1. Dalam pemberian nafkah, seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa).
Turutan nafkah adalah seperti berikut;
Diri sendiri
Isteri
Anak
Bapa
Ibu
Cucu
Datuk
Saudara
Ahli-ahli keluarga berikutnya.
IKLAN
Turutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan; “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46).
Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antara kesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah).
IKLAN
Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekalipun isteri kaya dan berada. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya -mengikut kemampuannya- ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah.
Adapun nafkah kepada orang lain selain isteri, ia tidak wajib melainkan apabila memenuhi dua syarat;
IKLAN
a) Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Jika mereka mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan sendiri, tidaklah wajib lagi ia menyara mereka. Namun digalakkan ia meneruskan pemberiannya kepada mereka untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim.
b) Ia mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka; sama ada dengan hartanya atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri sendiri dan isteri. Jika ada lebihan (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulah ia wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain.
Merujuk kepada soalan di atas, tidak harus suami mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung kerana menafkahi isteri dan anak-anak adalah wajib. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah darinya, ia hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Itupun jika ia mampu menampung semua mereka. Jika tidak, hendaklah ia mendahulukan isteri dan anak-anak. Wallahu a’lam.
Kenapa perempuan single tak kisah kalau mereka tiada cinta hari ini?
Sebab #1: Tak perlu fikir tentang orang lain
Perempuan paling bahagia, hidupnya tanpa suami
Para isteri mungkin akan bersetuju jika mempunyai suami yang tidak bertanggungjawab. Juga mungkin akan bersetuju jika ada suami yang tidak mahu membantu langsung dalam urusan rumahtangga.
Tahukah anda, faktor utama dalam perceraian di Malaysia ialah duit dan kasih sayang; iaitu tiada persefahaman? Ia selari dengan hasil kaji selidik kami di mana 51% berpendapat bahawa kasih sayang lebih penting dari duit. Selebihnya, 49% berpendapat duit itu lebih penting dari kasih sayang.
Bila suami tidak boleh usahakan duit untuk bayar bil dan keperluan rumah, sudah tentu ia akan mengeruhkan keadaan.Jika masing-masing buat hal sendiri dan tiada persefahaman, maka hubungan akan mula retak.
Si isteri akan penat buat kerja sendiri, tak usah kira. Lelaki yang sudah berkahwin mendapat lebih banyak manfaat daripada perkahwinan kerana hidup mereka sentiasa tenang. Si lelaki ini boleh pergi kerja dengansenang hati tanpa memikirkan hal dan tanggungjawab rumahtangga.
Tambahan lagi, si suami ini hanya mahu menjalankan tanggungjawabnya di atas katil. Itu sahaja yang ada dalam kepala dia. Jika yang anda sedang membaca ini ialah anak dara, apa pendapat anda?
Ini belum masuk bab mertua dan ipar lagi. Seriau atau tidak? Bukankah lebih bahagia hidup seorang diri sahaja?
Kalau anda seorang suami
Tolonglah isteri di rumah. Jangan hanya pandai main telefon dan bergoyang kaki sambil menonton televisyen. Sungguh, bila sekali dua si isteri penat, dia akan merungut kepenatan kerana tiada siapa yang mahu membantu melakukan kerja-kerja rumah. Namun, apabila selalu sangat buat kerja bersendirian dan tidak dibantu, dia akan rasa putus asa dan tidak dihargai. Maka, dari situlah akan bermula masalah dalam rumahtangga.
Perempuan paling bahagia, hidupnya tanpa anak-anak
Ia sebenarnya berbalik kepada persoalan di atas tadi, iaitu tentang suami. Rumah bersepah. Kain baju tak bersidai. Jika sudah berangkat, tiada siapa yang nak lipat. Lantai tak bersapu.
Anak menangis minta susu. Yang seorang lagi sepahkan depan. Pusing belakang, yang seorang lagi sedang buat semak di dapur. Haru biru jadinya. Jika suami sama-sama tolong jaga anak-anak dan ambil berat tentang keadaan rumah, sungguh, isteri akan senyum sentiasa. Para ibu yang ada anak; dan serabut menguruskan rumahtangga, pasti boleh ‘relate‘ dengan situasi ini.
Hinggakan ada masa-masa tertentu, akan bermain-main di fikiran, seronoknya kalau tak ada anak buat seketika. Boleh ada ‘me time‘ sentiasa’. Tipu kalau tak pernah berfikiran sebegini. Cuma akhirnya, tidak sampai hati. Jadi, bukankah hidup itu lebih bahagia jika kekal single?
Sebab #2: Boleh beli apa sahaja
Anak dara lebih kukuh kewangannya. Menurut kajian sains itu juga, kelebihan wanita bujang ialah dia mempunyai duit yang lebih banyak dari ibu bekerja. Mungkin sebab perbelanjaannya hanya untuk diri sendiri sahaja. Duit berkepuk-kepuk, tak tahu nak buat apa. Sedangkan ibu bekerja, perlu bantu suami untuk menanggung keluarga. Jika ibu bekerja ini ada duit sekalipun, majoriti duit yang dibelanjakan hanyalah untuk anak-anak. Diri sendiri, tidak ada apa-apa.
Itu kalau ibu bekerja, ada juga duit untuk dibelanjakan. Jika sekadar surirumah tangga, langsung tidak ada duit untuk belanja. Sedih bukan?
Sebab #3: Tidak ada komitmen
Wanita bujang hidup lebih lama
Bila tidak ada komitmen dengan siapa-siapa, hidup akan jadi lebih tenang. Sudahlah tidak perlu fikir tentang orang lain, juga tidak perlu peduli tentang mahu tanggung orang lain. Kata kajian itu lagi, kekal single akan menjadikan anak dara ini lebih sihat dan hidup lebih lama. Wanita yang belum berkahwin cenderung untuk hidup lebih lama daripada rakan-rakan mereka yang sudah berkahwin dan mempunyai anak-anak
Jadi, setujukah anda jika dikatakan perempuan lebih bahagia jika terus kekal single?
Bahagia adalah pengorbanan
Wanita belum berkahwin yang sudah lanjut usia memang selalu dimomokkan dengan panggilan anak dara tua. Apatah lagi jika sudah lanjut usia, mencecah 30-an dan ke atas. Akan ada mulut-mulut tempayan di luar sana yang mengata. Dia korbankan telinga dia untuk mendengar sindirian caci nista. Dia korbankan hatinya yang masih lagi menunggu rezeki. Wanita yang sudah berumahtangga pula, pengorbanannya tidak sama. Dia sanggup berkorban apa sahaja untuk anak-anak, suami dan keluarga. Walau apa pun status kita, kita tetap berkorban dalam kapasiti kita sendiri.
Perempuan paling bahagia dalam Islam
Sebagai orang Islam, adalah menjadi sunnah untuk mendirikan perkahwinan. Dikurniakan anak adalah satu anugerah dari Allah. Jika pernah dilukai, janganlah terus berputus asa dan tidak mahu menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki. Jika ada keraguan, buat solat istikharah dahulu, mohon petunjuk dari Allah.
Anggap sahaja kajian sains ini tidak tepat seratus-peratus dan bukan menurut Islam secara penuh. Memetik sedikit perkongsian di IKIM oleh Ustaz Muhammad, bernikah adalah sunnah Baginda Nabi s.a.w.
Terdapat sunnah pada setiap perlakuan dalam pernikahan. Semoga kita perolehi rumahtangga yang bahagia dan dibahagiakan oleh Allah SWT. Rumahtangga yang bahagia bukan terletak pada mewahnya harta, bukan ada pada pasangan kita, namun bahagia letaknya di hati.
Allah SWT yang meletakkan kebahagiaan di dalam hati kita, sebagaimana firman Allah SWT di dalam Surah Al-Fath, ayat 4 yang bermaksud:
“Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman”.
Jika engkau, wahai isteri menginginkan rumah tangga yang bahagia di dunia dan akhirat, buanglah jauh-jauh dirimu dari tujuh sifat tersebut. Bila tidak, engkau celaka di dunia dan akhirat.
Berikut ini tujuh jenis wanita yang sering diceraikan suami;
.
1. Tidak mempunyai rasa malu. Yang tidak malu melakukan perkara-perkara yang dilarang ALLAH. Dia jauh dari sifat takwa dan banyak melakukan maksiat.
2. Ausyarah (kotor). Tidak pandai mengatur rumah, malas mengemas diri dan malas melakukan apa-apa sehingga dirinya, anak-anak dan rumahnya kotor dan tidak menyenangkan.
3. Asysyakasah (berani/mencabar). Iaitu suka membebankan suaminya di luar kemampuannya sehingga mendorong suami melakukan perkara-perkara yang dimurkai ALLAH.
4. Innah (berani/mencabar). Tidak mahu diperintah suaminya untuk melakukan perkara-perkara yang baik. Berani melanggar apa yang diperintahkan, malah menentang suami dan tetap melakukan maksiat.
.
5. Bitnah (mementingkan isi perut dan banyak menuntut). Tidak suka berinfak dan enggan mengeluarkan zakat. Selalu terkumpul harta kekayaan dan mengenyangkan perut dengan makanan-makanan yang tiada habisnya. Tidak terlintas dibenaknya untuk menyumbangkan kepada fakir miskin dan anak yatim. Untuk memenuhi segala keinginan nafsunya, dia mendorong suaminya untuk melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan ALLAH.
6. Bahriyah (mendorong suami untuk berbuat jahat). Selalu menghalang suami untuk berbuat baik. Jika melihat suami menyisihkan beberapa peratus dan pendapatan untuk zakat dan infak, dia sibuk mencerca dan mengadu pada suami tentang keadaan ekonomi rumah tangga, keperluan anak yang semakin membesar, pakaian yang telah koyak, kasut yang telah usang dan sebagainya sehingga suami menjadi ragu- ragu.
7. Tidak aktif. Malas berbuat apa-apa. Tidak mempunyai keinginan untuk menambah ilmu duniawi maupun ukhrawi .
Jangan tersilap, rezeki bukan hanya diukur pada tahap kewangan seseorang. Ramai masyarakat yang kurang peka dengan konsep sebenar rezeki yang Allah beri kepada setiap manusia.
Masing-masing hanya nampak wang Ringgit dan kekayaan sahaja, sehingga ada yang sanggup menggadaikan segalanya demi mengaut segala kekayaan dunia. Jika rezeki diukur dengan harta benda, maka individu yang paling kaya itulah yang paling banyak dilimpah rezeki.