Perkahwinan yang melibatkan pasangan berlainan agama, lebih besar cabaran yang perlu dihadapi terutama kepada kaum wanita. Hal ini kerana ‘imam’ mereka belum tahu apa-apa mengenai Islam.

Adam Corrie pernah berkongsi dalam satu hantaran dilaman Facebooknya tentang beberapa pesanan buat wanita sebelum mereka meneruskan hubungan dengan lelaki berlainan agama.

Wanita Nak Kahwin Dengan Lelaki ‘Belum Islam,’ Ini Nasihat Adam Corrie

Berikut pesanan yang dikongsikan oleh Adam Corrie. Semoga info ini dapat membantu mereka yang ingin berkahwin dengan calon suami yang masih belum lagi memeluk agama Islam.

Alhamdulillah hari ini saya sudah 15 tahun kembali kepada fitrah.

Seperti baru semalam saya syahadah. Membuat keputusan untuk kembali kepada fitrah sudah dipendam lama. Ya mengambil masa yang lama. Tiada sesiapa yang memaksa, ia adalah pilihan saya sendiri.

Mungkin ada kata saya memeluk Islam kerana ingin berkahwin dengan wanita Melayu. Tidak sama sekali, saya berjumpa dan berkahwin dengan bidadari saya setahun selepas syahadah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee)

Ingin saya berikan sedikit nasihat kepada wanita yang ingin berkahwin dengan lelaki yang belum Islam.

IKLAN

Jangan bercinta terlalu lama. Cinta tak menjanjikan kebahagiaan tanpa iman. Ia hanya membuang masa menunggu tanpa kepastian dan semestinya menambahkan dosa tanpa kita sedari.

Jika benar sayangkan dia kerana Allah. Usahalah kenalkan keindahan Islam dengan peribadi diri kita sendiri.

Jika tidak nampak sebarang perubahan ke arah jalan yang lurus. Adalah lebih baik undur diri dan cari pasangan hidup yang lain.

Ada ibu bapa yang halang anak gadisnya berkahwin dengan lelaki yang belum Islam (bakal syahadah) kerana tak yakin anak gadisnya boleh pimpin bakal suaminya.

IKLAN

Kerana anak gadisnya sendiri masih perlukan bimbingan agama dan tidak menjalankan dan amalkan kehidupan sebagai muslim sebenarnya dan juga risau anaknya terjebak dengan kehidupan pasangan yang tiada batasan sebelum syahadah.

Ini memang realiti terjadi. Banyak juga kes sebegini saya dapat. Yang sedia muslim tak mendidik suami/isteri mereka yang saudara baru kenal Islam, malah terjebak dengan kehidupan tanpa batasan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee)

Tak salah masuk Islam kerana nak kahwin, kerana itu juga hidayah melalui perkahwinan tetapi tanggung jawab selepas syahadah itu lebih penting. Untuk terus kenal, belajar dan amalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian.

IKLAN

Untuk sahabat-sahabat yang belum Islam yang berhajat memeluk Islam. Saya sarankan betulkan niat. Niat itu penting. Niatkan kerana Allah

Jika kita nak masuk Islam kerana wanita/lelaki. Jika ada masalah kelak. Kita akan salahkan mereka. Tanpa muhasabah diri

Jika niat kita masuk Islam kerana Allah. InsyaAllah apabila ada ujian datang. Kita akan hadapinya dengan tenang. Kerana kita yakin dan hati kita sudah tersimpul kuat dengan Allah SWT. Iman kita kuat..

Saya pun masih merangkak belajar Islam dan saya bersyukur dapat pasangan, keluarga, murabi-murabi dan sahabat-sahabat yang sangat-sangat membantu saya untuk kenal dan amalkan ajaran Islam.

Hadiah yang terindah dalam hidup saya apabila saya kembali kepada Islam dengan diberikan taufik dan hidayah .. Aamin allahuma aamin

Sumber: Facebook Adam Corrie 

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI