Bacaan-Gula-Normal-Untuk-Ibu-Mengandung

Apabila seorang isteri hamil, itulah saatnya dia berhadapan dengan keadaan yang agak kurang selesa. Namun di setiap langkahnya, telah Allah janjikan pahala yang berganda-ganda.

 

Namun, ada yang bertanya sama ada doa seorang ibu hamil itu sangat mustajab dan sangat di dengari Allah?

 

Wahai Suami, Ketahuilah Doa Isterimu Yang Sarat Mengandung Sangat Didengari

Jawapan:

Wa’alaikumussalam w.b.t

Alhamdulillah segala puji bagi Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

Secara asasnya, sesiapa sahaja yang berdoa telah diberikan jaminan oleh Allah S.W.T akan kemustajaban doa tersebut. Ini seperti yang dinyatakan oleh Allah S.W.T melalui firman-Nya yang berikut:

IKLAN

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Maksudnya: Berdoalah kamu semua kepada-Ku nescaya Aku akan mustajab kan doa kamu semua.

Surah Ghafir (60)

Berdasarkan ayat di atas kita dapat menyimpulkan bahawa berdoa itu merupakan suatu ibadah kepada Allah. Ini kerana, setiap suruhan daripada Allah S.W.T kepada para hamba-Nya untuk melakukan sesuatu perkara itu menunjukkan bahawa ia merupakan perbuatan ibadah.

Demikian juga ayat di atas menunjukkan bahawa Allah S.W.T bukan sahaja memerintahkan kepada para hamba-Nya untuk beribadah bahkan Dia juga memberikan jaminan bahawa doa tersebut akan dimustajabkan. Kata Khalid Al-Rib’ie: ‘’Sangat ajaib buat umat ini, dikatakan kepada mereka : Berdoalah kepada-Ku nescaya Aku akan mustajabkan. Allah memerintahkan kepada mereka untuk berdoa, serta menjanjikan kepada mereka kemustajaban tanpa ada sebarang syarat antara keduanya’’. Rujuk Al-Jami’ li Ahkam al-Quran, Al-Qurthubi (15/292).

Meskipun begitu, seseorang yang berdoa itu hendaklah sentiasa optimis dan yakin dalam berdoa. Dari sudut dia berdoa dalam jiwa yang penuh hadir, khusyuk, serta tunduk kepada Allah S.W.T. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

IKLAN

ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالإِجَابَةِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لاَ يَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لاَهٍ

Maksudnya: Berdoalah kamu semua kepada Allah dalam keadaan kamu yakin ia akan dimustajabkan. Dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak akan memustajabkan doa dari jiwa yang lalai lagi alpa.

Riwayat al-Tirmizi (3479)

Manakala berbalik kepada persoalan yang dikemukakan, kami menyatakan bahawa setelah kami mengadakan pencarian terhadap riwayat-riwayat yang menceritakan tentang sebab-sebab kemustajaban doa, kami tidak menjumpai riwayat yang menyebutkan tentang kemustajaban doa wanita yang hamil secara khusus.

Meskipun begitu, secara umumnya Allah S.W.T menyatakan bahawa antara sebab kemustajaban doa seseorang itu adalah apabila dia berada dalam keadaan yang penuh kesukaran dan kesulitan. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T:

أَمَّنْ يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ

IKLAN

Maksudnya: Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepada-Nya (melainkan Allah).

Wahai Suami, Ketahuilah Doa Isterimu Yang Sarat Mengandung Sangat Didengari

Surah Al-Naml (62)

Imam al-Hafiz Ibn Katsir dalam tafsiran beliau ke atas ayat ini berkata: ‘’Siapakah lagi yang menjadi fokus dan tumpuan bagi mereka yang berada dalam kesulitan melainkan kepada-Nya (Allah). Serta siapakah lagi yang menghilangkan kemudaratan dari mereka yang tertimpa mudarat selain Allah ?’’. Rujuk Tafsir al-Quran Al-‘Azhim, Ibn Katsir (6/206).

Beliau juga menukilkan sebuah kisah yang berlaku kepada para salafussoleh terdahulu seperti yang disebutkan oleh ‘Ubaidullah bin Abi Soleh beliau berkata: ‘’Suatu hari Thawus (Ibn Kaisan) datang menziarahi aku yang sedang sakit di rumahku. Lalu aku berkata kepadanya: Berdoalah kepada Allah untuk aku wahai Abu Abd al-Rahman. Maka beliau membalas: Berdoalah kamu sendiri untuk diri kamu, kerana Allah menjawab mereka yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepada-Nya’’. Rujuk Tafsir al-Quran Al-‘Azhim, Ibn Katsir (6/206).

Kesimpulan

Sebagai penutup, kami menyatakan bahawa menjadi lumrah wanita yang sedang hamil itu untuk berhadapan dengan kesukaran dan kesulitan, dari sudut kesakitan mengandungkan bayi selama beberapa bulan dan juga kesakitan dalam proses melahirkan bayi. Maka doa wanita hamil yang sedang berada dalam kesukaran ini adalah mustajab kerana termasuk dalam kategori الْمُضْطَرَّ iaitu mereka yang berada dalam kesulitan.

SUMBER : https://muftiwp.gov.my/

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI