
Apa maksud jodoh?
Ustaz, jodoh ni apa maksudnya? Macam mana boleh kata jodoh saat orang itu berkahwin, kemudian bila dimasa depan mereka berpisah, so nak kata apa, takkan nak kata mereka tak de jodoh pulak.
Jodoh ialah sebuah hubungan antara awak dengan si dia.
Tapi hubungan ini kan, awak sendiri tahu, sifatnya bukan ‘Last long’. Sebab itu tidak kiralah berapa lama pun hidup awak didunia, pasti sama ada dia akan tinggalkan awak dulu atau awak yang tinggalkan dia. Tak kiralah. Awak mungkin berpisah mati ataupun hidup. Bergantung. Tuhan lebih mengetahui.
Jadi saya nak kalian faham sebenarnya tentang maksud ‘Jodoh’.
Jodoh ialah hubungan awak dengan dia untuk belajar sesuatu tentang kehidupan ni, tentang masalah yang dihadapi dan hikmah ujian yang boleh dipelajari, ujian keluarga pasangan awak, adik beradik pasangan kita, ujian mak mertua dan ayah mertua kita, ujian mencari sesuap nasi bersama, ujian menjadi suami, juga seorang isteri itu sendiri. Menjadi solehah sedangkan suami masih belum soleh.
Jodoh cuma sebuah perhubungan untuk pasangan tu tempuhi bersama dugaan hidup ni. Berdua lebih kuat dari berseorangan sekiranya betul pasangan itu beriman. Cuma nak ceritanya, jodoh ialah tentang hubungan antara awak dengan sidia untuk sama-sama ‘Belajar’ macam mana cara sebenar nak ‘Bangun’ bila dah terduduk dengan macam-macam perkara dalam hidup ni.
Jadi sama ada awak ‘Berkahwin’ atau ‘Bercerai’, jodoh awak adalah jodoh awak. Ia terputus bila perlu, ia tercipta bila tiba.
Jangan fikirkan literal sahaja maksud jodoh, tapi fikirkan betapa banyak yang awak telah ‘Belajar’ setelah hidup berjodoh.
Itu.
Ikhlas, Da’i Wan
Isteri Bukan Dijadikan Dari Kepala Untuk Dijunjung, Bukan Dari Kaki Untuk Dipijak, Tapi Dari Rusuk Untuk Sentiasa Di Sisi

Wanita diciptakan dari tulang rusuk lelaki. Bukan dari kepalanya untuk dijunjung, bukan pula dari kakinya untuk dipijak. Tapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi, dan dekat dengan hatinya untuk dicintai.
Rangka tulang rusuk itu telah direka khas oleh Allah SWT untuk melindungi dan menjaga jantung and struktur-struktur di sekitarnya. Tulang rusuk yang melengkung dan bengkok telah dibentuk untuk fungsinya yang menyembunyikan. Dan seperti tulang rusuk yang melindungi jantung, wanita juga diciptakan untuk melindungi dan menjaga manusia.
Rasulullah SAW bersabda “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, janganlah dia menggangu jirannya. Dan berbuat baiklah kepada wanita, sebab mereka diciptakan dari tulang rusuk dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bahagian atasnya.
Jika engkau cuba meluruskannya, maka engkau akan mematahkannya dan jika engkau biarkan, ia akan tetap bengkok. Jadi kerana itu, berbuat baiklah kepada wanita.” (HR Bukhari), Perbandingan yang dibuat antara wanita dan tulang rusuk adalah peringatan yang indah bahawa wanita diciptakan tak sempurna. Ada hari yang mereka diberi “cuti”, bila emosi mereka tertanggung dan mereka rasa tertekan dengan kerja-kerja harian.
Tapi semua ini adalah sebahagian dari fitrah wanita, dan wanita diciptakan sesuai dengan peranan mereka sebagai penjaga utama. Emosi wanita membantu mereka untuk jadi isteri dan ibu yang lebih baik, dan emosi itu juga membantu bila logik akal dan tak mampu bersabar.
Sebagai suami, anda perlu faham bahawa isteri anda takkan jadi sama seperti yang anda mahukan. Dia ada caranya sendiri untuk menyelesaikan sesuatu perkara, yang tak selalunya sama dengan cara yang anda suka. Tapi yakinlah bahawa dia diciptakan cukup sempurna untuk tugasnya dan untuk anda, pasangan hidupnya.
Nabi Muhamad SAW menasihat kita untuk tidak cuba membaiki “kesalahan” isteri masing-masing atau ubah caranya. Nabi SAW menyarankan supaya kita menerima isteri seadanya dan terima bahawa dia ada banyak sifat yang berlainan dari lelaki.
Ini tak bermaksud bahawa lelaki lebih baik dari wanita atau wanita lebih baik dari lelaki tapi seperti tulang rusuk, lelaki dan wanita telah diciptakan sempurna untuk tujuan masing-masing. Wanita atau lelaki takkan lengkap tanpa satu sama lain. Mana isteri lemah, suaminya kuatkan. Mana suaminya kurang, isterinya lebih.
Rasulullah SAW menyifatkan manusia seperti gelas yang halus, yang seharusnya dijaga dengan cinta dan kasih sayang. Isteri adalah salah satu nikmat dari Allah SWT, pasangan untuk anda sama-sama cari ketenangan.
Oleh itu, jangan berkeras dengan isteri anda. Terima perbezaanya sebagai fitrah dan ingat bahawa sifat-sifatnya inilah yang buat dia sempurna untuk tugasnya.
Jangan paksa dia ikut kehendak anda kerana wanita susah menerima kata-kata kesar dan arahan. Mereka lebih mudah membalas kebaikan dan kasih sayang.
Cuba sehabis baik untuk lupakan kesalahan dia yang nampak di mata anda, dan fokus kepada kebaikannya. Paling penting, kasihani dia kerana bila anda cuba “meluruskan” dia, sama seperti tulang rusuk, ia akan patah.
SUMBER : https://aliffchannel.com
Tak Tipu, Lelaki Soleh Memang Perempuan Tak Akan Tolak Lamarannya

Apabila ditanya pada kebanyakan wanita di luar sana, ramai yang mengimpikan lelaki soleh sebagai pasangan mereka. Lelaki yang soleh dapat membentuk perkahwinan yang barakah dan mawaddah. Lelaki yang betul- betul patut menjadi ikutan ialah Nabi kita Nabi Muhammad SAW.
Baginda merupakan sebaik- baik manusia dan lelaki. Lelaki yang soleh adalah yang menjadikan Baginda sebagai suri teladan dalam menjalani kehidupan mereka di dunia ini. Rasulullah juga lelaki yang berakhlak mulia kepada semua makhluk tidak kira musuh atau berlainan agama. Maka, lelaki yang soleh, berakhlak dengan akhlak Rasulullah dan tidak akan sesekali mengasari setiap makhluk yang ada dalah muka bumi ini.
Lelaki soleh tidak akan sesekali ingkar akan perintah Allah dan meninggalkan perkara yang ditegah Allah. Mereka tidak akan meninggalkan solat wajib lima kali sehari dan sentiasa menjadikan perkara sunat seperti puasa Isnin dan Khamis, solat Dhuha sebagai amalan mereka. Makanan juga amat dititikberatkan oleh lelaki yang soleh. Mereka tidak akan sewenang-wenangnya makan makanan yang syubhah dan tidak halal. Lelaki yang soleh adalah lelaki yang mengamalkan amal makruf nahi mungkar. Apakah itu amal makruf nahi mungkar? Amal makruf ialah mengajak manusia ke arah kebaikan dan nahi mungkar ialah mencegah kemungkaran.
.
Lelaki yang soleh tidak sahaja menjadi seorang lelaki yang baik, namun mahu berusaha menyebarkan kebaikan kepada orang lain. Mereka benci berada dalam suasana maksiat malah berusaha untuk mencegah perkara maksiat yang berlaku. Salah satu kriteria lelaki yang soleh adalah lelaki yang baik dan taat terhadap orang tuanya. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi kedua orang tua mereka. Kewajipan anak lelaki terhadap orang tua mereka tidak akan berubah sekalipun mereka berkahwin.
Tidak seperti wanita, ketaatan dan kepatuhan wanita jatuh kepada suami dan diikuti oleh ibu bapa. Jadi, jika anda melihat lelaki yang sanggup bersusah- payah menjaga dan merawat ibu bapa mereka dengan penuh kasih sayang, kahwinilah mereka. Menjaga pandangan. Dosa lelaki kebanyakannya bermula daripada mata dan seterusnya jatuh ke hati. Lelaki yang berjaya menundukkan pandangan daripada melihat perkara- perkara yang sia- sia.
Lelaki yang beriman dan soleh juga tidak sewenang- wenangnya melihat wanita- wanita seksi di luar sana demi melampiaskan nafsu mereka. Dengan menundukkan pandangan, secara tidak langsung mereka dapat mengawal nafsu mereka. Hanya yang halal sahaja menjadi tatapan mata mereka. Wahai wanita, adakah anda mahu lelaki yang soleh untuk dijadikan imam dalam keluarga?
.
Bagaimana kriteria- kriteria lain yang boleh didapati daripada lelaki soleh? Lelaki yang soleh semestinya bertanggungjawab membimbing isteri dan anak- anak menuju ke jalan yang diredhai Allah. Mereka tidak tegar membiarkan isteri dan anak- anak terjerumus ke dalam api neraka. Lelaki yang soleh akan mengamalkan bi’ah solehah dalam keluarga. Bi’ah solehah ialah persekitaran yang solehah di mana solat berjemaah menjadi amalan dan sang suami berhikmah dalam menegur isteri dan anak- anak jika mereka tersilap langkah.
Di dalam al- Quran ada meriwayatkan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Tidak guna kita sibuk mencari yang soleh dan solehah tetapi kita tidak sedaya upaya berusaha untuk menjadi yang soleh dan solehah . Kepada wanita di luar sana, janji Allah itu pasti, jadi tidak perlu anda sibuk- sibuk mencari yang soleh, tetapi didik diri untuk menjadi seorang wanita yang solehah dan insyaaAllah mudah- mudahan yang soleh akan anda dapat sebagai pendamping hidup anda.
Anda mahu lelaki soleh? Jadilah yang solehah. Bagi lelaki anda ingin menjadi soleh di sisi Allah, bermulalah sekarang mencintai Tuhan yang menciptamu iaitu Allah SWT.
KREDIT : M.HASRUL DARI LELAKI.MY
Putus Cinta Memang Perit, Tapi Itulah Buat Kita Hebat Seperti Sekarang

Putus cinta merupakan salah satu detik yang sangat pahit dan semua orang tidak mahu merasainya. Siapa yang mahukan hubungan cinta mereka berakhir dengan begitu sahaja tanpa ke jinjang pelamin? Perhubungan yang dijaga dengan baik dan diletak pengharapan yang tinggi, tiba-tiba bertemu dengan pengakhiran berbentuk pengkhianatan, halangan keluarga dan sebagainya. Lalu diri merasa seolah hidup ini sudah tidak ada makna. Masa depan dirasakan gelap dan tiada lagi cahaya. Inilah realiti yang terpaksa ditempuh oleh orang yang putus cinta.
Putus cinta.
Apabila dua insan cuba berusaha untuk bersatu atas nama cinta iaitu perkahwinan, maka mereka akan diuji. Usaha untuk merealisasikan sebuah tuntutan agama yang sedemikian murni adalah suatu usaha yang dibenci oleh Syaitan. Ini kita harus ingat. Maka ujian ke atas usaha itu adalah Sunnatullah (ketentuan Allah) yang perlu diterima oleh semua orang. Barang yang baik dan berkualiti, sudah tentu perlu melalui proses-proses yang ketat dan teliti sebelum dikeluarkan. Begitu jugalah dengan ujian Tuhan.
Dalam tapisan ujian itulah, tersingkirnya sisa-sisa ataupun elemen-elemen yang bersifat negatif . Contoh kes yang berlaku;
Ada orang putus cinta kerana teman lelakinya curang dan keluar dengan perempuan lain. Teman lelakinya mengaku bosan dengan dirinya yang begitu tegas dan enggan menemaninya keluar bertemujanji. Maka ‘cinta’ yang kononnya selama ini dipertahankan putus di tengah jalan apabila dia ditinggalkan lelaki tersebut. Dalam kekalutan membendung rasa kecewa, dia merasa dunia gelap gelita. Seolah tiada masa hadapan, dan seolah memang yang terputus itulah ‘cinta’ nya yang sebenar. Anda mungkin silap.
Sebab apa saya katakan silap?
Ini kerana apa yang terputus itu sebenarnya hanya usaha anda untuk bersama si dia sahaja, bukan sebuah cinta yang sebenar. Anda mengaku menyukai lelaki tersebut dan demikian juga lelaki tersebut mengaku suka dan sayang kepada anda. Namun kedua-dua anda belum diuji. Cakap sahaja belum mencukupi. Maka datanglah ujian dalam bentuk godaan Syaitan, contohnya. Dicucuk-cucuk hati sang lelaki supaya membawa anda keluar berdua-duaan. Apabila anda tidak bersetuju, dihasut pula bahawa anda adalah gadis yang kolot dan tidak memahami jiwa lelaki.
Banyak lagi hasutan dan bisikan lain daripada Syaitan yang mana jika si lelaki tidak kuat keimanannya, akhirnya bisikan-bisikan tersebut akan diterima. Lalu dia mendesak anda kepada perbuatan-perbuatan maksiat sedangkan anda bertegas dengan larangan agama. Bosan dengan sikap anda, dia mencari orang ketiga.
Dalam kes ini, jika perhubungan anda dan dia putus di tengah jalan, ia tidak bermakna ‘cinta’ anda yang putus. Apa yang terputus itu adalah usaha anda berdua ke atas suatu perhubungan, itu sahaja. Bahkan anda dan dia sama sekali tidak tahu apakah wujud jodoh antara kalian atau tidak. Justeru, jika bertemu kegagalan, ia tidak bermakna anda sudah tiada peluang di masa hadapan.
Perbetulkan persepsi dengan cara memperbetulkan istilah. Yakinkan diri anda bahawa anda tidak putus cinta, cuma usaha anda ke atas perhubungan tersebut sahaja yang masih tidak bertemu kejayaan. Hakikatnya, Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk anda. Mungkin bukan dengan dia, mungkin dengan yang lain. Insya-Allah. Semoga bertemu jodoh yang terbaik buat anda.