Kedudukan ibu bapa dalam Islam sangat tinggi. Allah swt memerintahkan anak-anak untuk mentaati ibu bapa selagi mana ia tidak bertentangan dengan syara’. Malah, dosa menderhaka kepada ibu bapa dikategorikan seagai dosa-dosa besar. Malah, keredhaan Allah swt juga terletak pada keredhaan ibu bapa. Seperti mana hadis Nabi saw,

Walaupun Dah Berkahwin, Berjaya Dalam Hidup, Doa Untuk Ibu Bapa Jangan Dilupakan

رِضَا الرَّبِّ فِى رِضَا الْوَالِدَيْنِ وَسُخْطُهُ فِى سُخْطِهِمَا

Maksudnya, “Redha Allah terletak pada redha kedua orang tua dan murka Allah terletak pada murka kedua orang tua.” (HR Tabrani dari Ibnu Umar)

Ibu mengandungkan kita selama 9 bulan dengan penuh susah payah. Ditambah pula kesakitan sewaktu melahirkan kita. Setelah bertarung nyawa melahirkan kita ke dunia, ibu tetap berusaha menyusukan dan menjaga kita supaya menjadi anak yang soleh solehah.

Bapa pula tanpa kenal erti lelah, membanting tulang mencari nafkah untuk membesarkan kita. Memberi kita keselesaan, memberi pendidikan yang baik, memberi makan dan minum yang halal lagi baik agar kita membesar menjadi anak yang berguna.

Walaupun Dah Berkahwin, Berjaya Dalam Hidup, Doa Untuk Ibu Bapa Jangan Dilupakan

Seperti mana firman Allah swt,

IKLAN

قُلْ مَا كُنْتُ بِدْعًا مِنَ الرُّسُلِ وَمَا أَدْرِي مَا يُفْعَلُ بِي وَلا بِكُمْ إِنْ أَتَّبِعُ إِلا مَا وَوَصَّيْنَا الإنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَانًا حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلاثُونَ شَهْرًا

Maksudnya, “Kami perintahkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu dan bapanya. Ibunya mengandungkannya dengan susah payah dan melahirkannya juga dengan susah payah. Kemudian, ibu menyusuinya hingga dia berusia 30 bulan…”(Surah al-Ahqaf, Ayat 15)

Itulah sebabnya, betapa Islam meninggikan darjat ibu bapa. Jika dibandingkan dengan wang ringgit, sememangnya tidak akan terbalas segala jasa ibu dan ayah kita selagi hayat dikandung tanah. Allah memerintahkan anak-anak agar sentiasa berlaku baik kepada ibu bapa. Selaku anak, kepatuhan kepada ibu dan bapa itulah, salah satu cara untuk kita membalas segala pengorbanan yang telah ibu bapa berikan kepada kita. Sebagai mana hadis Nabi saw,

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ:يَا رَسُوْلَ اللهِ، مَنْ أَحَقُّ النَّاسِ بِحُسْنِ صَحَابَتِي؟ قَالَ أُمُّكَ، قَالَ ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ أُمُّكَ قَالَ ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ أُمُّكَ، قَالَ ثُمَّ مَنْ، قَالَ أَبُوْكَ

Maksudnya, Dari Abu Hurairah ra berkata: Telah datang seorang lelaki kepada Nabi Muhammad lalu bertanya, ‘Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak aku patuhi?’ Nabi menjawab, ‘Ibumu.’

Orang itu bertanya lagi, ‘Selepas itu, siapa pula?’ Nabi menjawab, ‘Ibumu.’ Orang itu terus bertanya, ‘Kemudian, siapa lagi?’ Buat kali ketiga, Nabi menjawab, ‘Ibumu.’ Orang itu bertanya lagi, ‘Kemudian siapa?’ Nabi menjawab, ‘Bapamu.’” (HR Bukhari dan Muslim)

IKLAN

Walaupun Dah Berkahwin, Berjaya Dalam Hidup, Doa Untuk Ibu Bapa Jangan Dilupakan

10 Hak Ibu Bapa yang Wajib Dipenuhi

Di dalam Kitab Dorrotun Nasihin, disebutkan 10 jenis hak ibu bapa ke atas anak-anaknya. Hak-hak itu adalah seperti berikut:

  1.   Memenuhi keperluan makannya.
  2.   Melayani semua keperluannya.
  3.   Menjawab panggilannya.
  4.   Mentaati semua perintahnya selagi perintah itu bukan perkara maksiat.
  5.   Berkata-kata dengan lemah lembut dan tidak memarahinya.
  6.   Memberikan pakaian secukupnya.
  7.   Berjalan di belakangnya.
  8.   Berusaha supaya orang tua sentiasa reda kepadanya.
  9.   Tidak menyukai apa yang orang tua tidak suka.
  10.  Berdoa dan memohonkan keampunan untuk ibu bapa dan diri sendiri

Walaupun Dah Berkahwin, Berjaya Dalam Hidup, Doa Untuk Ibu Bapa Jangan Dilupakan

IKLAN

Mendoakan Kebaikan Buat Ibu Bapa

Selain daripada berbakti dan berbuat baik kepada ibu bapa sewaktu mereka hidup, kita juga perlu sentiasa mendoakan kebaikan mereka bukan setakat di dunia, tetapi juga di akhirat. Sekalipun ibu bapa kita telah meninggal dunia, doa buat mereka tidak akan pernah terputus.

Oleh kerana itu sebagai anak yang berbakti, hendaklah kita sentiasa berdoa untuk ibu bapa kita. Di antara doa-doa untuk ibu bapa yang terdapat dalam al-Quran adalah sebagai berikut:

1) Ayat 24, Surah al-Isra’

رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

Maksudnya, “…Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.’” (Surah al-Isra’, Ayat 24)

2) Ayat 41, Surah Ibrahim

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Maksudnya, “Tuhan kami, berilah ampun aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).” (Surah Ibrahim, Ayat 41)

3) Ayat 28, Surah Nuh

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَنْ دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِنًا وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَلَا تَزِدِ الظَّالِمِينَ إِلَّا تَبَارًا

Maksudnya, “Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapaku, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman laki-laki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kebinasaan.” (Surah Nuh, Ayat 28)

4) Ayat 19, Surah an-Naml

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ

Maksudnya, “…Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.” (Surah an-Naml, Ayat 19)

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI