
Dari ‘crush’ jadi suami isteri, pasangan ini berjaya dapat gelaran doktor!
Perkahwinan tidak menghalang seorang individu untuk melanjutkan pengajian mereka ke tahap tertinggi, apatah lagi ‘terbang’ jauh ke luar negara dan ‘berpisah’ sementara dengan orang tersayang.
Seorang wanita, Alia Zaferi berbangga dengan pencapaian dimiliki apabila berjaya menamatkan pengajian dan memperoleh gelaran doktor selepas empat tahun suaminya, Hanif Zamri mendapat gelaran yang sama.
Menerusi laman Twitter, wanita berusia 24 itu berkongsi kejayaan tersebut sehingga mendapat 33,873 tanda suka dan diulang kicau sebanyak 17,922 kali dalam kalangan warganet.
Akhirnya doktor!
Penuntut bidang perubatan dari Universiti Sechenov di Moscow itu mendedahkan, dia telah lama memendam perasaan suka terhadap suaminya yang juga merupakan senior di tempat pengajian sama.
Namun siapa sangka, bermula dengan memiliki ‘crush’ akhirnya mereka berdua disatukan sebagai suami isteri pada April lalu.
Sumber : Alia Zaferi , Hanif Zamri
Wahai Suami, Hak Isteri Adalah Untuk Dilayan Dan Digauli Dengan Naik

Fitrah kejadian wanita dikurniakan sifat dan jiwa sensitif, kelembutan serta kasih sayang yang sangat kompleks.
Wanita atau ibu adalah orang paling layak di sisi syarak untuk menjaga anaknya yang masih belum mumayyiz.
Namun, sifat kelembutan dan kasih sayang itu ada kalanya disalah guna oleh lelaki sehingga menyebabkan wanita menjadi mangsa kezaliman.
Dalam perkahwinan, sekiranya wujud perbuatan tidak selari dengan kehendak syarak dan menyebabkan isteri berasa terkilan, kecewa dan tidak dapat meredai perbuatan suami, maka ia termasuk salah satu bentuk kezaliman.
Kekecewaan dan kesedihan ditanggung wanita yang menjadi mangsa dapat diterjemah dengan ekspresi wajah dan tingkah lakunya.
Tidak kurang juga wanita yang memiliki tahap kesabaran tinggi lalu menganggap perkara yang dialaminya itu sebagai ujian bagi meningkatkan tahap keimanan serta kedudukannya di sisi Allah SWT.
Antara hak isteri yang digariskan syarak adalah untuk dilayan dan digauli dengan baik serta penuh kasih sayang.
Suami tidak boleh menyakiti hati isterinya, tidak mengeluarkan perkataan menghina, apatah lagi memaki hamun.
Hak itu wajib ditunaikan suami. Firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa’, ayat 19 yang bermaksud: “…. dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara baik.”
Rasulullah SAW juga menganjurkan perkara sama mengenai tatacara menggauli isteri kerana di sana terdapat hak dan kewajipan suami isteri.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Berpesan-pesanlah kamu dengan kebaikan tentang perempuan (para isteri). Sesungguhnya mereka itu adalah khas untuk kamu (para suami). Kamu tidak mempunyai milik sesuatu pun ke atas diri mereka itu selain daripada yang sedemikian, kecuali apabila mereka itu melakukan kekejian yang nyata.
“Jika mereka lakukan, maka pulaukanlah mereka di tempat tidur atau pukullah mereka itu dengan pukulan yang tidak melukakan. Dan jika mereka patuh dan taat, maka kamu tidak ada hak membuat tindakan ke atas diri mereka itu. Sesungguhnya kamu mempunyai ke atas isteri-isterimu dan isteri-isterimu mempunyai hak ke atas dirimu.”
Justeru, selagi isteri tidak melakukan perkara bertentangan dengan syarak atau melanggar hak suaminya, maka wajib bagi suami menunaikan hak ke atas isteri iaitu melayani mereka dengan baik.
Bukan sahaja menjadi contoh tidak sihat bagi perkembangan psikologi anak, malah tindakan itu boleh memberi tekanan emosi yang lama-kelamaan menjadi barah sehingga merosakkan seluruh anggota atau institusi rumah tangga.
Banyak kes penderaan serta kezaliman berlaku terhadap wanita hari ini dilakukan suami daripada latar belakang institusi keluarga yang tidak berpandukan ajaran ditetapkan Islam terutama dalam perkara menunaikan hak suami atau isteri.
Anak yang membesar dalam situasi itu berkemungkinan besar mengulangi atau mencontohi tindakan tidak baik itu.
Sebagai isteri yang mencari rahmat dan syurga Allah daripada perkahwinan, puan perlu mengambil tindakan bagi mem-
perbaiki keadaan itu.
Antara kaedah sesuai dalam mempertahankan rumah tangga adalah menegur sikap suami berkenaan.
Biarpun memberi teguran itu satu perkara yang amat berat dan sukar, ia wajar dilakukan. Puan adalah mangsa yang mengalami kekecewaan akibat sikap suami.
Teguran yang dimaksudkan bukan sebagaimana teguran seorang ibu terhadap anaknya, tetapi lebih kepada rakan kongsi.
Sentuhan dan pujian boleh meredakan ketegangan. Mulakan teguran dengan sentuhan emosi, memuji serta menyebut segala kebaikan dilakukan suami.
Jom Lihat Tanda Si Dia Sukakan Anda Dan Ingin Melamar Untuk Dijadikan Suri Hati

Lelaki mungkin sukar meluahkan rasa cinta mereka secara berterus-terang ataupun direct. Mereka lebih gemar menunjukkan rasa kasih dan cinta itu dengan cara tersendiri. Mungkin wanita di luar sana kadangkala bingung dengan kelakuan lelaki yang aneh untuk mendekati mereka. Tapi percayalah, lelaki jika minat dengan seseorang perempuan, dia akan mudah memberikan gerak tubuh yang berbeza dari kebiasaan.
Jom kita lihat tanda si dia amat sukakan anda dan ingin melamar untuk dijadikan suri hati!
1. KERAP AJAK KELUAR
Dalam tempoh seminggu, sekurang-kurangnya dua kali dia ajak anda keluar tidak kiralah pergi makan ataupun menonton. Hatinya menjadi gelisah sekiranya dalam sehari dia tidak menelofon anda dan ingin mendengar suara anda. Dari situ, anda boleh tahu bahawa si dia cukup suka dengan anda.
2. AMBIL BERAT
Dia sentiasa bertanya khabar dan mula menunjukkan yang dia ingin mengambil berat tentang anda. Bermula dengan ucapan selamat pagi, khuatir jika anda lewat makan atau memberi ucapan selamat apabila kamu hendak memandu adalah petanda awal yang dia mula menunjukkan minat terhadap anda.
3. PANDANGAN MATA
Apabila anda bercakap, matanya akan tepat memandang ke arah mata anda menunjukkan yang dia benar-benar mahu mendengar apa yang anda bicarakan. Jangan panik bila mata anda berdua bertentang, kata orang dari mata turun ke hati. Dari pandangan mata dia, anda boleh tahu yang dia ada hati dengan anda.
4. TERSEREMPAK
Pertemuan yang tidak disangka seperti anda sedang minum petang dengan rakan di kafe, tiba-tiba muncul si dia. Mungkin pertemuan itu disengajakan oleh dia tetapi tidak mahu kelihatan terlalu obses, jadi dia akan pura-pura terkejut. Dia tahu, dengan cara itu, anda boleh lihat kesungguhannya untuk bertemu dengan anda.
5. GERAK-GERI TUBUH
Tidak susah untuk membaca gerak-geri tubuhnya. Lelaki jika minat dengan seseorang perempuan, dia akan mudah memberikan gerak tubuh yang berbeza dari kebiasaan contohnya ketika berbual, tubuhnya akan betul-betul dihadapkan ke arah anda dan sentiasa ingin berjalan dekat dengan anda.
6. SOALAN PERIBADI
Untuk mengenali anda dengan lebih rapat, dia akan mula mengajukan beberapa soalan tentang diri anda seperti anda sudah berapa lama single, bagaimana lelaki pilihan anda, adakah anda sedang mengenali seseorang dan sebagainya. Dia juga akan menyentuh sedikit sebanyak mengenai keluarga dan ibu-bapa anda.
Nak Kahwin Dengan Anak Sulung Kena Tahu 10 Karakter Ini

Anak sulung, karakternya selalu kita akan berfikir mereka ini garang, tegas, dan menakutkan. Tapi ada juga sisi mereka yang anda tidak tahu. Bagi sesiapa yang akan berkahwin dengan anak sulung, anda kena sedia dengan karakter mereka.
Nampak sahaja matang, tapi anda belum mengenali lagi perangai mereka yang sebenar. Ini antara karakter yang ada pada anak sulung berdasarkan pemerhatian sekeliling.
1. Nampak garang tapi sebenarnya hati lembut
2. Matang
3. Penyayang
4. Berdikari
5. Sentiasa tersenyum walaupun tengah sedih
6. Pemaaf
7. Manja tapi tak tunjuk
8. Bertanggungjawab
9. Happy go lucky
10. Seorang yang tabah dan kuat