Menurut satu kajian, wanita akan nampak lebih cantik sewaktu mereka sedang hangat bercinta. Tidak dapat dinafikan fakta itu dan ia berkemungkinan kerana masa bercinta ini banyak perkara indah-indah yang berlaku dalam hidup mereka.

Kebahagiaan akan jelas terpancar di wajah hingga membuatkan wajah mereka tampak begitu berseri sekali. Agaknya kenapa wajah mereka tampak lebih berseri daripada biasa ya? Kami kongsikan 5 sebab kenapa wanita nampak lebih cantik masa bercinta.

1. Rasa Lebih Teruja Untuk Menjaga Wajah

Pada masa ini, mereka lebih teruja untuk menjaga wajah kerana mahu sentiasa nampak cantik di mata kekasih mereka. Lagi pun, mereka ada banyak masa untuk menjaga wajah selagi belum bergelar isteri.

2. Mengambil Berat Tentang Penampilan Tubuh

Wanita pasti akan lebih menjaga tubuh badan pada waktu ini agar kekal ramping dan sihat. Selain diet, ada juga antara mereka yang mengambil jamu untuk kekal langsing. Selain itu, mereka juga mempunyai tidur yang cukup tanpa sebarang gangguan dan ia boleh mengelakkan mereka daripada menghadapi masalah obesiti.

3. Suka Amalkan Gaya Hidup Yang Sihat

Wanita ketika bercinta akan memberi tumpuan lebih pada bahagian tubuhnya. Semua perkara akan diambil kira termasuklah soal gaya hidup dan pemakanan. Ada juga yang sanggup menghabiskan masa dan duit untuk ke spa dan gym semata-mata mahu sentiasa cantik.

IKLAN

4. Kurang Tekanan

Hati yang gembira membuatkan mereka mengalami kurang tekanan. Biasalah bila bercinta kan, selalu tersenyum sendiri dan angau. Bila hati sentiasa gembira ditambah dengan keseronokan bercinta, tekanan pun menjadi kurang. Mereka juga ada cara yang tersendiri untuk menghiburkan hati jika stres seperti keluar menonton wayang dengan kekasih, shopping, makan-makan dan banyak lagi.

5. Bahagia Bila Disayangi & Dilindungi

Wanita yang sedang hangat bercinta juga akan tampak lebih cantik disebabkan terasa diri disayangi dan dilindungi. Apatah lagi jika teman lelaki mengambil berat, lagilah bertambah bahagia.

Kenapa Wanita Bercinta Berbeza Selepas Berkahwin?

– Faktor Pemakanan

Sewaktu bercinta, wanita akan menjaga pemakanan kerana mahu sentiasa tampil langsing dan menarik. Selepas kahwin, mereka tiada masa untuk memikirkan makanan yang tinggi kolesterol atau tidak apatah lagi jika sibuk menguruskan anak-anak. Sebab itu wanita lebih mudah alami obesiti selepas kahwin.

IKLAN

– Kepenatan Akibat Uruskan Rumah Tangga

Penat menguruskan anak-anak dan rumah tangga juga menjadi salah satu faktor mengapa wanita nampak lebih cantik masa bercinta berbanding sewaktu berkahwin. Apatah lagi jika memiliki anak yang lasak. Mesti penat dan pening kepala untuk menguruskannya. Bila penat, waktu makan pun dah lari dan tidak mengikut jadual.

– Tekanan Perasaan

Bagi wanita yang berkahwin dan bekerjaya, tekanan di tempat kerja turut memainkan peranan dalam kehidupan mereka. Sudahlah penat di tempat kerja, bila balik rumah terpaksa berhadapan dengan kerenah anak dan lebih teruk lagi jika ada pergolakan dalam rumah tangga yang dibina.

IKLAN

Jangan Salahkan Wanita Bila Penampilan Mereka Berbeza Selepas Kahwin

Jelas disini perbezaan di antara wanita sewaktu bercinta dan selepas berkahwin. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh keadaan semasa yang sedang dilaluinya. Sewaktu bercinta, wanita ada lebih masa untuk diri sendiri. Boleh fokus pada diri untuk menjaga penampilan diri dan keluar bersama rakan-rakan.

Berbeza selepas kahwin. Masa anda lebih tertumpu pada rumah tangga dan anak-anak. Kadangkala nak dapat tidur yang cukup pun payah. Kesan daripada tidak cukup tidur ini boleh menyebabkan peningkatan hormon dalam badan yang menyebabkan rupa mereka tampak lebih berusia daripada umur sebenar.

Buat para suami di luar sana, hargailah isteri anda. Mereka bukan tidak cantik tetapi mereka lebih mementingkan anda dan anak-anak di rumah. Sekali-sekala, bantulah mereka di rumah dan beri sedikit masa untuk mereka berehat. Tak mustahil mereka akan tampil cantik seperti dahulu.

Sumber: bidadari.my