Tiada yang menggembirakan hati seorang ibu selain melihat anak-anak hidup bahagia dan berjaya. Antara momen-momen indah yang menjadi satu sejarah dalam hidup seorang ibu ialah apabila melihat anak-anak mendirikan rumah tangga.
Hanya doa diiringkan agar perkahwinan yang dibina diberkati dan dirahmati Allah. Setiap ibu bapa pastinya berasa gembira dan dalam masa terharu apabila anak kesayangan sudah bertemu dengan pasangan bagi melayari bahtera rumah tangga.
Melalui hantaran di laman Facebook, Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood berkongsi kegembiraannya meraikan majlis pernikahan anak bongsunya di Kota Bharu, Kelantan.
Pagi Jumaat yang penuh makna pada 20/1/23 di Masjid Sultan Ismail Petra Mukim Banggol Kota Bahru, Kelantan. Alhamdulillah dengan izin Allah SWT dan dengan rahmat Nya.
Alhamdulillah dengan sekali lafaz akad nikah, putera bongsu tercinta anakanda Ustaz Wan Muhammad Nasrullah Wan Akashah sah menjadi suami kepada permaisuri hatinya anakanda Ustazah Nurulhuda Ali.
Selamat pengantin baru buat anakanda berdua yang amat Mama Abah kasihi Semoga Allah SWT mengurniakan kasih sayang Nya Yang Maha Luas buat Anakanda Berdua.
Ya Allah, kurniakanlah kepada Pasangan Pengantin ini Nasrullah dan Huda rumahtangga yang penuh dengan cinta dan kasih sayang, iman dan taqwa, ketenangan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat hingga ke Syurga Mu.
Ads
Anugerahkanlah kepada mereka zuriat keturunan yang Qurrata A’yun sebagai penyejuk di hati.
Meskipun pada malam Jumaat yang lalu, ketika kita berada di Homestay iaitu malam akhir Adik “single”, esok pagi dah nak bergelar seorang suami..Adik salam cium tangan Mama dan peluk cium Mama, Abah, Yang (ibu Ustazah), kakak dan abang-abang Adik..
Adik minta maaf dan ucap terima kasih pada semua yang sanggup bersusah-payah datang ke Kelantan untuk berada di sisi Adik di hari bahagia Adik. Apa lagi..semua menangis terharu, sebak semua ada.
Ads
Semua sayang Adik. Sayang sepenuh hati. Namun mengalir jua airmata ini sebaik sahaja selesai Adik lafaz akad Nikah. Airmata syukur kepada Allah dan airmata bahagia seorang Ibu. Abah jua menahan sebak. Betapa kasihnya Mama dan Abah pada anakanda yang sentiasa menyejukkan hati Mama, Abah dan keluarga.
7 bulan yang lalu kita “terbang” ke Kelantan seisi keluarga termasuk adik-adik Mama dan anak-anak mereka (sepupu-sepupu adik) untuk majlis pertunangan Adik dan Huda. Kali ini Allah izinkan kita “terbang” lagi ke sini. Hebat kasih sayang Allah. Alhamdulillah Allah berkati jodoh dan ikatan ini hingga ke alam perkahwinan.
Ads
Alhamdulillah Allah izinkan hubungan kedua-dua keluarga menjadi lebih erat. Syukur pada Allah SWT. Mohon Sahabat FB yang sentiasa bersama Ustazah dan Ustaz di setiap situasi. Mohon doakan buat pasangan pengantin ye.
Tersebar berita Shakilla Khoriri kembali bergelar isteri selepas rakan artis yang meraikan majlisnya memuat naikkan gambar dia mengenakan busana serba putih.
Dengan gelakan kecil dalam frame gambarnya, jelas tergambar kebahagiaan yang dilalui oleh Shakilla selepas bergelut dengan beberapa kontroversi sebelum ini.
Shakilla Khoriri Kembali Bergelar Isteri
Kemudian pemilik nama lengkap Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 35, sendiri memuat naikkan gambar dia bersama pasangannya, Mohd Faiz dengan ‘welcome‘ kehadirannya dalam keluarga kecilnya. Tulisnya:
SELAMAT DATANG UNCLE FARIZ
Alhamdulillah selesai majlis hari ni dengan kehadiran family dan teman-teman rapat. Majlis yang kecil dan tertutup. Atas permintaan dan persetujuan kami sekeluarga untuk menyambut dan merai ahli baru dalam keluarga kami.
Terima kasih atas ucapan, doa dan kata-kata yang baik buat saya & Ameena. Kami berdua setuju dan bersyukur dengan kehadiran Uncle Fariz dalam family kecil kami.
Tanggungjawab bertambah. Amanah Allah untuk saya jaga dua orang ni. Doakan saya. Doakan perjalanan baru ni lebih baik untuk kami bertiga. Doakan saya menjadi Umi dan Isteri yang baik untuk mereka.
Doakan saya kuat dan sihat untuk jaga mereka dan bahagiakan mereka selagi Allah pinjamkan hayat saya atas dunia ni.
Terima Kasih atas doa-doa kalian pada kami bertiga. Terima kasih Mak Abah, Terima kasih Ameena Sofia, Terima kasih ALLAH.
Ramai Mendoakan Dan Meraikan Hari Bahagianya
Rakan artis, Ramona Zamzam juga mendoakan agar Shakilla dikurniakan kebahagiaan yang diimpikan selama ini.
“Semoga kebahagiaan milikmu Shakilla, sayang kau dan Ameena,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen hantaran foto dalam Instagram miliknya.
Majlis Berlangsung Di Shah Alam
Difahamkan majlis berlangsung di Shah Alam dan hanya dihadiri keluarga terdekat dan kenalan rapat.
Sebelum ini, Shakilla pernah bernikah dengan penyampai radio Fizi Ali pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan penceraian pada Disember 2021.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak iaitu Ameena Sofia yang kini berusia lima tahun.
Tak mudah nak ‘cantikkan’ suasana rumah tangga bagi harmoni dan bahagia. Nampak manis dalam ‘frame’ hubungan orang lain, tetapi belum tentu jadi milik kita. Ini tanggungjawab suami isteri kena tahu untuk bina mahligai syurga dalam rumah.
Buat yang baru sah jadi suami isteri, pastikan 3 suasana di rumah ini tak wujud kerana ini boleh membawa kepada perkara negatif.
Nampak macam tak ada apa tapi sebenarnya bahaya dan boleh juga menjadi antara punca keretakan rumah tangga. Ikuti penjelasan daripada Puan Hyze Hazuan ini untuk elakkan daripada berterusan.
Suasana Rumah Tangga Yang Tak ‘Manis’ Dibentuk
Hari ini ramai suami tidak mampu pergi solat dan belajar agama di masjid-masjid. Akibatnya, suami tidak mengajar anak isteri memahami Islam. Maka wujudlah tiga suasana di rumah:
1. Suasana pawagam
TV, audio yang besar, karaoke, video games dan lain-lain. Anak-anak dibesarkan dalam suasana kelalaian sehingga rasa terkilan bila terlepas drama di TV.
2. Suasana hotel
Rumah yang dihiasi barang mewah seperti hotel, setiap tahun tukar sofa baharu, tilam mewah dan bilik air mewah sehingga menjadi tempat rehat yang lebih merehatkan diri daripada berada di rumah Allah.
3. Suasana restoran
Rumah yang dipenuhi dengan makanan seperti restoran mewah, setiap saat dalam kekenyangan. Fikiran hanya fikir makan dan minum sahaja. Peti ais penuh dengan makanan, aiskrim dan pembaziran berlaku dengan begitu banyak.
Kita perlu berubah kepada kefahaman agama agar suasana rumah berubah. Suasana rumah seperti rumah Baginda SAW iaitu hidupkan suasana bacaan al-Quran dan hadis di rumah. Hidupkan suasana dakwah. Bercakap mengenai kebesaran Allah dan suasana ilmu di rumah. Hidupkan suasana zikir dan solat-solat sunat di rumah.
Rumah penuh dengan nur al-Quran dan hadis, Allah akan turunkan rahmat, keberkatan dan sakinah. Suasana ini yang perlu kita wujudkan di rumah.
Hari-hari anak makan makanan penyihat otak dan penguat ingatan tapi pencapaian exam tak cemerlang. Rupanya bukan salah makanan kesihatan tapi sebenarnya hati anak-anak gelap sebab tak dengar hadis.
Wujudkan amalan bacaan hadis di rumah agar isteri dan anak mengenali kehidupan sahabat-sahabar Nabi SAW.
Semoga bermanfaat.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas hampir setahun menjadi balu, Anita Baharom, 39, kembali bergelar isteri kepada Engku Isyamuddin Tuan Losin, 48. Dengan sekali lafaz, Anita sah menjadi suri hati Engku Isyamuddin pada jam 11.50 pagi tadi.
Majlis pernikahan pasangan ini telah pun berlangsung di Bizmilla Garden Hall, One City. Majlis dihadiri lebih 100 tetamu.
Pasangan itu telah dinikahkan oleh abang Anita, Zulkifly Baharom. Anita menerima mas kahwin sebanyak tiga dinar emas.
Majlis pernikahan itu dimulakan dengan acara khatam Al Quran oleh pengantin lelaki.
Anita yang mengenali suaminya sejak 2017 tetapi hanya kembali berhubung selepas melalui tempoh edah pada Mei lalu.
Pasangan mempelai melahirkan rasa bersyukur di atas kelancaran majlis yang dirancang sejak sebulan lalu.
“Alhamdulillah saya bersyukur kerana majlis pada hari ini berjalan dengan lancar.
“Saya berterima kasih kepada anak-anak kerana merestui perkahwinan ini serta ahli keluarga di dalam memastikan kelancaran majlis pada hari ini,” katanya.
Tampil mengenakan persalinan serba putih, turut kelihatan beberapa rakan artis seperti Yat Hamzah dan Abby Fana yang meraikan momen bahagia pasangan berkenaan.
Anita dan Engku Isyamuddin akan diraikan dalam majlis resepsi pada malam ini di lokasi sama.
Terdahulu, Anita pernah mendirikan rumah tangga dengan penerbit televisyen, Allahyarham Mohd Ismadi yang telah meninggal dunia pada 1 Januari lalu.
Hasil perkongsian hidup selama 16 tahun, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syifa Dhia Nurina, 15, Mohamad Dhia Iskandar, 11, dan Mohamad Dhia Mikail, 8.
Manakala bagi Engku Isyamuddin pula, melalui perkahwinan terdahulu, dia dikurniakan lapan orang anak.
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...