Tak lengkap rasanya sebuah perkahwinan tanpa rakaman momen indah sebagai kenangan. Gambar adalah sesuatu benda yang boleh menjadi saksi di Hari bahagia anda dan pasangan. Oleh itu, tempahan jurugambar adalah perlu untuk perkahwinan anda.
Namun, jika anda masih tercari-cari atau mengimpikan gambar yang cantik daripada jurugambar professional. Boleh lah cari di sini. Confirm puas hati!
Biasanya perempuan bila dah kawin, ada anak, masa untuk diri sendiri pun dah tak ada. Bukan tak mahu cipta hari bahagia sendiri tetapi tak cukup masa.
Ini yang golongan suami kena faham. Sebab itu lah kena toleransi apabila berkahwin. Sama-sama buat mana yang tak siap, jom baca perkongsian saudara Firdaus Shakirin kejap.
Dah tak sempat nak bergaya macam bujang-bujang dulu. Pakai dan tangkap muat apa yang sempat sahaja. Mekap ala kadar, letak yang asas sahaja dan diri pun dah tak berapa nak wangi dah macam dulu-dulu.
Sibuk nak siang ikan, sibuk nak memasak, sibuk nak buat kerja rumah, sibuk nak mengemas, sibuk dengan anak-anak. Kejap lagi suami balik rumah, sibuk nak layan suami pula.
Bila lah nak ada masa untuk diri sendiri.
Nak rehat, nak lapangkan fikiran, nak tenangkan perasaan, nak hilangkan tekanan. Ingatkan bila anak-anak sudah tidur, suami sudah tidur, boleh lah nak buat semua itu tetapi bila letak sahaja kepala, sedar-sedar sudah pagi.
Berterusanlah hari ke hari macam itu.
Esok-esok ini, laki bunyi: “Isteri dah tak cantik, isteri dah berubah bentuk, badan isteri dah tak macam dulu.”
Tetapi suami tak pernah perasan pula yang isteri itu rehat pun tak sempat, tak cukup.
Apatah lagi nak ada masa utk diri sendiri, memanjakan diri sendiri.
Cuba dalam seminggu itu, bagi isteri off memasak kejap dalam 2 hari. Tak kisah lah hari apa pun, tapi untuk hari itu kena gantung kuali dan biar dapur tak berasap. Lauk suami beli untuk sarapan, tegah hari dan malam.
Suami pula duduk rumah, tak keluar mana-mana. Suami handle anak-anak, suami uruskan anak-anak untuk sehari. Ambil 1 pakej spa untuk isteri, 2 jam ke, 3 jam ke, suruh isteri pergi rehat dan relaks.
Bila bagi ruang ini, auto isteri dapat pulihkan mental, fizikal dan emosinya.
Isteri kita itu penat sebenarnya. Tetapi dia tak boleh rehat sebab kalau rehat, tak ada siapa yang nak buat kerjanya. Itu sahaja kenapa dia buat kerja tanpa henti.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Salah satu perkara yang dirisaukan oleh pasangan yang sudah berkahwin adalah masalah kesuburan dan kitaran haid yang tidak teratur. Setiap pasangan yang sudah berkahwin tentu mahukan cahaya mata dan setiap bulan pasti akan menanti khabar gembira ini.
Jika anda mengalami kitaran haid yang tidak teratur, sedikit sebanyak ia boleh mengganggu proses untuk anda mendapatkan zuriat. Jadi untuk mengatasi masalah ini, apa kata cuba amalkan teknik meletakkan ais pada titik Feng Fu seperti yang dikongsi oleh Asma Hanniey menerusi laman Facebooknya.
Menurutnya, teknik ini bukan sahaja dapat mengatasi masalah kitaran haid tidak teratur, ia juga mampu mengatasi masalah kesuburan dan buat badan jadi lebih ringan dan bertenaga. Ayuh kita baca perkongsian ini dan semoga ia bermanfaat untuk kita semua.
Sedikit perkongsian ilmu utk manfaat kita bersama….
Tahukah anda, bahawa terdapat suatu tempat di tubuh manusia,jika ditempelkan dgn ais pada titik tersebut selama beberapa saat, berupaya memberi impak positif terhadap kesihatan kita.
Insha-Allah, teknik ini dapat mengatasi masalah sakit kepala seperti migrain dengan segera. Badan kita akan terasa ringan dan bertenaga.
Melakukan terapi tersebut secara berkala dipercayai dapat mengekalkan keremajaan tubuh dan kelihatan lebih muda.
Tempat tersebut ialah titik tekanan yang terletak di dasar tengkorak iaitu di atas leher, atau titik apabila leher dan kepala bersambung.
Dalam ilmu akupunktur Cina titik tersebut dikenali sebagai Feng Fu, yang bermaksud “rumah angin”.
Menurut rawatan tradisional Cina, teknik meletakan ais pads titik Feng Fu bukan untuk mengubati penyakit tetapi mengembalikan keseimbangan fisiologis semula jadi. Di samping itu, memberikan stimulasi emosional yang positif dan ‘meremajakan’ seluruh tubuh.
Keajaiban ini akan terjadi jika kita menempelkan ais pada Titik Feng Fu. Cubalah melakukan terapi tersebut ketika badan anda terasa letih atau kepala terasa pening. Badan kita akan menjadi ringan, lebih bertenaga dan perasaan letih atau pening akan hilang.
Beberapa pengidap migrain sendiri, mengakui terapi ini ternyata lebih efektif untuk mengatasi migrain dibandingkan dengan pengambilan ubat-ubatan.
Terapi ini juga dapat meningkat mood dan membangkitkan perasaan segar, kerana teknik ini menstimulasi pelepasan endorfin dalam aliran darah.
Teknik ini mudah sekali, hanya tempelkan ais pada titik Feng Fu selama 10 hingga 20 minit.
Pada awalnya mungkin kita akan merasa sejuk selama 30-40 saat, tetapi perlahan-lahan titik tersebut akan menjadi hangat.
Menempelkan ais pada titik Fung Fu berkhasiat untuk:
1. Mengatasi sakit kepala dan migrain 2. Meringankan sakit gigi dan sakit sendi 3. Mencipta kesan relaks 4. Meningkatkan tenaga dan menghindar keletihan 5. Meningkatkan kualiti tidur 6. Memperbaiki sistem penafasan dan sistem kardiovaskular 7. Mengatasi asma 8. Mencegah sering bersin dan hidung berair 9. Mengatasi gangguan neurologi dan perubahan degeneratif pada tulang belakang 10. Membaiki sistem pencernaan 11. Menyembuhkan radang saluran usus dan meningkatkan keupayaan seksual 12. Mengatasi kegemukan dan masalah pemakanan 13. Mengatasi gangguan kelenjar tiroid 14. Membantu masalah arthritis, hipertensi dan hipotensi 15. Menghilangkan selulit 16. Mengatasi gangguan kitaran haid, kemandulan, endokrin, dan kesuburan 17. Mengatasi gangguan psiko-emosiol, stres, keletihan, insomnia
Luar biasa sekali bukan? Sayangnya terapi dengan teknik Feng Fu ini masih asing kepada masyarakat umum.Oleh itu, sebarkanlah insha-Allah orang lain juga mendapat manfaat. Semoga berjaya….
Soalan: Apakah terdapat hadith berkaitan galakan menikah dengan wanita yang subur?
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Allah SWT menciptakan setiap makhluk itu secara berpasang-pasangan seperti lelaki dan wanita. Lalu Allah SWT mensyariatkan perkahwinan bagi mereka yang mampu sebagaimana firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.”
Tambahan pula, agama kita amat menggalakkan setiap umatnya agar berkahwin berdasarkan hadith-hadith yang sahih. Akan tetapi, di sana terdapat beberapa ciri-ciri yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada kita sebagai panduan sebelum mendirikan rumahtangga.
Berdasarkan soalan di atas, terdapat sebuah hadith daripada Ma’qil bin Yasar berkata: Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu berkata:
Maksudnya: “Sesungguhnya aku telah bertemu dengan seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan cantik tetapi dia seorang yang tidak boleh melahirkan anak. Maka, apakah aku boleh menikahinya? Rasulullah SAW menjawab: “Jangan.” Kemudian lelaki itu datang buat kali yang kedua maka Baginda SAW juga melarangnya. Lalu lelaki itu datang buat kali yang ketiga, maka Nabi SAW bersabda: “Kahwinilah kamu akan wanita yang penyayang, subur kerana aku merasa bangga dengan memiliki umat yang banyak.” [Riwayat Abu Daud (1050)] [Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai sanad hadith adalah kuat]
Hadith ini menunjukkan bahawa anjuran Nabi SAW agar lelaki ini berkahwin dengan wanita yang penyayang supaya dia (isteri) dapat menyayangi suaminya dan yang subur pula adalah yang boleh melahirkan ramai anak. Hadith ini diikat dengan dua ciri ini kerana jika seorang wanita itu tidak bersifat dengan penyayang maka ia akan menjadikan tarikan suami kepadanya berkurangan. Adapun, jika wanita itu tidak bersifat subur maka ia tidak mencapai salah satu tuntutan iaitu meramaikan umat dengan melahirkan ramai anak. Selain itu, kedua ciri ini kebiasaannya terdapat pada wanita yang masih dara. Tambahan pula, hadith ini juga menunjukkan isyarat agar kekal dengan perkahwinan yang mana terdapat padanya (pada isteri) dua ciri atau sifat tersebut. [Lihat: ‘Aun al-Ma’bud, 33-34/6]
Justeru itu, hadith ini merupakan salah satu petunjuk atau hadyu nabawi dalam memilih pasangan hidup. Tuntutan ini bukanlah bersifat wajib, bahkan ia merupakan satu galakan kerana Nabi SAW berbangga melihat umatnya ramai di akhirat kelak. Seperkara lagi, anak merupakan rezeki daripada Allah SWT dan Allah SWT berhak untuk memberikan rezeki tersebut kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Untuk itu, janganlah kita bersedih jika Allah SWT belum lagi mengurniakan kita cahaya mata atau Allah SWT tidak mengurniakan kita cahaya mata. Tugas kita sebagai seorang hamba adalah sentiasa berdoa serta berusaha dengan bersungguh-sungguh dan selebihnya kita serah kepada Allah SWT.
Penutup
Kesimpulannya, antara kunci kebahagian rumahtangga adalah apabila mana-mana pasangan mendapatkan cahaya mata. Bahkan, ini akan menguatkan lagi hubungan di dalam perkahwinan tersebut. Untuk itu, menjadi tanggungjawab kita untuk mengikut setiap panduan yang telah diberikan oleh junjungan besar kita Nabi SAW. Akhirnya, semoga Allah SWT mengurniakan zuriat-zuriat yang soleh dan solehah serta penyejuk mata buat ibubapa. Amin.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...