Meet The Expert: Tiara Awatif

Ads

Dalam episod Meet The Expert kali ini, Pesona Pengantin berkesempatan menemu bual pereka fesyen berbakat, Tiara Awatif, yang cukup dikenali menerusi sentuhan rekaannya yang mengangkat keindahan busana tradisional Melayu dengan interpretasi lebih segar, elegan dan kontemporari.

Menghasilkan koleksi busana pengantin serta ready-to-wear, Tiara Awatif menjadikan kekayaan warisan dan seni berpakaian tradisional sebagai antara inspirasi utama dalam setiap rekaannya. Daripada kehalusan potongan, pemilihan fabrik sehinggalah kepada perincian yang penuh berseni, setiap busana memperlihatkan keunikan identiti serta nilai estetika yang tersendiri.

Menerusi temu bual eksklusif ini, Tiara berkongsi pandangan tentang evolusi fesyen pengantin, keistimewaan busana tradisional yang terus relevan sepanjang zaman serta bagaimana elemen warisan boleh diberikan nafas baharu tanpa menghilangkan keaslian dan keanggunannya.

Bagi bakal pengantin yang mengimpikan persalinan indah dengan sentuhan tradisi, perkongsian ini pastinya mampu memberikan inspirasi dalam memilih busana yang bukan sekadar mempesona pada hari bahagia, malah menjadi lambang penghargaan terhadap warisan budaya bangsa.

Jom ikuti Meet The Expert bersama Tiara Awatif, eksklusif di Pesona Pengantin, kerana fesyen sentiasa berkembang, namun keindahan tradisi tidak pernah lapuk ditelan zaman.

Video Seterusnya

Ads

Video Menarik

Ads