Semakin diulit kebahagiaan, itulah kini yang sedang dirasai pelakon Elly Mazlein, selepas mendirikan rumah tangga bersama seorang guru Geografi, Mohamad Azlan.
Umum sedia maklum, sebelum berkahwin pelakon tersebut hanya ditemani oleh anak perempuan dan ayah, yang selama ini menjadi penguat semangatnya.
Sayang dekat menantu…
Dalam entrinya, Elly seronok melihat hubungan baik antara ayah dan suaminya kini. Boleh dikatakan, ayahnya sangat menyayangi Azlan dengan memberikan layanan baik buat menantunya.
“Tunggu menantu balik sekolah utk makan sekali ,cerita isu semasa, kerap WhatsApp menantu ,bagi hadiah dekat menantu…”
IKLAN
Semakin diulit kebahagiaan, itulah kini yang sedang dirasai pelakon Elly Mazlein, selepas mendirikan rumah tangga bersama seorang guru Geografi, Mohamad Azlan.
Umum sedia maklum, sebelum berkahwin pelakon tersebut hanya ditemani oleh anak perempuan dan ayah, yang selama ini menjadi penguat semangatnya.
Wahai abah tercinta…
Malah, Elly juga sempat menzahirkan rasa sayang dan bersyukur, kerana ayahnya sentiasa menasihatinya supaya menjadi seorang isteri yang terbaik.
Sebagai seorang anak, Elly menghargai segala jasa dan pengorbanan ayahnya sejak dia dilahirkan sehingga dewasa. Justeru, Elly tetap akan sentiasa menjaga ayahnya, meskipun sudah mempunyai tanggungjawab sebagai seorang isteri.
IKLAN
Sumber: Instagram Elly Mazlein
Sebak pulak baca…
Luahan hati pelakon drama Kampung People itu, telah menyentuh emosi para pengikutnya. Ramai yang sebak membacanya kerana dapat membayangkan, betapa besar nilai kasih sayang seorang ayah.
Mendirikan rumah tangga adalah satu ibadah, dikurniakan anak adalah satu rezeki yang bukan semua orang boleh memilikinya. Anak boleh mendatangkan kebahagiaan dalam keluarga dan menjadi salah satu sebab hubungan keluarga menjadi akrab. Anak juga mendatangkan rezeki yang melimpah luah kepada keluarga tatkala didatangi musibah.
Tetapi anda dan pasangan jangan bimbang, Ada tips yang lebih sihat dan selamat dilakukan oleh pasangan untuk mendapatkan cahaya mata. Mari kami kongsikan info sebenar mengena
i tips pasangan yang tidak mempunyai cahaya mata. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.
1) Pasangan mesti berjumpa dgn doktor setelah setahun mencuba (jangan tunggu lama lama. Semakin meningkat usia, fertility rate akan berkurangan).
2) Amalkan gaya hidup sihat . Pastikan BMI anda adalah ideal sebelum mengandung.Kepada suamia, merokok adalah salah satu punca ketidak suburan.
3) Mengamalkan pemakanan yang seimbang.. Less sugar, less salt, lest oily food, more vegetables and fruits
4) Melakukan hubungan intim yg kerap sekurang kurangnya 2-3 kali seminggu..Tak perlu buat setiap hari pun ye.
5) Sentiasa bersabar dan berdoa kepada Allah untuk murahkan rezeki kita untuk mendapat zuriat.
*Jika pada tahun pertama tidak ada rezeki, jangan putus asa. Anda perlu cuba dan teruskan mencuba tanpa gagal. Selain itu, perbanyakkan doa dan solat hajat, minta kepada-Nya. Insyaallah, rezeki yang diminta akan dapat tepat pada masanya. Jangan bimbang. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Hamka pernah berkata,
Rezeki tu bukan bermakna kau dapat apa kau nak. Tapi bila kau terima apa yang Tuhan beri.
Kau belajar tentang sirah. Tahu Mariam tak berkahwin tapi dapat anak. Itu rezeki dia.
Kau tengok pula sirah Aishah. Kahwin tapi tak dapat anak. Itu pula rezeki dia.
Allah swt hantar Musa ke rumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka.
Allah hantar Nuh untuk menyelamatkan kaumnya tapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima dakwah baginda
Pelajari sesuatu dari kisah-kisah seperti itu. Sungguh. Rezeki masing-masing tak sama. Semua ada pro dan kontranya!
Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak ni bermakna ada tanggungjawab juga. Mudah dapat pahala. Tapi mudah juga dapat dosa.
Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas tanggungjawab dan risiko nak menjawab depan Allah nanti.
Jadi, sebelum kau terus mengeluh tentang itu ini, kena faham dulu konsep rezeki. Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi.
Kau dapat apa kau nak, tak semestinya kau boleh terus bergembira. Kau tak dapat apa kau nak, tak semestinya kau tak boleh bahagia.
Takdir Allah ni misteri sifatnya. Entah-entah airmata redha yang kau titiskan dalam mengharung kecewa itulah yang menghanyutkan kau ke syurga.
Dalam mengharungi kehidupan rumah tangga pasti akan melalui saat-saat getir yang kadang-kala boleh menggoncang bahtera yang dibina itu. Ada sebuah ungkapan ‘sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’.
Rasulullah SAW pernah bersabda, “Mana-mana lelaki yang bersabar di atas keburukan perangai isterinya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Ayyub kerana bersabar di atas bala yang menimpanya. Dan mana-mana isteri yang bersabar di atas keburukan perangai suaminya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Asiah binti Muzahim, isteri Firaun.”
Baca perkongsian menarik lelaki bernama Syafiq Ridhwan ini.
Tadi balik kerja, isteri saya mengajak saya keluar jalan. Oleh sebab duit gaji dia baru masuk selepas dia posting, maka saya turutkan jua.
Dalam perjalanan ke tempat yang dituju, saya berborak segala macam hal. Dari zaman awal perkahwinan, hal-hal politik kerja, bawalah kepada cuti umum akan datang.
Banyak juga dia membebel. Sehinggalah masuk kepada beberapa hal yang saya tersilap, contohnya bab sarapan pagi tadi yang dia buat, tapi saya terlupa bawa. Elok je bekas tu atas meja sehingga saya balik. Dan benar tuan puan, itu antara bullet yang digunakan dalam bebelan dia tadi.
Saya mulakan langkah untuk mematikan bebelan tersebut.
“Sayang. Imam Ghazali ada menyatakan suami yang baik adalah suami yang boleh menahan marah ketika isterinya hilang akal.”
Isteri saya terdiam. Dia memandang muka saya dengan penuh tanda tanya. Dengan muka sedikit berlagak, saya menyambung.
“Hilang akal di sini bukan bermaksud gila, sewel atau tiga suku. Tetapi hilang akal yang dimaksudkan adalah perasaan marah-marah yang tiba-tiba kerana faktor emosi, penyakit atau persekitaran.”
“Senang cerita hilang akal ni bermaksud hilang sabar. Maka Imam Ghazali kata lagi, ketika perempuan hilang akal itulah, lelaki harus bersabar.”
“Syarat kedua selepas agama adalah akhlak. Akhlak yang baik adalah yang tidak mencederakan orang lain. Kalau rajin ibadah tapi asal isteri marah leter terus naik tangan, belum baik lagi akhlaknya.”
Saya berhenti dengan nada perlahan. Terserlah riak dan kagum pada kehebatan diri sendiri di wajah saya. Punyalah panjang saya menghuraikan. Seraya dengan itu, saya menoleh ke tepi untuk melihat kekalahan dia. Tersenyum puas saya.
“Sebenarnya, awak nak cakap saya gila, sewel dan tiga suku ke?” isteri saya berkata dengan nada sinis disertai kerlingan mata yang tajam.
Saya tersentak. Punyalah panjang siap nama imam saya petik dalam menguatkan dan menambah sedikit nilai keilmuan dalam hujah yang saya beri, senang-senang dia gunakan point ini untuk lenyapkan semuanya. Lebur. Lesap. Hilang segala idea. Hanya gelengan kepala saya mampu membalas.
Mungkin begitulah perempuan. Bila melibatkan kekurangan diri dia, lagi-lagi datang dari suaminya, dia akan cepat bertindak balas. Menjadikan kekurangan tadi sebagai kelebihan dia semula. Dan sukar untuk mana-mana suami pun meneruskan perlawanan tadi, sebab ia sekadar memanjangkan saja, tapi pada akhirnya tetap jua kalah.
Kebiasaannya, hubungan rumah tangga hanya hangat di peringkat awal. Namun bila lama kelamaan, ada segelintir suami yang mulai bosan melihat isterinya setiap hari. Ditambah pula dengan ahli group WhatsApp yang entah apa-apa, sering menghantar gambar wanita cantik/seksi membuatkan si suami merasakan isterinya semakin banyak kekurangan. Nampak remeh, tetapi perkara-perkara kecil sebegini boleh meruntuhkan rumah tangga jika si suami tidak pandai mengawal dan termakan 'hasutan-hasutan' kecil ini yang akhirnya menyebabkan berlakunya perpisahan. Jadi, mahukan anda terus melukai hati pasangan anda? Berubah sementara masa ada masa. Semoga perkongsian dari Akhtar Syamir ini bermanfaat.
ISK!! Makin lama makin lemau aku tengok isteri aku ini," kata si suami dalam hatinya.
Handphone dibelek-belek, membuka WhatsApp group rakan-rakan. Ada yang berkongsi gambar wanita-wanita cantik berserta caption 'Selamat pagi abang-abang dalam group nie'. Cair si suami melihatnya.
Tidak kurang juga yang sering berkongsi mengenai konsep bermadu, janda mencari suami, wanita timur tengah mencari pasangan, gambar-gambar artis wanita sampailah yang lagi teruk, terus berkongsi gambar dan video pornografi.
Yang peliknya, yang berkongsi bahan-bahan berkenaan adalah suami orang. Anak pun dah berderet, berkongsi pula dengan rakan-rakan yang sudah berkeluarga dan kadang-kadang tanpa segan silu berkongsi dengan group yang ada rakan wanita yang juga sudah berkeluarga. Yang paling menyedihkan, group keluarga/keturunan pun ada yang berkongsi perkara sebegini. Malu betul bila cucu/anak saudara/mak saudara/sepupu sepapat lain melihat kenakalan mereka. Bila masuk ke media sosial, si suami seronok 'like' gambar-gambar wanita cantik dan seksi. Seperti satu kepuasan bagi mereka apabila dapat 'berinteraksi' kononnya dengan tuan empunya gambar. Yang menariknya perbuatan itu boleh dilihat oleh orang lain yang mungkin mengenali si suami.
Bila buat benda-benda sebegini, terus terang saya katakan si suami sebenarnya tidak menghormati isterinya. Orang yang dikahwini di atas nama cinta dan sayang. Orang yang akan menemani kita sehingga hujung nyawa. Mereka hanya ada suami di hati tetapi si suami ada beribu wanita di mata.
"Kenapalah isteri aku tak cantik?" bisikan nakal di hati suami.
"Dulu menarik gila, tak puas tengok. Pantang bergesel lengan saja pun terus menjadi. Tetapi sekarang nak tengok muka pun dah lalu. Lemau saja rasanya. Dengan rambut berserabai, muka kusam, badan pun mengelebeh sana sini. Tak ada selera langsung dah.
"Dua minggu sekali, itu pun sebab terdesak. Belum bila keluar lagi, tak menarik langsung pakaian dia. Kelihatan seperti makcik tua. Tepek bedak sejuk saja, dah macam hantu dah aku tengok. Tak macam isteri orang lain, sedap saja mata memandang. Kalaulah isteri aku macam tu," kata suami.
Kalau si suami ada perasaan seperti ini, amatlah menyedihkan. Kenapa isteri tak cantik? Isteri itu di bawah jagaan siapa? Seperti anak, isteri juga perlu dibentuk oleh suami. Awak mahu isteri awak cantik tetapi awak yang tidak menjaganya. Macam mana nak cantik? Rambut dia serabai, gugur sana sini, awak nak salahkan dia? Syampu pun awak malas nak belikan. Kalau beli pun cap ayam, yang paling murah. Asalkan berbuih.
Muka isteri tak glowing, pembersih muka pun tak nak sediakan. Disuruhnya gonyoh dengan sabun mandi saja. Ingat ketiak ke? Kemudian nak salahkan muka isteri macam ketiak? Belum masuk bab foundation dan lain-lain. Silap-silap foundation pun awak tak tahu.
Badan dah menggelebeh sana sini. Satu langkah, seribu pergerakan di badannya. Orang rumah ajak pergi taman, jalan-jalan saja pun awak dah malas. Inikan pula nak berzumba bagai? Terus dicop sebagai nusyuz! Maksiat! Walaupun kelas itu semuanya perempuan.
"Duduk rumah je jaga anak. Buat kerja-kerja rumah tu kan berpeluh?" – Suami
Awak nak bela isteri ke bela orang gaji?
Perwatakan tak menarik, pakaian tak cantik langsung. Dia nak beli baju online, awak tak bagi. Membazirlah, takut kena tipulah bagai. Nak harapkan awak beli?
"Kalau boleh nak beli bundle saja asalkan ada baju. Tak membazir, nak cantik-cantik ni nak tunjuk pada siapa? Berdosa tau," kata si suami memberikan alasan yang selepas itu nak kecoh bila pakaian isteri tak menarik.
Make up pun tak ada? Pakai bedak sejuk saja? Nak make up macam mana bang. Abang bagi dia beli yang pasar malam punya. Sekali dia pakai, jerawat naik sebulan. Itu yang dia tak nak pakai dah. Dia nak beli di Guardian, Watson, awak kata membazir, mahal. Padahal make up itu boleh tahan berbulan. Dia nak beli online, abang sibuk tanya ada berdaftar dengan KKM tak? Zzz….
Dan akhir sekali, cinta dan hormat. Di mana cinta kita kepada isteri? Di mana pula hormat terhadap isteri? Jika awak cinta dan hormat isteri, awak takkan buat perkara-perkara pelik itu. Awak juga takkan tergamak untuk tidak mencantikkan isteri awak.
Rasa tercabar kan? Mesti ada yang rasa macam saya ini poyo gila. Macam dia seorang saja yang best. Jika awak berfikiran sebegini, saya tidak dapat membantu awak. Tahap pemikiran awak tidak cukup matang dan tidak cukup terbuka untuk menerima kenyataan. Saya minta maaf, posting ini tidak ditujukan kepada awak.
Namun jika awak terkesan dengan posting ini, tataplah isteri awak. Minta maaf kepada dia kerana telah mengabaikan dia selama ini. Berubahlah, berbincanglah dengan isteri tentang apa yang dia perlukan. Kadang-kadang mereka lebih suka mendiamkan diri dari meminta. Apa yang saya harapkan ialah supaya mata dan hati awak kembali kepada isteri tercinta. Jika awak bersetuju dengan saya, sila tag pasangan awak dan ucapkanlah kata-kata indah kepada mereka.
Jika awak rasa posting ini bermanfaat dan ingin memberi manfaat kepada orang lain, kongsilah dengan semua.
Hebat, deko rumah sendiri semata-mata nak bagi kejutan untuk bakal isteri. Ini lebih dari kisah romantik ya, sangat bertuah bakal orang rumahnya.
Deko Rumah Sendiri...