
Selama 9 bulan 10 hari ibu mengandungkan kita, membesarkan kita dengan penuh kasih sayang dan selalu menjaga kita disaat sakit maupun sihat. Sebagai seorang anak, sudah seharusnya kita menghormati ibu kerana tanpa dia kita tidak akan ada di dunia ini.
Namun kadang-kadang, kita suka menyakiti perasaan seorang ibu tanpa kita sedari. Meskipun ibu tidak menghiraukannya, tetapi tetap saja apa yang kita perbuat telah menyakiti perasaan ibu. Parahnya lagi, kita menganggap hal itu biasa.
Ketahui beberapa dosa anak kepada ibu yang suka dianggap biasa. Sesudah mengetahuinya, semoga kita bisa memperbaikinya dan menjadi seorang anak yang benar-benar berbakti kepada ibunya.
1.Menunjukkan ekspresi wajah tidak senang di depan ibu
Ketika Anda punya masalah di luar rumah, kadang-kadang Anda suka membawanya ke rumah dengan ekspresi wajah yang tidak sedap dipandang. Bahkan, Anda berani menunjukkan ekspresi wajah tak sedap itu kepada ibu Anda sendiri. Tahukah Anda apa yang ada dalam hati ibu? Dia berkata, ‘kenapa anakku apakah dia tidak senang melihatku atau dia sedang dalam masalah’
Secara tidak langsung, Anda telah membuat ibu sendiri jadi khuatir dan memikirkan Anda sepanjang waktu.
2Tidak menjawab pertanyaan ibu
Pernahkah Anda ditanya ibu seperti ini, dari mana saja atau mau pergi ke mana? Dan pernahkah Anda tidak menjawabnya atau menjawabnya secara tidak detail. Itu pun juga sudah menyakiti perasaan seorang ibu.
3. Berbohong kecil
Di sini maksudnya Anda suka berbohong kepada ibu dalam hal kecil. Misalnya saja banyak anak sekolah yang meminta wang untuk beli buku seharga Rm 50, padahal harga asli bukunya hanya Rm 50. Meskipun tidak seberapa, tapi itu tetap saja dikategorikan berbohong. Secara tidak langsung Anda telah membohongi ibu dan diri Anda sendiri.

4.Memerintah ibu
Setiap anak pasti pernah menyuruh ibunya untuk melakukan ini itu. Walaupun ibu Anda tidak marah ketika disuruh, tapi jangan salah dulu, itu termasuk dosa besar. Secara tidak sedar, Anda telah berani memerintah ibu. Padahal kita yang harus mematuhi perintah ibu bukan ibu yang harus mematuhi perintah kita.
5Bilang “Ah”
Kalian pasti sering mengatakan satu patah kata ini ketika disuruh ibu. Meskipun biasa, tapi mengatakan “Ah” saja itu sebenarnya sudah menyakiti perasaan seorang ibu. Bahkan agama saja melarang kita untuk mengatakan “Ah” ketika disuruh orang tua meskipun pada akhirnya kita menuruti perintahnya.
Isteri Kalau Dapat Suami Yang Sanggup Lakukan Kerja Ini Bersama, Dialah Wanita Paling Bahagia!

Perkongsian Ustaz Ebit Lew ini memberi gambaran betapa hebatnya seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu. Kerjanya tidak pernah berhenti. Selepas sibuk di pejabat, sambung pula kerjanya di rumah sebagai isteri dan ibu.
Jika ini yang dapat diringankan, maka isteri menganggap, dialah wanita yang paling bahagia.
Hari ini cuti, sibuk masak untuk bidadari dan anak-anak. Semua anak-anak bersorak sibuk tengok macam kapal terbang mendarat dalam rumah. Sebab jarang-jarang ayahnya masak. Ya Allah. Maafkanlah diriku ini…
Kelakar campur sedih sayu sangat…..sebab terbayang bidadari saya hari-hari masak. Mak saya dulu pun begitu.begitulah kebanyakan wanita…anak-anak kata ayah nak ini..nak itu..nak ini..menjerit-jerit. Dia tak tahu ayah dia bukan pandai macam umi dia masak.
Isteri lak senyum-senyum tengok suami..sibuk rakam suami dia masak. Ambil gambar..hehe…orang bercinta memang macam tu yer..duduk-duduk nak ambil gambar. Sayang, tunggulah di luar biar abang masak..nanti malu..tak jadi…Sayang rehat yer..tengok masa buka nanti..
Baru tahu sebab apa wanita suka upload makanan kat fb..yerlah sebab dia masak. Dia penat. Dia seronok. Tu jer…hee..
Cuba tengok isteri, sambil masak boleh layan suami..sambil masak boleh buat susu anak. Sambil masak boleh kemas rumah. Sambil onn mesin basuh. Kutip baju. Beribu kerja satu masa…
Saya masak macam mengaji. Solat. Betul-betul khusuk. Yerlah macam orang baru ambil lesen kereta. L….dapur pun bersepah..dah siap baru kemas..
Lihat seorang isteri mereka berpuasa sama dengan kita suami. Mereka bekerja, sama dengan kita cari rezeki. Jika tak kerja di luar, kerja di rumah 24 jam tak habis-habis.
Tapi bila sampai rumah kebanyakannya isteri jaga anak-anak. Kita sedap-sedap dapat solat isya dan Tarawih di masjid. Jumpa kawan-kawan di masjid. Isteri sibuk urus anak sepanjang malam. Buat yang anak-anak masih kecil.
Isteri sibuk uruskan anak-anak. Lepas tu mereka juga bangun sahur awal. Ada pula suami pesan isteri jangan lupa kejut sahur. Kalau tak kejut abang tak puasa. Jika tak bangun, marah isteri.
Kasihanilah ibu dan isteri kita. Sayangilah mereka. Mereka tolong kita cari duit tanpa harap balasan. Mereka jadi bibik 24 jam di rumah. Bibik pun ada gaji dan ada waktu bekerja.
Isteri jadi tukang masak yang pakar. Masakan mereka dengan doa dan bersih. Sentiasa cari menu baru dan fikir apa nak masak untuk suami..laku rancangan masak. Selebriti masak. Sebab nak beri yang terbaik buat suami. 24 jam fikir nak masak apa. Ya Allah…
Lepas tu jadi cikgu anak-anak kita. Mereka cikgu math. Mereka ustazah fardhu ain. Mereka guru mengaji. Mereka guru kaunseling. Mereka guru displin. Mereka cikgu bahasa. Semua mereka kena ajar anak-anak. Mereka cikgu adab akhlak. Berapa elaun nak bayar untuk semua subjek. Tapi mereka buat semua tu kerana cinta.
Lepas tu mereka pelayan dan menjadi hiburan anak-anak. Anak menangis mereka tahu nak apa. Anak kecil belajar cakap. Isteri kita faham. Mereka tahu semua bahasa anak-anak.
Mereka tidurkan semua anak-anak. Lepas tu mereka pakai cantik-cantik layan suami lagi. Macam-macam jenis suami ada. Nak macam -macam layanan. Isteri dah penat sepanjang hari..
Mereka jadi jam loceng. Suami ada hp. Tapi harapkan jam isteri bunyi. Suami dan anak-anak bangun waktu berbeza-beza.
Buat saya dan semua suami. Jom kita buat semuanya sama-sama dengan isteri kita. Cintai dan sayangi mereka. Hargai mereka.
UCAPKANLAH CINTA DAN SAYANG PADA MEREKA. PEGANG TANGAN MEREKA UCAPKANLAH. “SAYANG BETAPA BERTUAHNYA ABANG DAPAT SAYANG. TERIMA KASIH SUDI JADI ISTERI ABANG. ABANG BENAR-BENAR BERSYUKUR DAPAT SAYANG. I LOVE U SAYANG. ABANG BETUL-BETUL CINTAKAN DAN SAYANG SAYANG..”SEDAP SAYANG MASAK. PANDAINYA SAYANG. YA ALLAH HEBATNYA SAYANG BUAT SEMUA KERJA NI..
Bantulah mereka bersama-sama buat kerja rumah. Sekali sekala atau selalu selalulah kita siapkan buka puasa. Kita siapkan sahur. Kejut isteri dan anak sahur. Buat surprise buat isteri dengan kita kemaskan rumah. Mop lantai. Kemas mainan anak-anak. Basuh tandas. Isikan minyak kereta isteri. Siapkan baju isteri dan anak-anak. Kemaskan buku sekolah anak-anak. Basuh baju. Jemurkan semuanya. Angkat baju. Lipat baju. Kemaskan katil kita dan katil anak-anak. Layan anak-anak.
Kita tidurkan semua anak-anak. Sekali sekala beri isteri rehat awal. Kita urus anak-anak. Nikmat bila kita dapat lihat isteri kita berehat. Wajahnya masa tidur nikmat buat seorang suami. Gembira campur sebak tengok wanita ini tinggalkan semuanya untuk bersama kita..berilah juga duit belanja dan apa yang kita ingin untuk kita berilah juga kepada mereka.
Doakanlah isteri kita. Doakan orang yang kita sayangi. Tiada hadiah paling berharga atas semua itu melebihi mendoakan mereka.
Selain itu, manfaatkan kemudahan yang ada untuk tidak rasa jauh dengan keluarga dan sanak saudara yang lain. Tanyalah khabar ibu ayah yang berada di kampung dan mungkin pasangan yang berada jauh dari kita.
Apa Yang Diiginkan Tidak Tiba, Buatlah Solat Hajat Agar Lancar Kehendakmu

Solat hajat merupakan salah satu solat sunnah yang dilakukan ketika seseorang memiliki sebuah keinginan atau hajat. Dengan melakukan sholat ini, umat Islam percaya hajat dan keinginannya akan terkabul dengan cepat. Keinginan yang dilakukan oleh orang yang melakukan solat hajat boleh bermacam-macam latar belakangnya, mulai dari keinginan untuk segera mendapat jodoh, keinginan dibebaskan dari segala macam masalah, dan keinginan-keinginan lainnya.
Nah, terkait dengan pelaksanaannya, ternyata banyak orang yang masih bingung tentang bila waktu yang tepat untuk melaksanakan solat sunah yang satu ini. Oleh kerana itu, pada pembahasan kali ini saya akan menyampaikan bila waktu solat hajat yang tepat beserta tips-tips agar hajat kita dapat terkabul setelah melakukan solat hajat.
Waktu Solat Hajat
Sebetulnya tidak ada panduan khusus yang menyatakan bila waktu sholat hajat yang tepat bagi para umat muslim. Anda boleh mengerjakan solat ini bila-bila masa anda sempat, waktu siang hari ataupun malam.
Akan tetapi, para ulama berpendapat bahawa akan lebih baik jika solat hajat ini dikerjakan pada waktu sepertiga malam terakhir, iaitu sekitar pukul 01.00 sampai waktu subuh tiba 05.00. Seperti diketahui bahwa waktu sepertiga malam terakhir merupakan waktu yang mustajab ketika kita memanjatkan doa. Berdoa pada waktu tersebut memiliki keutamaan tersendiri dibanding waktu-waktu lainnya. Sehingga jika hajat kita ingin terkabul, baiknya kerjakanlah sholat hajat pada waktu tersebut.
Waktu Solat Hajat yang Dilarang
Walaupun dapat dilakukan bila-bila masa, ternyata kita tetap harus memperhatikan hukum-hukum yang lain terkait dengan pelaksanaan solat.
Disebutkan dalam hadist bahawa ada 3 waktu yang dilarang untuk melakukan solat, termasuk solat hajat. Ketiga waktu terlarang untuk melakukan sholat hajat tersebut adalah:
Waktu Syuruq, adalah waktu dimana matahari mulai tampak terbit hingga setinggi tombak. Waktu syuruk biasanya berlangsung sekitar 15 menit.
Waktu Zhahirah, adalah waktu matahari tepat berada di tengah langit, ciri waktu ini adalah jika kita berdiri, maka bayangan kita sudah tidak akan tampak lagi . Waktu zhahirah berlangsung beberapa saat sebelum waktu solat Dzuhur tiba.
Waktu solat hajat yang dilarang selanjutnya adalah waktu dimana matahari akan mulai terbenam hingga terbenam seluruhnya. Waktu ini berlangsung beberapa saat (sekitar 15 menit) sebelum waktu solat Maghrib tiba.
Solat Hajat yang Mustajab
Agar hajat dapat terkabul, tidak cukup kita hanya melakukan solat hajat sebanyak satu kali saja. Disunahkan para ulama agar kita dapat melaksanakan sholat sunah ini sebanyak 3 malam atau sampai 7 malam berturut-turut. Banyaknya hari pelaksanaan solat hajat ini dapat disesuaikan penting tidaknya maksud atau hajat yang kita kehendaki.
Dalam setiap hari waktu solat hajat, kita dapat melakukan solat ini dalam 2 rakaat, 4 rakaat, 6 rakaat, dan hingga 12 rakaat. Pelaksanaannya tentu dengan salam di setiap 2 rakaatnya. Maksudnya, setiap habis 2 rakaat Anda harus salam, kemudian bangkit kembali untuk membaca niat solat hajat ini lagi. Begitu seterusnya.
Nah, itulah pemaparan kami tentang waktu sholat hajat yang mustajab. Satu hal yang harus Anda ingat, bila pun sempat waktu anda melaksanakannya, ingatlah sebolehnya anda dapat benar-benar khusyuk dalam melaksanakan solat ini. Dan sekali lagi, jika ingin hajat anda cepat terkabul, sebolehnya lakukanlah solat ini di sepertiga malam terakhir selepas melaksanakan solat tahajud. Semoga bermanfaat! Salam.
Sumber: Doa Niat Solat
Kenapa Nak Rancang Kehamilan Kalau Masih Produce Anak Lagi Untuk Suami


