture dan muka ditata rias cantik oleh Yna Sakinah, Kisah Dayah dan Hanif pernah mendapat perhatian netizen di laman sosial apabila dia memuat naik foto mereka ketika zaman kanak-kanak.
Mereka belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, Seremban, Negeri Sembilan.
Tambah Dayah lagi, dia pernah menerima surat cinta daripada Hanif, 29, namun ketika itu hanya menganggap lelaki itu hanya kawan.
Dalam perkembangan lain, Dayah baru sahaja mengeluarkan single pertama berjudul Imamku selepas beberapa tahun menyimpan hasrat menjadi seorang penyanyi.
“Lagu ini saya cipta sendiri dah lama. Cuma takut nak bagi orang dengar. Tapi kalau kita tak cuba, tak tahu kan,” katanya.
Kredit Foto : Saiful Chin Via Instagram Dayah Bakar