Emosi wanita jangan dibuat main. Lebih-lebih lagi pada wanita mengandung, berpantang dan menyusukan anak. Terlalu banyak kes yang meruntun jiwa melibatkan wanita. Kepenatan menguruskan keluarga dan kerjaya selain masalah rumah tangga dikesan menjadi antara punca utama berlakunya masalah kemurungan selepas bersalin atau lebih dikenali sebagai meroyan.

Wanita yang mengalami kemurungan mula mendiamkan diri, lebih banyak termenung, mudah menangis hingga kadangkala bercakap seorang diri. Ibu selepas bersalin berisiko tinggi mengalami kemurungan teruk dalam tempoh berpantang dan ia berlaku disebabkan perubahan hormon, masalah psikologi selepas bersalin dan pelbagai faktor lain yang mengundang tekanan hebat. Selepas bersalin, ibu kehilangan banyak tenaga, berada pada keadaan mental dan fizikal yang lemah serta boleh dikatakan sebagai ‘kurang waras’ terutama pada minggu pertama dan kedua menerima cahaya mata.

Wahai Suami, Awasi Emosi Isteri Selepas Bersalin Nanti

Dalam senario ini, peranan suami sangat penting bagi memastikan si isteri terhindar daripada risiko mengalami masalah kemurungan yang akhirnya memungkinkan mereka melakukan pelbagai perkara luar kawalan.

Kes mak kelar anak
Kes ibu campak bayi baru lahir dari rumah
Kes meroyan

PPD (Post Partum Depression) is REAL. Sakit ni melibatkan emosi dalaman yang sesiapa tidak tahu. Selain orang yang mengalaminya. Kadang kita tengok isteri kita normal, happy. Nampak macam tak ada masalah, tetapi kita tidak tahu apa yang terbuku di dalam hati dan sebaliknya. Seharusnya kita rajin bertanya bukan ‘buat bodoh’ buat tak reti bila tengok isteri penat. Leka main handphone sambil tengok isteri susukan anak dan suapkan anak yang lain makan.

IKLAN

Suami kena rajin ‘BERTANYA’.

Konsep bertanya sangat digalakkan dalam rumahtangga.

TANYA isteri ‘Dah makan ke belum?
TANYA isteri ‘Macamana anak² hari ini?
TANYA isteri ‘Ada apa² kerja rumah yang masih berbaki?
TANYA isteri ‘Sayang penat? Rehatlah dulu’

Wahai Suami, Awasi Emosi Isteri Selepas Bersalin Nanti

Ada sesetengah suami, tak perlu ditanya. Tengok dari reaksi isteri automatik kita tahu keadaan dia seharian. Terus tolong urus anak dan sediakan apa yang patut. Tolong jangan buat tak tahu sedangkan diri tu TAHU

IKLAN

Jangan pandang remeh bila isteri mula tunjukkan tanda-tanda ini :

1. Moody dan sensetif tak tak tentu pasal
2. Diri sendiri tak terurus
3. Mengasari anak
4. Tak cukup tidur
5. Berhalusinasi sendiri

Suami, jangan biar isteri sendiri dalam segala hal. Bila isteri sering menangis, bantu dia. Zikir dan doa dalam hati kita.
Wahai Suami, Awasi Emosi Isteri Selepas Bersalin Nanti

Cium, pujuk dan peluk dia seeratnya. Jika dia sedang ceritakan masalahnya, dengar luahan hati dia. Diam dan dengar tanpa bantah. Teruskan suntik kata² semangat dan dorongan buatnya.

IKLAN

Wanita yang sedang mengalami tekanan perasaan hanya memerlukan sesorang untuk dia meluah rasa, untuk melepaskan apa yang selama ni terbuku dihati dia.
Dia rasa sesak dalam kepala. Kemarahan dia membuak². Otak dan fikiran dia bercelaru. Kadang² cakap pun dah tak betul. Lagi satu! Jangan biar orang sesekeling mencemuh atau mengkritik kelemahan isteri anda berjemaah. Tak kiralah mak mertua ke, pak mertua ke, jiran², adik beradik atau pun mak ayah wanita itu sekali pun.

Tolong bercakap mewakili dirinya. Bela dan tunjukkan tanggungjawab anda kepadanya. Wanita meroyan, tidak ingat dan tidak sedar siapa dirinya. Ianya boleh berlaku pada sesiapa sahaja. Tak kisah lah dia pengarah urusan ke, cikgu ke, surirumah mahupun ustazah. Kalau dah penat dan stress mungkin dia akan ‘TERTEWAS’.
Wahai Suami, Awasi Emosi Isteri Selepas Bersalin Nanti

SUAMI, jangan marah seorang wanita ketika emosi dia tidak stabil.
Jangan sakiti hatinya
Jangan mengungkit
Jangan berkira

Jika dia salah, tegur dengan baik.
Jika dia penat, urut dia.
Jika dia sibuk melayan anak, uruskan kerja rumah yang lain.
Bantu dia di sebaliknya.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI