Usah Risau Soal Jodoh, Dia Pasti Akan Datang Kepadamu Satu Hari Nanti

Share

Soal jodoh seharusnya tidak menjadi persoalan yang rumit dalam kehidupan kerana anda perlu percaya dengan Allah. Sampai bila-bila pun, jika Allah sudah takdirkan dia untukmu, tak mungkin Allah akan berikan dia pada orang lain.

Walau sekeras mana pun orang lain mencuba untuk merebutnya daripada anda, jika memang dia sudah tertulis menjadi milikmu, maka dia pasti akan tetap menjadi milikmu dan akan tetap bersamamu. Dia akan menjadi penyempurna hidup dan agamamu.

Sebaliknya, jika dia memang bukan yang terbaik untukmu, dia tetap akan pergi menjauh walau tiada siapa pun yang mahukan dia.

Dia akan pergi dengan sendirinya. Sama ada itu jalan yang terbaik atau jalan yang akan membuatmu sakit, terpulang untuk kamu nilai sendiri.

Jodoh itu ibarat rezeki. Bila Allah telah memberikannya kepadamu maka dia hanya untukmu seorang. Dia tidak akan berpaling darimu dan tidak akan pernah jauh darimu hingga maut memisahkan.

BACA: Bila Isteri Tengah Marah, Suami Janganlah Lari. Cium & Peluklah Mereka!

Tetapi jika memang dia bukan yang terbaik untukmu, walau kamu berusaha keras untuk mendapatkannya, dia tetap tidak akan pernah menjadi milikmu walaupun kamu sudah melakukan segala perkara.

Namun demikian, perlu kamu ingat bahawa mungkin kamu tidak dapat memiliki apa yang kamu inginkan, tetapi Allah pasti akan menggantikannya dengan yang lebih baik.

Kerana rezeki sudah tertulis, tentunya jodoh juga tidak akan pernah tertukar. Jika Allah telah menakdirkan sesuatu untukmu, sampai bila-bila pun dia tidak akan berpindah menjadi milik orang lain.

Jadi buat anda yang masih belum mempunyai jodoh, yakinlah bahawa jodohmu pasti akan datang satu hari nanti. Jangan khuatir, Allah pasti akan membawa dia kepadamu satu hari nanti.

Sumber: humairoh.com

IKLAN