Gambar Sekadar Hiasan

Buat para wanita, jangan mudah termakan dengan pujuk rayu lelaki. Janganlah mudah percaya dengan kata-kata manis mereka selagi mereka belum membuktikan keberanian mereka untuk bertemu dengan ibu bapamu.

Selalu ingat, jagalah dirimu baik-baik. Jaga kehormatanmu walau di mana pun kamu berada. Jangan sampai kamu menjadi wanita yang mudah ditakluki oleh lelaki sehingga mereka bisa meninggalkanmu sesuka hati mereka.

Kamu perlu jadi seorang wanita yang tegas dalam menjaga diri agar kehormatanmu tidak boleh dipermainkan dengan mudah. Ketika berbicara dengan harga diri, kamu perlu tegas. Jangan mudah lemah dengan perhatian lelaki.

IKLAN
Wahai Wanita, Jadilah Seorang Yang Tegas & Tidak Mudah Dipujuk Rayu
Foto: Tangkap Pictures

Lelaki memang manis mulutnya jika mahu mengambil hatimu. Lantas, janganlah terpedaya dengan taktik itu. Apatah lagi dengan kata-kata manis yang akhirnya membuatmu menangis.

IKLAN

Jangan terbuai begitu sahaja kerana takut manis kata-kata yang keluar dari mulutnya tidak semanis niat yang ada dihati mereka.

IKLAN

Jika ada seorang lelaki yang datang kepadamu dengan ucapan dan perhatian yang manis semata, jangan terburu-buru mentafsirkan dia sebagai seorang yang baik kerana lelaki yang baik tidak akan berbasa-basi.

Benar, tidak semua lelaki seperti itu. Jadi, kenali mereka dengan lebih dekat. Jangan sekadar percaya apa yang keluar dari mulut mereka. Jika akhirnya kamu ditinggalkan, kamu juga yang sakit.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI