
Wahai wanita, jangan takut untuk berkahwin dengan lelaki yang tidak kaya dengan harta benda kerana kekayaan boleh dicari bersama selepas mendirikan rumahtangga.
Tapi takutlah untuk berkahwin dengan lelaki yang miskin dari segi iman dan tanggungjawab, kerana hal itu bakal membuatkan kamu tidak bahagia dengan rumah tanggamu kelak.
Percayalah saat kita berkahwin, Allah SWT akan membukakan pintu-pintu rezeki dengan mudah.
Allah SWT berfirman:
“Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (menikah) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan karunia-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (QS. An-Nur: 32).
Percayalah, selama kita beriman dan bertaqwa di jalan Allah, maka sangat mudah bagiNya untuk mengabulkan segala doa-doa anak Adam, yang sedang meminta untuk diberkati kerana telah menyempurnakan separuh agamanya.
Puas Couple, Tapi Tak Sangkut Pun Jadi Halal. Elok Cuba 12 Perkara Ni!

Jodoh itu rahsia Allah. Sekalipun kita sibuk bercouple sana sini, bertahun-tahun lamanya, andai Allah kata belum masanya maka belumlah. Namun, usaha itu jangan pula ditangguhkan. Perlu ada doa seiring usaha termasuklah 12 amalan rahsia ini yang boleh anda cuba amalkan agar ditemukan jodoh.
#1 – Jaga Solat di Awal Waktu
Seringkali terdetik di hati kita, bilakah tibanya jodoh kita. Oh lambatnya. Tapi ada tak kita terfikir, saat azan kedengaran, adakah kita masih leka dengan urusan dunia? Kita inginkan jodoh kita segera bertandang, namun dalam masa yang sama, kita terlupa untuk bersegera menyahut panggilan-Nya di saat Dia memandang.
Rasullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Solat pada awal waktu, dari awalnya mendapat keredhaan Allah dan di akhirnya mendapat keampunan Allah”Riwayat al-Tirmizi
#2 – Betulkan Niat Perkahwinan
Mungkin ada yang berkahwin adalah semata-mata kerana nafsu dan tuntutan keduniaan yang lain. Ada juga kerana harta. Namun, apakah sebenarnya tujuan kita berkahwin?
Niatlah bahawa kita berkahwin adalah untuk mendapat redha Allah semata-mata kerana-Nya. Untuk dapat kasih sayang Allah, cinta Allah. Sia-sia hidup kita jika tidak mendapat redha Allah. Itulah sebenarnya matlamat hidup kita.
#3 – Baca Surah Yaasin Setiap Pagi
Surah Yaasin merupakan hati atau jantung al-Quran. Biasanya surah Yaasin kerap dibaca pada malam Jumaat atau ketika melawat orang sakit atau yang meninggal dunia. Namun, surah ini jika diamalkan setiap hari, banyak manfaat yang bakal kita dapat.
Allah akan mudahkan segala urusan hati itu. Yang tiada jalan keluar pun Allah akan permudahkan. InsyaAllah.
#4 – Baca Surah al-Waqiah Setiap Malam
Amalan surah al-Waqiah akan memberikan kekayaan serta rezeki yang melimpah ruah termasuklah jodoh. Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya:
“Siapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.”Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.
#5 – Berterus-terang
Ada sahaja dalam kalangan kita sudah berkenan kepada seseorang, namun hasrat itu dipendam sahaja. Akhirnya, si dia dimiliki orang lain. Menyesal pun tiada guna. Jika sudah ada pilihan hati, teruskan melangkah.
Yang lelaki, terus terang sajalah kepada keluarga si perempuan. Hantar rombongan merisik. Jika dialah orangnya, maka bersegeralah untuk berkahwin.
Yang perempuan pun boleh saja memulakan langkah walau mungkin akan dikatakan perigi mencari timba. Namun, perlu melalui perantaraan atau orang tengah juga. Selebihnya serahkan saja pada Allah. Jika tak berjaya, ingatlah bahawa ada yang lebih baik Allah sediakan untuk kita.
#6 – Jaga Ibu Bapa Dengan Baik
Redha Allah terletak pada redha ibu bapa kita. Sementara mereka masih ada, berkhidmatlah kepada mereka sehabis baik. Layan dan jaga mereka dengan penuh kasih sayang.
Dan yang paling penting ialah doa mereka. Pasti kita semua tahu, doa ibu bapa tiada hijab di sisi Allah. Saat kita sentiasa berbakti kepada mereka, dan mereka bahagia serta redha dengan kita, saat itulah doa kita mungkin dimakbulkan Allah. Bagitahu saja yang kita ingin berkahwin dan mintalah mereka untuk doakan kita yang terbaik. InsyaAllah akan dipermudahkan segalanya.
#7 – Jangan Terlalu Memilih
Kadang-kadang sikap terlalu memilih yang sempurna juga melambatkan jodoh kita untuk datang. Ada yang sudah dirisik oleh calon yang sesuai dan dia bersedia untuk terus menikah, namun ditolak disebabkan faktor-faktor tertentu.
Jodoh kita sebenarnya cerminan diri kita. Masing-masing ada kelemahan dan kekuatan tersendiri. Asalkan agamanya dan akhlaknya baik dan mereka datang dari keluarga yang baik-baik, itu sudah cukup untuk dijadikan pilihan.
#8 – Cari Kebaikan Orang Lain
Kita semua tiada apa-apa kerana semuanya milik Allah. Jauhi sikap memandang rendah kepada orang lain dan berbangga dengan apa yang kita ada. Kita semua sama. Allah boleh beri dan ambil bila-bila masa yang Dia mahukan.
Cari kebaikan semua orang dan cari silap diri sendiri. Dengan memandang dan melayan sesiapa sahaja dengan kebaikan, maka yang akan datang semula kepada kita ialah kebaikan juga. Konsep jodoh juga begitu.
#9 – Tahajjud Setiap Malam
Bangunlah di sepertiga malam. Jika tidak mampu, cukup sekadar dua rakaat. Beberapa minit sebelum Subuh masih sempat untuk kita amalkan. Itu juga sudah dikira sebagai tahajjud. Dan berdoalah. Doalah apa saja.
Allah sayang hamba-Nya yang sentiasa bertahajjud dan meminta doa kepada-Nya. Di saat insan lain terlena, kita bangun dan beibadah kepada-Nya. Dan cubalah untuk menangis setiap kali kita bertahajjud. Dengan izin Allah, doa kita sangat makbul saat kita berserah segalanya dan merayu kepada-Nya.
#10 – Maafkan Semua Orang
Maafkan semua orang dan minta maaf kepada mereka walaupun kita tidak melakukan apa-apa kesalahan. Rasa sayang pada semua orang. Jika tak mampu atau ada yang tak kena di mata kita, doakan saja;
“Ya Allah, dia lebih baik daripada saya. Ubahlah apa yang buruk kepada yang baik”.
Jika di pejabat atau tempat kerja, sebelum pulang, amalkan meminta maaf kepada teman sepejabat, bos kita dan juga kenalan lain.
Jika di rumah pula, sebelum tidur, minta maaflah kepada ahli keluarga kita terutamanya ibu bapa. Hari-hari yang mendatang pasti akan lebih tenang dan gembira. Cubalah!
#11 – Banyakkan Senyum dan Sedekah
Senyum itu sebenarnya sudah sebahagian daripada sedekah. Senyum juga menarik orang di sekeliling untuk sukakan kita. Senyumlah kepada semua orang, tak kiralah siapa pun. Tapi jangan senyum-senyum ada makna pula ya. Pandangan tetap perlu dijaga.
Sedekah berupa wang, harta atau apa sahaja bantuan juga perlu diamalkan. Jangan kedekut untuk tolong orang, terutamanya keluarga kita sendiri. Orang yang suka bersedekah pasti akan mendapat ganjarannya. Hatinya tenang tanpa resah, malah rezekinya pasti berlipat kali ganda. Jodoh itu juga sebahagian daripada rezeki. Bersedekahlah!
#12 – Yakin
Soal jodoh, ajal, maut semuanya sudah ditentukan Allah. Mengapa perlu kita risau akan sesuatu yang telah ditetapkan Allah? Sebab itulah pentingnya untuk kita yakin dan percaya setiap perkara yang berlaku adalah dalam perancangan Allah. Allah kan sebaik-baik perancang.
Yakinlah semua perkara yang terjadi adalah kerana Allah sayang. Allah Maha Pemurah, Maha Penyayang. Dia pasti berikan yang terbaik untuk kita. Siapa jodoh kita, bila datangnya jodoh kita dan sebagainya usahlah dirisaukan.
Kredit foto: TANGKAP PICTURES
3 Bulan Boleh Turunkan 15Kg , Bakal Pengantin Sila Tercabar

Semua wanita mengimpikan berat badan yang ideal tetapi untuk menguruskan badan bukanlah satu proses yang mudah kerana ia memerlukan kesungguhan dan tekad daripada individu itu sendiri.
Ramai yang tewas di tengah jalan dan impian untuk kurus itu hanya tinggal impian. Tidak seperti orang lain, gadis bernama Syauqina Akmar ini berjaya menurunkan berat badan daripada 63kg kepada 48kg dalam masa lebih kurang 3 bulan.
Jom baca dan ikut perkongsian Syauqina di bawah!
Since aku ni macam tak dak kerja sangat. Ermmm boleh lah nak share sikit macam mana aku boleh lost weight 63kg-48kg dalam masa 2-3 bulan.
Berat aku naik sejak aku practical. Kerja aku makan ja. Tak tau lah apa syok sangat dengan makan . Time tu berat 55kg naik sampai 63kg.
So after aku habis practical aku. Aku nekad nak turun balik berat badan aku. So aku start jogging. Tiap2 hari jogging tapi weekend aku rest.
Mula2 kawal jugak makan . Konon nak cut off sugar minyak bagai. But boleh tahan seminggu ja . Hahaha pastuh makan balik.
Susah jugak lah nak turun. Penat wooo. Bukan senang. Tapi sebab nak kurus punya pasal sanggup jogging hari2 padahal before ni tak bersukan.
Aku ni dari sekolah tak pernah bersukan. Tiba2 nak start sukan. Memang pancit terok. Pagi aku jogging, petang aku main gym malam aku workout.
Tapi yang gym tu kejap ja. Sebab pulus tak dak weyh hahaha. So aku run ja start mula2 lari 1km pastuh slow2 naik 2km pastuh naik sikit.
Aku install apss nike ni ja. Sebab aku boleh tahu berapa km aku run sekali berapa kalori dia burn.
And aku always pantau berat badan aku. Berapa banyak turun atau naik kalau aku makan makanan ni or ni. But atkins diet or supplements.
Disebabkan aku bersukan, so aku tak amalkan diet sebab nanti aku penat. Tak boleh nak lari. So aku still makan but aku balance dengan lari.
Satu ja lah nak pesan. Kalau diet tu nak kurus but sampai bila en nak diet. Kita mesti teringin jugak nak makan.
But once kita makan balik. Of course berat kita naik balik enn. So kita kena exercise lah so after this nak makan apa pon boleh.
Aku ni dari sekolah tak pernah berlari2 disebabkan nak kurus aku boleh lari 10km. Selama 22 tahun hidup ni 1st pingat sukan aku dapat.
So banyak en benefit boleh kurus. Selain dari body yang cantik peweeiit. anda jugak dapat active bersukan.
Goodluck pada siapa yang nak turunkan berat badan tu. Yang penting semangat kena kuat.
Jadi tunggu apa lagi? Jom jadikan panduan serta usaha untuk kuruskan badan dan dapatkan berat badan yang ideal.
Sumber: Twitter Syauqina Akmar / yoy.my
Hanya Guna Satu Bahan, Ini Cara Mudah Bersihkan Kuali Yang Hitam & Berkerak

Sebagai seorang isteri, pastinya anda akan memasak setiap hari untuk suami dan anak-anak. Apatah lagi sekarang kita diarahkan untuk duduk di rumah sehingga 14 April 2020. Setiap masa dapur akan berasap, ada sahaja makanan yang nak dimasak.
Tapi yang tak bestnya apabila kuali yang dulunya putih bersih bertukar menjadi hitam dan berkerak. Jadi sementara ada banyak masa di rumah, apa kata bersihkan belakang kuali yang dah hitam dan berkerak tu.
Ada banyak petua yang boleh digunakan tetapi ada satu yang paling menarik dan mudah untuk dilakukan. Petua ini juga pernah menjadi viral beberapa tahun yang lalu. Caranya hanya gunakan asam gelugor atau asam keping sahaja. Hasilnya, belakang kuali jadi putih bersih.
Ayuh kita baca perkongsian oleh Hidayah Abdullah ini.
Dari Hitam Terus Jadi Putih
Petua sental bontot kuali kilat lip lapp..
1. Rebus 8 asam keping di dalam periuk yang besar (supaya senang nk rendam kuali @periuk)
2. Didihkan air asam keping tu sampai mendidih.
3. Masukkan kuali@periuk di dalam air asam tu rendam selama 4-5minit.
4. Angkat kuali@periuk, sejukkan jap, lepas tu sental guna sabun dan berus dawai.
5. Time sental tuh, kurangkan mengunakan air.
Happy sentaling uolss!
Petua ini diambil dari Sis Kalai (Masak Apa Hari Ni..MAHN)
Sumber: Hidayah Abdullah