
Setiap hubungan itu berjalan dengan lancar kerana beberapa faktor, jika mereka pandai mengawalnya hubungan akan kekal lama dan bahagia.
Untuk menjadi wanita yang setia kepada pasangan itu mudah, kerana sememangnya sifat kasih sayang dalam diri wanita itu sangat kuat. Oleh kerana terlalu sayang ianya akan menyebabkan timbulnya masalah apabila terjadinya perkara-perkara yang tidak sepatutnya wanita itu lakukan.
- Dia tidak akan meminta lelaki itu menjauhkan diri dari keluarga serta rakannya
Seorang wanita yang baik dan bijak tidak akan menjauhkan pasangannya dari ahli keluarganya sendiri. Begitu juga rakan-rakannya, sedar lah bahawa sebelum dia mengenali anda mereka sudah lama rapat dan jangan kerana anda hubungan mereka renggang dan berjauhan.
- Dia tidak akan meminta lelaki itu berputus asa dengan minatnya
Beri semangat dengannya dalam melakukan apa yang diminatinya, jangan melarang minatnya selagi ianya tidak memudaratkan. Menjauhkan diri seseorang daripada minatnya dapat menjatuhkan semangatnya.
- Dia tidak meminta lelaki itu untuk menjaganya
Jadilah wanita yang pandai berdikari, jangan hanya mengharapkan pasangan anda menanggung segala keperluan anda.

- Dia tidak cuba untuk mengubah lelaki itu
Wanita bijak akan membenarkan pasangannya menjadi dirinya sendiri. Dia sentiasa terima tabiatnya yang menjengkelkan dan aneh, dan tidak akan cuba untuk mengubah lelaki itu menjadi orang lain.
- Dia tidak akan meminta lelaki itu mengendahkan wanita lain
Cemburu adalah emosi biasa dalam manusia. Wanita bijak akan mempercayai pasangannya, dan yakin untuk tidak terus membuat konklusi atau mengamuk kerana wanita lain. Anda perlu pandai mengawal emosi walaupun dalam hati memang terasa cemburu.
- Dia tidak melepasi sempadan lelaki itu
Wanita bijak tahu sempadan pasangannya dan menghormati sempadan itu dengan tidak melebihinya. Dia tidak akan melihat mesej atau emel lelaki itu tanpa pengetahuannya.
- Dia tidak akan memaksa lelaki itu untuk berkongsi minatnya
Wanita yang bijak tidak akan memaksa pasangan nya untuk mengikuti minatnya. Jadilah diri sendiri dan itu lebih selesa
- Dia tidak meminta semua waktu lelaki itu
Wanita bijak tahu bahawa dirinya adalah bahagian yang penting dalam kehidupan pasangannya. Begitu juga dengan keluarga pasangannya, hobi, kawan-kawan, dan karier.Dia tahu mereka tidak perlu bersama 24/7 untuk mencipta hubungan yang bahagia.
Letak Nama Anak Bukan Asal Sedap, Tapi Ada Makna Yang Baik

Saat paling menggembirakan bagi pasangan suami isteri sudah pasti ketika dikurniakan anak dalam hidup mereka.
Tidak dinafikan, ada pasangan sudah memilih nama ketika bayi itu masih dalam kandungan lagi kerana sangat teruja untuk menerima zuriat.
Nama adalah satu aspek penting dalam Islam kerana seseorang itu akan diseru dengan namanya pada hari akhirat kelak.
Berdasarkan hadis Nabi SAW dalam riwayat Abu Dawud: “Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari kiamat dengan nama kamu (nama yang diberikan ketika di dunia) dan nama bapa kamu, maka perelokkanlah nama kamu.”
Dalam Islam, disunatkan menamakan anak pada hari ketujuh selepas kelahiran sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Setiap anak yang lahir tergadai akikahnya yang disembelih pada hari ketujuh dan pada hari itu pula si anak tersebut akan diberi nama dan dicukur rambutnya.” (Riwayat Abu Dawud)
Tidak menjadi masalah jika anak dinamakan pada hari dia dilahirkan kerana terdapat riwayat Rasulullah juga pernah melakukannya.
Bagaimanapun, nama anak sejak kebelakangan ini didapati sudah mengi-
kut trend dan budaya tidak sihat serta tersasar daripada tujuan sebenar.
Ada nama terlalu panjang melebihi tiga atau empat perkataan, nama yang jarang didengar serta menamakan anak dengan nama artis luar negara.
Islam membenarkan serta mengharuskan apa sahaja nama untuk digunakan kepada bayi yang baru dilahirkan.
Seperti terdapat dalam kaedah fiqah, ‘al-asl fi al-asma’ al-Ibahah’ iaitu asal pada nama adalah harus.
Islam meletakkan garis panduan supaya nama yang digunakan itu baik dan tidak menjadi perka-ra dibenci agama serta mengundang mudarat kepada anak pada kemudian hari.
Nama terbaik yang dianjurkan Islam ialah bercirikan pengabdian hamba kepada Tuhannya seperti Abdullah dan Abdul Rahman.
Selain itu, antara nama yang dianjurkan Islam ialah nama nabi seperti Adam, Nuh dan Ibrahim.
Seterusnya, nama orang soleh seperti sahabat dan sahabiyah Nabi SAW seperti Umar, Khalid, Huzaifah, Muaz, Khadijah dan Hafsah.
Selain itu, nama tabi’iy dan orang alim. Setiap anak mempunyai hak untuk mendapat nama yang baik supaya boleh menjadi doa kepada orang yang dinamakan itu serta membuatkan orang lain suka dan selesa dengan panggilan nama diberikan itu.
Apabila ingin memberikan nama anak, seseorang itu perlu melihat kepada fiqahnya seperti berikut:
(gambar sekadar hiasan)
Memilih nama yang mempunyai makna baik. Tidak semestinya nama nabi atau sahabat Rasulullah.
Usahakan untuk meletakkan nama yang mudah dan tidak terlalu panjang sehingga menyusahkan si pemilik nama dan orang yang memanggilnya.
Tidak menggunakan nama menyerupai ahli agama lain seperti Yuhana (disebut di dalam Kitab Ahkam Ahl al-Dhimmah), nama mensyirikkan Allah SWT seperti ‘Abdul ‘Uzza dan ‘Abd ‘Ali serta nama pelaku maksiat .
Tidak memilih nama bermakna buruk dan berbentuk penyucian (tazkiyah) dan cercaan seperti disebut oleh Imam Tabari yang dinukilkan oleh Ibn Hajar dalam Kitab Fath al-Bari.
Nama dalam bahasa Arab misalnya Fitnah (kacau-bilau/azab), Nahidah (montok buah dada) dan dalam bahasa Melayu seperti tempang, capang dan hitam.
Menurut Imam Nawawi dalam bukunya al-Majmu’, sunat mengubah nama yang buruk. Begitu juga menjauhi nama bersifat makruh seperti yang disandarkan dengan lafaz ‘al-Din’ dan ‘al-Islam’.
Bakar Abu Zayd menerusi kitab Tasmiyah alMawlud berkata, sebahagian besar ulama mengharamkan dan kebanyakan memakruhkan penggunaan nama seperti itu kerana boleh meragukan tujuan serta maksud sebenar.
Contohnya, seseorang dinamakan Nasir al-Din (pembela agama), tetapi ketika hayatnya dia seorang pendusta, maka nama itu tidak mencerminkan dirinya yang sebenar.
Ibu bapa wajib memikirkan tujuan nama itu diberikan kepada anak mereka supaya dapat menaruh harapan baik daripadanya selain menjadi doa, bukannya sekadar mencari glamor dan kelainan dalam masyarakat.
Penulis pensyarah Fakulti Bahasa dan Pendidikan Kolej Universiti Islam
Melaka (KUIM)
Suami Romantik Adalah Suami Yang Pandai Masak Untuk Si Isteri

Boleh dikatakan kebanyakkan wanita yang sudah berkahwin masih lagi berkerja. Antara salah satu sebab kerana ingin membantu kewangan keluarga.
Disebabkan bekerja, banyak masa isteri bukan sahaja dihabiskan di pejabat sebaliknya apabila pulang ke rumah isteri terpaksa menguruskan kerja rumah dan menguruskan anak. Seperti waktu rehat untuk isterinya hanya ketika tidur.
Bagaimanapun isteri tetap tabahkan hati tidak langsung merungut. Sebolehnya isteri mahu bekerja dan menjalankan tanggunjawab sebagai isteri dengan ikhlas.
Sebagai suami apabila sudah mempunyai isteri yang sanggup berkorban masa dan kepenatan, tidak salah suami turut sama membantu meringankan beban dan beri lebih kasih sayang kepada isteri.
Tidak susah untuk menggembirakan hati isteri bukan perlukan korban wang ringgit sebaliknya syaratnya hanya menjadi suami yang prihatin.
Air tangan suami juga mampu menghasilkan ‘magik’ kepada isteri. Antara perkara yang paling menggembirakan isteri apabila suami berkata ‘sayang tak perlu masak malam ini, biar abang masak untuk sayang dan anak-anak.”
Mendengar sahaja suami berkata begitu terasa hilang kepenatan melakukan kerja seharian. Tetapi, disebabkan tidak sampai hati isteri akan membantu menyiapkan bahan-bahan untuk suami.
Sebenarnya suami yang masak di dapur ini romantik orangnya. Suami romantik itu bukan hanya bagi bunga, beri hadiah mahal, mengeluarkan kata-kata romantik.
Sebaliknya lelaki yang rajin memasak untuk anak-anak dan isteri itu adalah seorang yang romantik. Hatinya sangat lembut dan penuh karisma dan dia tahu cara untuk menguruskan peralatan dapur dengan baik tanpa bantuan isteri.
Adalah lebih membahagiakan apabila suami tanpa segan menyuapkan isteri makan. Pahala menanti suami yang menyuapkan isteri yang penar dan lapar.
Selain itu, apabila isteri penat mengemas rumah, basuh baju, sidai baju apabila masuk ke dapur melihat suami ringan tulang membantu isteri membasuh pinggan pastinya isteri sangat gembira.
Isteri seronok sebenarnya mempunyai suami yang meringankan tugasan mereka dengan sama-sama membantu menguruskan rumah dan anak-anak.
Apapun, siapa pun suami kita jika isteri pandai memainkan peranan pasti suami akan menjadi lebih prihatin. Tidak salah jika suami tidak prihatin tapi isteri meminta tolong dengan suami membantu meringankan tugasan isteri.
Jika isteri mempunyai suami yang ringan tulang jangan lokek untuk meluahkan rasa cinta dan memuji suami. Biar suami tahu isteri menghargai apa yang telah dilakukannya untuk keluarga.
Dia Bukanlah Jodoh Kita Selagi Tiada Akad Yang Sah

Jodoh dan pertemuan itu semuanya di tangan Tuhan dan manusia hanyalah perancang di pentas dunia ini. Apabila kita berdoa dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, dengan izin Tuhan kita akan mendapat hidayah petunjuk.
Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia.
1. Gunakan Pancaindera
Bagaimana kita hendak mengetahui si dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta.
Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama.
2. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
Walaupun kita selalu bersamanya, tiada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasaingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
4. Terima Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.
Biarpun dia tahuyang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
5. Sentiasa Jujur
Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaanyang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
6. Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
7. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing.
Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
8. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
9. Tampilkan Kelemahan
Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
10. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.
Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.