Hubungan

(VIDEO) Menangis, Menggigil Sarung Cincin. Akhirnya Ardell Aryana Sah Isteri Nadzmi Adhwa

Share

Pelakon Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana akhirnya selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri di kediaman pengantin perempuan di Seri Kembangan semalam.

Dengan sekali lafaz, Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Binti MOhd Amin, 29 menerima hantaran senaskah Al Quran dan mas kahwin RM300 serta masing-masing menyerahkan dua dulan hantaran.

Al Quran itu adalah hadiah yang diberikan oleh Ardell semasa majlis merisik dan dipulangkan semula sebagai hantaran selepas dibaca dan difahami tafsirnya.

IKLAN