
Zaman kini, tidak dinafikan wanita lebih berdikari dan berani jika dibandingkan dengan wanita pada zaman dahulu. Wanita pada satu ketika dahulu tempatnya hanya di rumah menjaga anak-anak dan menguruskan rumahtangga tapi bukan kini.
Namun, itu bukan alasan untuk lelaki bersikap acuh tidak acuh dengan isterinya dan menganggap ‘isteri boleh buat semua sendiri’. Baca perkongsian #copyandshare menerusi facebook Mat Nor Nawi ini.
SILAP LELAKI HARI INI
Tahu tak , kesilapan besar lelaki nowadays adalah terlalu selesa membiarkan perempuannya hidup berdikari dan menguruskan hidupnya seorang diri. Its good for them but not healthy for the relationship , i tell you. Yup, perempuan zaman sekarang mampu memandu sendiri ke mana hala yang dia ingin tuju. Beli barang keperluan di pasaraya sendiri. Eat alone among the crowds. Menguruskan emosinya sendiri. Either menangis bawah shower. Atau seronok makan kek depan tv sendiri.
Dan kamu tidak langsung bertanya rutinnya kerana kamu fikir tak banyak beza pada rutinnya setiap hari. Sibuk memenuhi kekosongan jiwa di media sosial, smartphone application atau game daripada mengambil tahu kekosongan pasangan sendiri. Samada kewujudan kamu disedari atau tidak.its same.sampai satu tahap dia akn fikir semua benda bleh buat so apa guna ada kamu lagi?
So, hati-hati…
True mark of an independent woman is you all know she can live without you . She may be ‘extremely comfortable’ with the ease at which she feels she can manage everything in her life. But dont take them for granted.
Call, text or talk to her daily. Jadikan itu rutin walau di mana jua. Tak kan masa bercinta je chatting bagai..lepas nikah lagila kena buat benda-benda ni. Walau kesibukan mengejar kamu. Walau masa mencemburui kamu . At least ask her – How hectic was your day today? Did u sleep you well last night?
Benda yang kamu rasa remeh dan kecik untuk ditanya itulah yang sebenarnya mampu menyentuh hati dia, paling dalam. Dan sekurang-kurangnya dia masih rasa you are still there in her life. Sesekali jadilah pendengar yang setia dan hargailah pasangan kita seadanya..
#copyandshare
#saya copy je…sbb benda realiti.. kadang2 saya sebagai suami, kawan, teman kpd isteri kadang terlupa juga…
Berdosa Tak Kalau Isteri Terasa Hati Bila Duit Suami Banyak Diberikan Kepada Kedua Ibu Bapa

Salam ustaz, saya dh berkahwin hampir 3 tahun, saya tdak bekerja dan masih belajar, sy menerima elaun belajar sebyak rm600 sebulan, masalah sy suami hanya menyediakan keperluan asas seperti makan, tpt tinggal dan kemudahan kereta untuk ke kelas. Pakaian hanya dibeli menjelang hari raya, utk keperluan pakaian lain dibeli guna duit sndiri, adkalanya barangan dapur juga saya beli menggunakan elaun belajar, dr awal kahwin saya tidak diberi nafkah zahir yang tetap secara bulanan.
Suami berpendapatan agak besar mencecah rm6000-7000 sebulan. Suami juga merupakan tempat ibu bapanya meminta wang, dia sanggup memberikan kpd mereka adakalanya hampir 6000, Suami juga turut membayar ansuran rumah dan kereta ibunya yg hampir rm1500 sebulan. Dalam hal ini sy berasa amat terkilaN kerana keperluan utk diri saya masih belum sempurna tetapi suami boleh membelanjakan jumlah yg bsr utk ibu bapanya pdhal mereka mempunyai pencen bulanan yang agak besar.
Apabila saya mempertikaikan hal ini suami menyatakan wangnya bukan harta sepencarian. Harta benda sahaja harta sepencarian. Soalan saya adakah wang suami bukan harta sepencarian? Pernah terlintas dlm hati iaitu ” selagi hak aku sbagai isteri x dpt dengan sempurna kau pon xkan miliki bahagian tersebut. Adakah berdosa saya sebagai isteri menyebut begitu di dalam hati?
Saya merasakan hak saya dinafikan pada hal suami berkemampuan untuk memberi bahagian yang perlu saya dapat daripadanya. Saya tidak pernah menghalang dia menjalankan tanggungjawabnya kepada ibu bapanya, tetapi dlm hati rasa x redha pemberiannya kepada mereka yang kadang kala seperti mengambil kesempatan ke atas dirinya. Apakah yang perlu saya lakukan?
Wa’alaikumsalam pian ima..
Puan patut bersyukur kerana memiliki suami yang berharta malah telah menyediakan segala keperluan asas yang mencukupi untuk puan sebagai isterinya. Dengan penyediaan tersebut sebenarnya telah memenuhi keperluan nafkah bagi seorang isteri. Nafkah tidak semestinya elaun bulanan tetapi ia boleh juga dalam bentuk menyediakan keperluan makan-minum, tempat tinggal dan sebagainya.
Puan tidak perlu cemburu dengan kedua ibubapa suami. Mereka lebih berhak untuk disantuni oleh seorang anak lelaki. Kalau suami puan membelanjakan wangnya kepada kedua ibubapanya, itu adalah suatu kebaikan daripadanya. Sebelum puan menjadi isteri kepada suami, ibubapanyalah yang memberi kasih sayang dan perlindungan kepada dirinya malah sanggup berkorban untuk membesarkannya, memberi pelajaran kepadanya. Adakah dianggap keterlaluan seorang anak berbakti kepada kedua ibubapanya semasa mereka masih hidup?
Puan juga sepatutnya menganggap kedua ibubapa mertua adalah ibubapa sendiri. Jangan menganggap mereka sebagai orang luar. Puan patut menyanyangi mereka seperti ibubapa kandung sendiri. Dengan cara itu puan tidak akan rasa tersisih malah puan akan menghargai mereka kerana mereka telah menjaga suami puan sebelum puan berkahwin dengan suami.
Puan jangan terlalu pentingkan diri sendiri, suami mempunyai tanggungjawab kepada kedua ibubapanya selagimana keduanya masih hidup. Apa yang perlu puan lakukan ialah cuba sebaik mungkin memberi layanan yang terbaik kepada suami dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan balasan daripadanya. Cubalah berusaha mendapatkan kasih sayang ibu mertua. Dekatilah suami puan melalui ibunya. Carilah rahsia kegemaran suami melalui ibunya.
Buatlah sesuatu itu kerana cinta. Ia datang daripada hati yang ikhlas dan bersungguh-sungguh. Banyakkan berbincang dan bertanyakan pendapatnya sebelum membuat satu-satu keputusan. Jika barang keperluan rumah habis, ajak dia bersama untuk ber’shoping’. Bermesralah dengannya, jangan ego dengannya. Dengan cara itu suami puan akan lebih menghargainya. Puan tidak perlu meminta apa-apa daripadanya, apabila suami merasai dia dihargai dengan kasih-sayang sepenuh hati, pastinya, insya Allah dia pula akan memberi yang terbaik kepada puan.
Selamat melayari bahtera rumahtangga… hadapinya dengan ketabahan dan banyak bergantung kepada Yang Maha Esa kerana daripadaNyalah segala-segalanya.
Wallahu’aklam.
Setinggi Mana Pun Gaji Isteri, Jangan Sesekali Jatuhkan Martabat Suami. Bakal Isteri Kena Ingat Ni!

Kini wanita sebagai sumber kewangan buat keluarga bukan lagi isu baharu. Keterbukaan peluang membuatkan keinginan wanita untuk berjaya dalam kerjaya. Ini menjadikan gaji isteri lebih besar daripada suami sebagai salah satu daripada fenomena biasa berlaku di kalangan masyarakat kita.
Apabila gaji isteri lebih besar daripada suami, ada beberapa hal yang harus diperhatikan agar ia tidak mendatangkan masalah dalam hubungan rumah tangga. Berikut merupakan beberapa tip agar suami tidak rasa rendah diri walaupun isteri memiliki gaji yang lebih besar daripada dirinya.
Hindari pertelingkahan yang membabitkan perihal pendapatan keluarga, baik antara anda berdua, di hadapan anak, apatah lagi di depan orang lain.
Cuba wujudkan simpanan bersama untuk sistem kewangan rumah tangga. Simpanan tersebut perlulah diisi bersama antara suami dan isteri. Maka tidak akan wujud perbandingan yang ketara berkaitan duit.
Wujudkan peruntukan yang berbeza. Contohnya, gaji isteri digunakan untuk pembiayaan persekolahan anak, membeli baju keluarga atau untuk bercuti. Sementara gaji suami diperuntukkan untuk keperluan harian seperti barangan rumah, makan dan pengangkutan.
SETINGGI MANA PUN GAJI ISTERI, JANGAN SESEKALI ‘PIJAK’ KEPALA SUAMI!
NEGATIF DAN POSITIFNYA
Realiti ini tidak ini seharusnya menjadi punca kewangan. Pasangan seharuslah sama-sama berjuang untuk mendapatkan kehidupan keluarga yang menggembirakan.
Zaman sekarang tak hairan jika gaji isteri lebih besar daripada gaji suami. Apa kesannya kepada kaum lelaki? Apakah tugas mencari nafkah kini sudah bertukar tangan?
Secara tradisi dan dalam ajaran Islam sekalipun, tanggungjawab untuk mencari rezeki dan menyara keluarga masih dipikul oleh suami. Namun tidak dinafikan, ada juga wanita yang ringan tulang dan sanggup bekerja untuk mencari rezeki bagi meringankan beban suami untuk menyara keluarga.
Soal isteri menolong suami untuk menambahkan pendapatan keluarga sudah lama kita dengar. Tapi di zaman sekarang bukanlah satu yang menghairankan apabila gaji isteri lebih besar daripada gaji suami. Si isteri kini mampu bekerja dan berjawatan besar di pejabat, manakala si suami cuma bekerja sebagai suami.
Jika difikirkan dari sudut positif, ini adalah kelebihan buat keluarga dan suami. Sebab isteri banyak membantu dalam meringankan beban ekonomi keluarga. Apa yang kurang, isteri boleh bantu menambahkan serba sedikit.
Si suami pula tidak mengharapkan duit isteri, namum apa salahnya jika si isteri sudi bersedekah untuk kebaikan dan kebahagiaan keluarganya juga, demi kelangsungan kehidupan sekeluarga.
Namun, berapa ramaikah suami yang berhadapan dengan situasi ini mampu bersikap positif? Dalam bercerita bab positif, bab negatif pun ada banyaknya juga.
Dari sudut negatif seorang suami akan rasa tercabar kerana sebagai ketua keluarga dan seorang lelaki, dia tidak mampu menyara keluarga dengan sepenuhnya, malah perlu mendapatkan bantuan isteri. Mungkin timbul sedikit rasa rendah diri dan rasa terhina apabila isteri selalu mengungkit.
Dari sudut negatif seorang isteri pula, mungkin isteri akan rasa dirinya hebat dan megah kerana walaupun dia cuma seorang wanita, namun bergaji lebih besar dan segala harta seperti rumah, barangan perabot, kereta mewah semuanya dimiliki olehnya.
Jadi rasa hormat isteri kepada suami menjadi semakin berkurangan, malah sering memperlekehkan peranan suami seperti ketua keluarga. Dan lebih teruk lagi apabila suami terpaksa mengikut apa sahaja keputusan isteri. Lebih negatif apabila suami hanya tahu makan duit isteri. Duit gajinya digunakan untuk joli sakan, sedangkan duit isteri digunakan untuk perbelanjaan rumah.
Secara positifnya, tiada salah jika isteri bergaji besar dan berjawatan besar, namun yang penting setiap suami isteri haruslah menjaga peranan dan tanggungjawab masing-masing sebagai suami isteri.
Suami janganlah mengharapkan duit isteri, tapi jadikan itu sebagai backup jika ada kecemasan atau duit belanja tidak cukup. Isteri juga perlulah tahu menghormati suami. Walaupun gaji suami kecil dan kerja biasa-biasa sahaja, di rumah suami tetap berperanan sebagai ketua keluarga. Ingat isteri! Setinggi mana pun gaji anda, jangan sesekali ‘memijak’ kepala suami.
Sayang Sangat, Isteri Mengandung, Kenapa Suami Yang Alah Dan Mabuk

“TERUK pagi tadi aku muntah-muntah, selera makan pun tak ada sejak isteri mengandung‚” kata rakan penulis dan menyebabkan kami yang masih bujang ini tertanya-tanya, siapa yang mengandung?
Namun, itulah situasi yang berlaku pada rakan penulis ketika fasa awal kehamilan isterinya dan perkara itu juga memberi pengalaman baharu kepadanya yang bakal menimang cahaya mata pertama.
Cerita kejadian yang berlaku pada rakan penulis itu sebenarnya tidak bernoktah. Seorang lagi rakan sepejabat wanita memberitahu, suaminya juga mengalami alahan sewaktu dia mengandung. Lebih menarik, suaminya mengalami alahan sebelum dia mengetahui dirinya hamil.
“Sudah dua hari badan rasa tidak sihat, awak mengandung ke? Saya hanya diam kerana saya sendiri tidak pasti. Selepas jalani pemeriksaan, saya sah mengandung anak ketiga! Selepas seminggu baru alahannya hilang perlahan-lahan,” cerita rakan penulis.

Mengulas mengenai perkara itu, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Felo Kesuburan dan Onkofertiliti Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Mohd Faizal Ahmad berkata, alahan isteri sewaktu mengandung adalah perkara yang tidak dapat dielakkan kerana peningkatan hormon kandungan yang dirembeskan uri.
Beliau berkata, ia mengakibatkan alahan terutama pada awal kehamilan dan sekiranya serius, boleh menjejaskan kesihatan ibu dan juga janin.
“Gejala muntah, pening dan kembung perut sering dialami oleh isteri dan tidak kurang juga yang langsung tidak berselera untuk makan dan minum hingga memerlukan rawatan susulan di hospital.
“Selepas melihat keadaan isteri, tidak mustahil suami juga mengalami simptom yang sama atau ada ketika lebih teruk berbanding isteri. Suami mungkin mengalami muntah-muntah, pening dan sakit perut yang berpanjangan. Walaupun seakan-akan serupa, dari segi proses patologi, jelas sekali berlainan,” katanya.
Jelas pakar itu, secara umumnya, alahan si suami lebih menjurus kepada kecenderungan penglihatan yang membawa ke kedatangan simptom (psikosomatik) dari faktor peningkatan hormon seperti si isteri.
“Sebagai contoh, jika suami melihat isteri muntah atau pening, dia pun secara semula jadi akan mengalami simptom yang sama disebabkan pengamatan terhadap gejala yang dialami isteri.
“Kalau teruk simptomnya, maka teruk jugalah simptom si suami. Tindak balas hormon yang berlaku lebih menjurus deria penglihatan dan refleksi sebagai simptom jasmani,” katanya.
Walaupun jarang didengari atau dibahaskan, kesan alahan terhadap si suami adalah perkara yang sudah lama dibincangkan dari pada sudut perubatan seawal 1920-an lagi.
Katanya, ketika itu, pakar perubatan Perancis, Sir Couvade menamakan sindrom itu sebagai ‘Sindrom Couvade’. Berdasarkan kajiannya, kebanyakan lelaki turut merasai simptom seperti alahan isteri terutama jika isteri orang yang dominan dalam rumah tangga.
“Menurut beliau juga, kebanyakan kes berlaku pada individu yang mempunyai latar belakang kemurungan, kebimbangan, sifat terlampau taasub menjadi bapa atau kandungan yang ditunggu-tunggu.
“Pengkaji itu mendapati simptom seperti peningkatan berat badan, kesukaran tidur dan muntah pada waktu pagi adalah antara yang kerap berlaku dalam kalangan suami. Jika serius, si suami turut berasakan sakit kelahiran dan depresi sejurus lepas kelahiran seperti yang dialami isteri.
“Bagaimanapun, sindrom ini tidak dijuruskan sebagai‚‘penyakit sebenar’ kerana ia dikategorikan sebagai sindrom psikosomatik yang membabitkan emosi dan perasaan yang merangsang tubuh menghasilkan simptom seakan-akan penyakit jasmani‚” katanya.
Tambahnya, menurut kajian perubatan juga, sekiranya berlaku, secara rambang, ia berlaku pada awal kehamilan sahaja kerana ketika itu otak mengamati simptom yang dialami isteri.
Katanya, kebanyakan simptom dihadapi si suami adalah terhad dan singkat. Namun, ada sesetengah suami mengalami simptom yang lebih panjang disebabkan faktor sedia ada seperti mengalami penyakit kemurungan, kerisauan menjadi bapa dan faktor genetik.
“Justeru, nasihat perubatan diperlukan jika keadaan ini berlarutan dan memberi impak kepada kualiti kehidupan si suami. Secara khusus, tiada cara pencegahan lazim yang boleh dicadangkan.
“Kaedah pencegahan melalui terapi minda adalah paling kerap disarankan dengan si suami perlu berfikiran positif dan tidak terbawa-bawa simptom yang ditunjukkan isteri ketika mengalami alahan.
“Secara keseluruhannya, situasi ini boleh berlaku di mana-mana sahaja. Tidak khusus kejadian hanya di Malaysia atau di negara Asia kerana taburan geografi jelas tidak mempengaruhi kecenderungan mendapat penyakit ini,” katanya.
Dr Faizal berkata, situasi itu bukan mitos memandangkan ia adalah fakta yang perlu diketahui dan dikenal pasti oleh semua lapisan masyarakat. Secara amnya, perkara itu adalah antara masalah emosi yang bersifat sementara.
“Sekiranya berlarutan dan serius, nasihat pakar terutama psikiatri adalah perlu di samping bantuan ubat-ubatan untuk melegakan simptom dan memastikan keharmonian rumah tangga,” katanya.