Sekarang ini dah ramai yang sedar pentingnya amalkan jamu dan herba untuk kembali langsing dan dapatkan bentuk badan idaman. Tapi kenalah tahu pantang larang makan jamu. Jadi, bila dapat petua jamu dari mana-mana laman web, bolehlah simpan dan amalkan.
Tapi selepas konsisten amalkan, anda hairan, kenapa berat badan tak juga langsing, kadangkala masih lesu, paling parah bila kena tahan di wad sebab kekurangan air dalam badan.
Sebabnya nak amalkan mana-mana jamu sekalipun, dia ada pantang larangnya. Apa yang boleh ambil dan apa yang tidak.
Jadi, jamu yang diambil itu akan meresap dan beri manfaat pada tubuh. Berikut panduannya:
Minum air masak secukupnya. Kata orang minum 8 gelas satu hari. Hakikatnya, anda perlu ambil air mengikut jumlah berat badan. Ini kiraannya:
2/3 daripada berat badan anda dalam unit Pounds (lb) = berapa jumlah air yang perlu diminum, dalam unit Ounce (oz)
Ads
Tukar kepada unit kilogram (kg) dan Liter (L). Andaikan berat anda ialah 55kg.
(1) Tukarkan unit kg kepada pounds → 55kg = 121.25 lb
(2) Darabkan jumlah pounds tersebut dengan 2/3 → 121.25 x 2/3 = 80.83 oz
(3) Tukarkan unit oz tersebut kepada liter → 80.83 oz = 2.3 L
Jadi, buat anda yang mempunyai berat badan 55kg, anda perlu minum sekurang-kurangnya 2.3L air sehari.
Ads
Jangan campur dengan jamu lain. Kalau anda sedang amalkan jamu perapat, jangan pula campur dengan jamu-jamu yang lain. Sesetengah jamu ada campuran bahan lain yang mungkin tak dinyatakan dalam pek. Bimbang, ia akan beri kesan pada tubuh. Pertembungan herba ini boleh sebabkan ia overdose dalam badan.
Ketika haid tak perlu ambil jamu. Kalau anda ambil sekali pun khasiat jamu takkan meresap dalam tubuh. Samalah juga halnya dengan pengambilan apa-apa suplemen atau vitamin ketika haid. Ia tetap tak beri kesan pada tubuh. Penat saja anda makan. Sudahlah jamu yang dibeli bukannya murah.
Jika mahu ambil jamu yang lain, sebaiknya jarakkan dalam satu bulan. Bermakna anda biarkan tubuh anda rest daripada ambil mana-mana jamu selama sebulan. Selepas itu, barulah cuba jamu yang baru.
5.Jika anda makan ubat-ubatan. Jika demam atau tak sihat, berhentilah dulu. Sampai dah benar-benar sihat, barulah amalkan kembali.
6.Sesetengah jamu yang anda amalkan tak membenarkan pengamalnya mencampur dengan pengambilan air kunyit atau air manjakani. Yang ini, anda kena extra jaga-jaga. Minta nasihat detail daripada pengeluar sebelum mula mengambil jamu.
7.Jangan ambil ais. Ini kerana ia sumber angin dalam badan dan melemahkan badan. Kalau diambil juga ia takkan beri kesan pada tubuh anda pun.
Ads
8.Jangan minum air kelapa. Sebabnya air kelapa itu bersifat alkali, dia hanya akan meneutralkan semula jamu yang anda ambil. Akhirnya ia tidak beri apa-apa kesan pada tubuh. Sebab itu orang kata, air kelapa itu penawar.
9.Jangan minum air bergas atau bikarbonat ketika amalkan jamu.
10.Elakkan ambil air tembikai, tebu mahupun makan tapai. Ini kerana, makanan dan minuman ini bersifat sejuk. Jika baru selesai pantang, bimbang ia akan menyebabkan peranakan kembali kembang.
Semoga pantang larang makan jamu ini dapat membantu anda lebih faham tentang panduan dan tatacara mengambil jamu untuk kesihatan dalaman anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Waktu malam merupakan waktu untuk kita beristirahat dengan tidur. Sebelum melelapkan mata kita haruslah berdoa dan berzikir agar ketika tidur kita dilindungi daripada pelbagai perkara buruk.
Sebagaimana yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Sayyidah Aisyah ra, ini merupakan empat amalan yang sebaiknya kita buat sebelum nak tidur.
Suatu ketika Rasulullah SAW pernah berkata kepada Aisyah, “Janganlah engkau tidur sebelum mengerjakan empat hal ini.”
1. Mengkhatam Al-Quran
2. Menjadikan para nabi pemberi syafaat bagimu di hari kiamat
3. Meminta reda daripada semua kaum Muslimin
4. Melaksanakan haji dan umrah
Aisyah lantas bertanya kepada Rasulullah, “Bagaimana aku boleh melakukan keempat-empat hal tersebut?”
Seraya tersenyum, Rasulullah menjawab:
1. Jika engkau tidur dan membaca surah al-Ikhlas sebanyak tiga kali, maka seakan-akan engkau telah mengkhatamkan Al-Quran.
قل هو الله أحد … (x3) (Qul huwallau ahad … hingga selesai di baca sebanyak 3x)
2. Apabila engkau bershalawat kepadaku dan kepada semua Nabi-Nabi maka engkau sama dengan menjadikan kami sebagai pemberi syafaatmu.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى جميع الأنبياء والمرسلين (x3) (Allahumma shalli ala sayyidina Muhammadin wa ala jami’il anbiya’ wal mursalin, 3x)
3. Apabila engkau beristighfar untuk kaum Muslimin, maka engkau telah menjadikan mereka reda kepadamu.
اللهم اغفرلى ولولدي ولجميع المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات (x1) (Allahummaghfirli wa liwalidayya wa li jami’il muslimin wal muslimat wal mu’minin wal mu’minat, 1x)
4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir” seolah-olah engkau telah melaksanakan haji dan umrah.
سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله اكبر ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم (x7) (Subhanallah wal hamdulillah wa la ilaha illallah wallahu akbar, wa la haula wa la quwwata illa billahil aliyyil adhim, 7x)
Itulah antara empat amalan yang diajarkan Rasulullah SAW menjelang tidur kepada Sayyidah Aisyah yang sebaik-baiknya kita sebagai umat Islam mengamalkannya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkara ini biasanya menjadi pertelingkahan di antara pasangan yang baru berkahwin. Isteri akan menggunakan hujahnya tersendiri dan si suami pula menggukakan kuasanya sebagai ketua keluarga yang mesti dipatuhi.
Ada teknik tip untuk anda berdua membuat keputusan.
1.” Bapa perempuan itu berkata (kepada Musa): “Aku hendak mengahwinkanmu dengan salah seorang dari dua anak perempuanku ini, dengan syarat bahawa engkau bekerja denganku selama delapan tahun; dalam pada itu, jika engkau genapkan menjadi sepuluh tahun, maka yang demikian itu adalah dari kerelaanmu sendiri. Dan (ingatlah) aku tidak bertujuan hendak menyusahkanmu; engkau akan dapati aku Insya Allah, dari orang-orang yang baik layanannya”. Al Qashash:27
Kalaulah ingin merujuk ayat di atas, pengantin lelaki kena berkorban tinggal bersama ayah mertua dan membantunya selama 8 tahun. Tetapi dengan keadaan sekarang perkara ini tidak mungkin boleh berlaku.
Namun kita boleh ikuti konsepnya. Iaitu dalam tempuh 8 tahun sang suami utamakan rumah mertuanya dahulu. Dalam kes pulang beraya ke kampong, elok utamakan rumah isterinya.
2.Orang perempuan banyak menggunakan emosi dan perasaannya dalam setiap urusannya. Sedangkan lelaki hanya fokus mindanya kepada sesuatu tugasan. Dia boleh abaikan emosi dan perasaannya. Oleh itu, isterilah yang lebih terkesan menyambut hari raya pertama. Apa lagi dengan status dia sebagai seorang isteri. Jiwanya pasti mengelabah untuk pertama kalinya menyambut raya di rumah orang lain. 1001 macam dalam fikiran yang menghantuinya. Oleh itu raya pertama di rumah isteri.
3.Jika isteri ini telah ada bilik tidur khas di rumahnya dan suaminya pula tiada bilik khas untuk di rumahnya. Ini akan menyebabkan isteri tidak selesa jika terpaksa berkongsi bilik persalinan dengan ipar-iparnya. Oleh itu elok raya pertama di rumah isteri. Tetapi jika suaminya memang ada bilik khas, sila rujuk tip 1 dan 2 di atas.
4.Tetapi kalau sepanjang ramadhan, pasangan ini tinggal di rumah isterinya, maka eloklah susun strategi untuk berhari raya pertama di rumah kampong suaminya.
5.Jika suami adalah anak tunggal, Dinasihatkan buat rancangan untuk berpuasa 2-3 hari awal di rumah kampong isteri. Kemudian berhari raya pertama di rumah suami. Sebab kehadiran anak tunggal dengan isterinya ini memberi kesan positif bertambah sayang ibu mertua kepada anak menantunya.
Tiada dalam islam lepas kahwin anak perempuan tak wajib bertanggungjawab ke atas ibu. Selagi nama anak, selagi tu kena bertanggungjawab kepada ibu. Jangan gunakan alasan taat suami lepas tu abaikan ibu.
Islam tak ajar macam tu. Kalau korang anggap begitu pergi la masuk sekolah balik. Kecik2 ustazah dah ajar apa tanggungjawab anak. Kalau ibu miskin, orang susah, kita sebagai anak perempuan perlulahh kerja bantu ibu.
Cukupkan keperluan ibu. Kalau suami tak izin berkerja, tanggungjawab membantu ibu sudah jatuh ke tangan suami. Menantu lelaki pun ada tanggungjawab kepada mertua. Lagi lagi mertua yg miskin. Jangan cakap ibu mertua tu bukan tanggungjawab. Menantu lelaki perlu anggap mertua sama level dgn mak kandung sendiri.
Sedihnya ramai isteri harini lepas diri drpd tanggungjawab seorang anak kerana anggap lepas kawin kena taat suami. Betul taat suami no1. Nak buat apa2 mintak izin suami. Tapi kena ingat, siapa yg lahirkan korang? Siapa yg mengandungkan korang? Siapa yg sekolahkan korang? Siapa yg daftar korang dekat universiti, beli laptop bagi duit belanja..siapa?siapa yg banyak berkorban utk melihat korang jadi anak yg berguna? Dah besar jadi takguna pula, lebih sampah drpd sampah.
Jangan lah kita jadi anak tak kenang budi, anak derhaka dan tak kenang jasa ibu bapa. Ingatlah hari ini hari dia, esok esok hari kita. Hukum karma itu berulang ulang. Maybe suatu hari hari nanti anak kita pula abaikan tanggungjawab kepada kita.
Kenapa ibu yg besarkan kita dgn kudrat dan kesusahan dan bila besar, suamilah segalanya. Suami tu esok2 boleh cerai kita, kawen lain. Kita terkapai kapai takde tempat bergantung and at the end balik ke pangkuan ibu tempat mengadu.
kalau tiada wang ringgit, kita masih ada kudrat dan tenaga untuk bantu ibu.Bagilah apa yg termampu. Tak senang hidup, dan selamanya hidup miskin kalau terlampau berkira dengan ibu bapa.
Suami yang baik tentu menyuruh isteri berbakti kepada ibu. Suami yg jahil anggap isteri miliknya seorang dan semestinya tidak ada adab dgn ibu. Hidup berumah tangga kena ada tolak ansur. Suami jangan suka2 gunakan kuasa veto utk menghalang isteri berbakti kepada ibu bapa.
Sumber : Raja Nora
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!