1. Mesti jaga kebajikan pengantin

Pastikan sentiasa ada/pegang:

  • Tisu – nak kesat hingus pengapit waktu akad nikah. Haruslah pengantin nak nangis-nangis gitu. Malu la kalau jurugambar ambik gambar pengantin berhingus nanti.
  • Span – baju pengantin panas kot tambah berdebar nebes tunggu akad nikah. Habis berpeluh nanti, cair make up. Baju pengantin tak dek poket nak letak span make up. Make up cair pun tak perasan. So, tugas korang la si pengapit nak tengok-tengok make up pengapit cair ke tak. Kalau cair, touch up kan sikit.
  • Kipas – kau bayang kan hari kawen nanti pengantin pakai korset, inner, kain lining, baju pengantin. Mak aih tak ke panas berkepak lecak ketiak. Ha, time la ni para pengapit kene main peranan kipas kan si pengantin supaya ketiak tak berlecak. Hahahah.
  • Payung – in case lah pengantin kene berjalan ke luar rumah bawah terik matahari, pengapit kene ikut sambil payung kan okay? Jangan tinggal pengantin tu. Pengantin time ni la nak kontrol ayu, tak boleh buat keje pape. Konon la raja sehari.
  • Air minuman (botol) – paling kurang pun botol kecik pun tak pe asalkan ade air. Mane la tahu nanti pengantin tersedak ke gatal tekak ke haus ke. Kan haru orang duk bace akad nikah, pengantin perempuan terbatuk. Macam tak rela nak kawen pun ada.

Tugas Seorang Pengapit Bukan Datang Sekadar Melawa

2. Make sure pengantin nampak lawa

Ini tugas utama pengapit. Make sure baju pengantin terletak elok, make sure tudung dengan veil tak senget, make sure sampin tak terburai, make sure time duduk kain tak terselak dan sebagai kan. You get what I mean, kan? Kalau ade nampak slack sikit dekat pengantin perempuan ke lelaki ke, terus betul kan. Be proactive.

3. Jadi runner

IKLAN

Sorry to say but hari big day pengantin, korang lah antara orang yang paling busy sekali. Korang kene jadi runner untuk pengantin. Kot kot pengantin tertinggal IC dalam bilik, korang lah tukang kene ambik. Kot kot pengantin tertinggal phone dalam bilik, korang lah yang kene tolong carik kan. Kot kot lah katering bongok tak sedia kan pelayan, korang lah yang kene ceduk kan nasi, letak kan lauk. Kot kot lah orang nak mintak suruh tangkap kan gambar, korang lah yang jadi photographer bidan terjun.

Tugas Seorang Pengapit Bukan Datang Sekadar Melawa

4. Tenangkan pengantin

IKLAN

Tunggu pengantin lelaki, dieorang tak sampai-sampai pulak lagi. Emosi pulak pengantin perempuan dibuatnye. So, pengapit, please. Tolong tenangkan perasaan emosi pengantin sambil-sambil call pengantin lelaki tanye dieorang kat celah mane sekarang. Time akad nikah pulak, si pengantin perempuan nervous tak pepasal, korang jugak lah yang kene tenangkan perasaan dieorang. Tengok-tengok nanti habis majlis korang boleh apply keje jadi kaunselor kot. Make sure korang ingatkan pengantin supaya dieorang senyum selalu. Kekadang nervous sangat sampai lupe nak senyum.

5. Pegang duit hadiah tetamu

Biasa nya tetamu terus bagi duit pada ayah atau mak pengantin. Tapi ade jugak kawan-kawan pengantin yang nak bagi duit direct ke tangan pengantin. Macam aku cakap tadi, baju pengantin tak dek poket. Tak kan nak pegang memanjang pulak kan. So, korang pengapit, diamanahkan untuk memegang duit hadiah tetamu tu. Just make sure bile dah habis majlis, bagi balik semue duit yang dapat pada parents atau pengantin tu sendiri. Amanah tu. Berdosa kalau bawak balik. Heheheh.

IKLAN

Tugas Seorang Pengapit Bukan Datang Sekadar Melawa

6. Kene tahu flow majlis

Ini sangat penting. Kalau korang pengapit tak tahu flow majlis, habis blur macam tu je. Nanti nak tolong orang buat pape pun tak tahu. Jadi pengapit pun macam tak dek fungsi sama macam tak payah ade pengapit. So, make sure korang discuss dengan pengantin awal-awal ape flow majlis dan please please please communicate dengan family pengantin sekali. Sebabnye time ni pengantin dah blank, tak tahu nak buat pape. Dah jadi macam zombie pun ada.

So, para pengapit. Korang adalah antara tulang belakang kejayaan sesebuah majlis perkahwinan. Make sure korang tahu ape tugas-tugas korang dan jangan nak syok sendiri di majlis perkahwinan orang. Waktu ni adalah hari besar dan hari bahagia pengantin, pengapit jangan over.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI