Mungkin bagi sesetengah wanita beranggapan bekerja diluar adalah tugas dan tanggungjawab seorang suami. Tahukah anda, zaman sekarang bukan hanya suami yang keluar bekerja, namun isteri juga perlu keluar bekerja bagi meringankan beban belanja bulanan. Bagi wanita terutamanya, walaupun gaji suami besar, ada yang lebih suka usaha sendiri untuk dapatkan duit tanpa mengharapkan duit lelaki. Ini antara sebab munasabah kenapa wanita lebih suka guna duit sendiri dari minta dengan suami!
.
Tak suka bebankan suami
Banyak mana gaji suami pun, isteri tetap fikir yang suami banyak tanggung jawab dan banyak nak pakai duit. Bagi sesetengah wanita, duit yang suami bagi boleh simpan. Duit sendiri boleh dibelanjakan tanpa segan dan rasa bersalah.
IKLAN
Nak elak berlaku kes ungkit
Bukan minta jadi sampai tahap ini tetapi tak pelik kalau pasangan gaduh, terus ungkit bab duit. Padahal lelaki memang wajib bagi nafkah pun, cuma eloklah beringat sebelum orang macam-macam dan berkira.
.
Puaskan hati keluarga sendiri
IKLAN
Sesekali nak juga belanja adik beradik sendiri dan mak ayah beli macam-macam. Tambah kalau ada adik yang masih kecil dan perlukan duit. Tak sampai hati nak minta dengan suami semata nak hulur adik beradik sendiri, bukan?
IKLAN
Sayang suami lebih
Cukup bertuah kalau suami mampu tetapi selalunya isteri kadang fikir jauh tentang suami. Tak suka susahkan suami sampai kadang suami terpaksa buat dua kerja dan balik lewat malam. Lebih bahagia kalau wanita cari pendapatan sendiri.
Wanita nafsu mereka hanya untuk shopping
Sekarang ni duduk rumah pun boleh ada nafsu nak bershopping. Maklumlah, dunia di hujung jari je. Memang susah nak mengelak dan nak kawal nafsu. Kalau ada duit sendiri, lebih senang nak tekan-tekan. Tak ada orang marah hak sendiri.
“Formulanya mudah, jika mahu dihormati sebagai ketua, ketahuilah dulu apa yang patut dan apa yang sebaliknya. “
ISTERI PERMAISURI RUMAH, ISTERI BUKANNYA BIBIK
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai luahan seorang lelaki yang mendakwa isterinya derhaka kerana dikatakan tidak boleh berkhidmat untuk keluarga mertua dan asyik meminta wang darinya. Lebih malang lagi, setelah isterinya melahirkan anak, lelaki terbabit akan mengambil anak mereka dan membawa kes ini ke pejabat agama.
Marlia Ramli melalui entrinya menentang tindakan lelaki ini dan menyatakan bahawa wanita sering menjadi mangsa. Katanya, setiap lelaki perlu memahami tugas sebenar seorang isteri dan bukannya meletakkan isteri itu seperti seorang pembantu rumah atau ‘bibik’.
Perkahwinan itu lengkap melengkapi bukan hanya untuk kepentingan diri. Jika seorang isteri tidak mampu lakukan kerja-kerja rumah, sebagai suami, perlu ada sikap bantu membantu bukannya mengherdik isteri. Isteri tidak boleh dipaksa untuk melayan mertuanya kerana itu bukan tugasnya, tetapi jika dia ikhlas berbuat demikian, itu adalah tanda ihsannya kepada mertua.
.
WANITA DIMANGSAKAN
Bila bercakap soal wanita dimangsakan, ini akak setuju. Kalau kita berkahwin untuk memaksa isteri berkhidmat kepada keseluruhan keluarga kita, akak fikir lebih elok kita ambil bibik daripada Jawa. Buat apa mahu beristeri? Isteri begini menyusahkan bukan? Tak mahu memerah keringat untuk keluarga kita. Tapi… ambil bibik perlu dibayar, jika isteri dapat perkhidmatan percuma pula. Untungnya.
Sebagai kapten sebuah kapal, fahamkah kita apa tugas seorang isteri? Job scope nya apa? Termasuk mengurut ibu mertua dan menjaga anak-anak saudara ketika dia sendiri sedang mengendong zuriat kita?
Dan bila bercakap soal nafkah, bukankah hak isteri sepatutnya didahulukan? Garis panduan agama dalam soal pengurusan wang nafkah bagaimana? Muncunglah isteri jika hak nya terabai. Jika dah tunaikan nafkah, berbincanglah beritahu isteri bahawa mahu membahagiakan ibu pula. Usah mengambil hak isteri untuk diberi kepada sesiapa sedangkan terbiar haknya pula.
Ya, akak setuju. Jika rasa mahu “membibik kan” isteri, eloklah ceraikan dia. Buat apa mahu terusan menyusahkan dia? Bukankah itu hanya membawa derita?
.
Duhai suami yang dimuliakan. Akak malas nak bebel panjang. Sebelum mengambil anak dara orang, fahami erti bakti seorang isteri. Kelas agama banyak, ustaz nak rujuk pun ramai. Belajarlah, supaya bila isteri mengandung tidak dikerah mengurut ibu dan menjaga anak-anak saudara kita pula.
Formulanya mudah. Jika mahu dihormati sebagai ketua, ketahuilah dulu apa yang patut dan apa yang sebaliknya. Lepas mencuci pinggan mangkuk dan kemas rumah isteri berkurung di bilik? Tak bolehkah? Selepas dia melakukan khidmat kepada keluarga mertua dia mungkin kepenatan. Penat letihnya mengemas dan mencuci pinggan mangkuk pernah ditanya? Mangkuk apakah pemikiran kita?
.
Selepas isteri bersalin bercadang nak ceraikan isteri dan ambil anak? Tahniah! Sudahlah sang ibu dan anak berkongsi nafas selama 40 minggu, mahu diambil begitu saja? Tahniah kerana tidak merancang mahu menyusukan anak dengan air susu seorang ibu. Sustagen, Anmum, S-26 dan Enfagrow A+ kan ada? Peduli apa walaupun kita tahu khasiatnya tidak setanding dengan titisan susu ibu. Janji kita boleh menunjukkan kekuasaan kita sebagai arjuna.
Akak kecewa? Ya, akak sangat kecewa jika melihat WANITA DIMANGSAKAN. Ingat, mak dan ayah si gadis nyamuk pun tak dibenarkan gigit, hadir arjuna dan keluarga mertua mahu menghancur lumatkan hati pula?
Eloklah mahu ceraikan isteri. Kerana isteri sebegini bakal berjumpa jodoh yang lebih baik. Lagi pula, kita ambil bibik dari Jawa lebih mudah. Jangankan mengurut ibu dan menjaga anak-anak saudara, tandas rumah nenek kita sekali pakej mengemop lantai kitchen tok anjang pun kita boleh arahkan bibik lakukan saja.
Salam sayang. Sekadar berkongsi ilmu dan rasa. Kasihanilah wanita, isteri bukan bibik.
Dunia kini yang makin lama makin mencabar buat lebih ramai anak muda untuk takut melangsungkan perkahwinan. Dengan gaji yang tidak seberapa dan hanya cukup makan sendiri, bagaimana pula untuk menjaga anak orang nanti.
Lelaki ini kongsi, bagaimana dengan gaji RM1400 boleh menyimpan untuk kahwin.
Sudah bertahun rasanya stail jambang lelaki semakin hari semakin menjadi trend. Trend hispter telah membawa bersamanya trend jambang ini. Apakah ia masih lagi dianggap aksesori lelaki? Jika kita lihat sekarang telah banyak produk yang mengeluarkan khas tu jambang lelaki. Ia menunjukkan semakin hari ia semakin menggalakan.
Trend jambang ini bukan sahaja hanya kerana menurut trend hispter. Kebanyakan lelaki menganggap jambang ini sebagai lambang usia dewasa, kematangan dan maskulin. Ada pula yang menganggapnya hanya untuk frame their face. Kajian menunjukkan wanita suka wajah lelaki berjambang berbanding mereka yang bercukur bersih. Jadi memang wajarlah pun trend jambang ini masih kuat bertahan. Bakal pengantin boleh cuba antara stail ini, hensem.