Kehamilan merupakan momen yang paling indah buat seorang wanita apabila dirinya disahkan telah berbadan dua. Apatah lagi melihat perubahan bentuk badan, pergerakan kecil si bayi dan pengalaman berdepan dengan ‘morning sickness’ yang mungkin teruk bagi sesetengah wanita.
Pastinya setiap pasangan mengharapkan bayi yang dilahirkan kelak dalam keadaan sihat serta cukup sifat fizikal dan mental.
Penjagaan dan pemakanan yang sempurna perlu diamalkan ketika awal kehamilan lagi supaya kesihatan bayi terjamin.
Selain asid folik penting kepada si ibu supaya anak mendapat zat yang cukup, pengambilan susu juga perlu diutamakan kerana wanita hamil memerlukan kalsium yang tinggi. Bayi akan mendapat kadar kalsium yang baik ketika di dalam kandungan. Ini dibuktikan dengan satu kajian yang menyatakan si ibu memerlukan antara 1000 ke 1300 mg kalsium setiap hari. Khasiat susu ini dapat memberi perlindungan dan memperbaiki kulit, hati, mata, otot dan jantung si comel.
Dr Zubaidi Hj Ahmad kongsi di Facebooknya wanita yang bersedia dan berusaha untuk hamil, terus amalkan minum susu segar dan sesekali ambillah yogurt segar atau minuman yogurt.
Ads
MINUMLAH SUSU SBG PERSEDIAAN UNTUK HAMIL
Ramai dari wanita yang saya jumpa tidak suka minum susu. Tetapi terpaksalah minum untuk kesihatan anak dalam kandungan, apabila mereka hamil.
Sudahlah tak suka minum susu, banyak pula jenama di pasaran. Tidak tahu mana yang terbaik.
Semasa wanita merancang untuk hamil ataupun menyusu, penting untuk mereka memenuhi keperluan khasiat yang diperlukan kedua dua ibu dan anak dalam kandungan .
Badan kita memerlukan pelbagai nutrien penting seperti asid folik / folat, dha, asid lemak omega 3, prebiotik, kalsium dan Besi, untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi kita.
Ads
Sebagai ibu, penting untuk kita membekalkan nutrien penting ini kepada diri sendiri dan bayi pada peringkat ini.
Namun saya mencadangkan agar minum susu yang segar kerana ia tidak mengandungi gula yang ditambah sepanjang 3 trimester kehamilan.
Susu segar juga kaya dengan kandungan asid folik yang berfungsi menyokong pertumbuhan dan perkembangan janin. Ini akan
mengurangkan risiko kecacatan semasa lahir.
Selain itu susu segar mengandungi kalsium tinggi, zat besi dan vitamin C dan E yang mempunyai manfaat penting untuk pertumbuhan mental anak yang akan dilahirkan.
Ads
Susu segar adalah terbaik untuk ibu hamil yang mengalami anemia kerana membekalkan zat besi, vitamin B complex & vitamin C yang cukup untuk penghadaman & pembentukan sel darah merah yang sihat.
Sesekali elok mengambil yogurt segar atau minuman yogurt kerana ini mengandungi nutrien Prebiotik yang boleh membantu menjaga kesihatan sistem pencernaan & mengurangkan sembelit yang jika dibiarkan menyebabkan buasir.
Jadi bagi wanita yang bersedia dan berusaha untuk hamil, terus amalkan minum susu segar dan sesekali ambillah yogurt segar atau minuman yogurt. Seorang wanita tidak mengetahui bila dia telah hamil, kecuali selepas melakukan ujian UPT dan ultrasound setelah 6-8 minggu kehamilan.
***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekarang ni dah senang tau. Sebab ibu bapa kini boleh buka atau tambah akaun SSPN secara online tanpa melalui mana-mana kaunter PTPTN atau cawangan bank. Lebih mudah, cepat dan selamat!
CARA BUKA AKAUN SSPN ONLINE
Di sini dikongsikan cara buka akaun SSPN secara online langkah demi langkah.
1. Pilih Produk SSPN
Layari bit.ly/BukaDanTambahAkaunSSPN
Pilih sama ada anda ingin memilih akaun SSPN-i atau SSPN-i Plus. (*Perbezaan antara kedua-dua jenis akaun SSPN ini akan dijelaskan di bawah.)
2. Isi Maklumat
Isi maklumat yang diperlukan dalam borang yang disediakan.
3. Persetujuan Terma Syarat
Fahami terma dan syarat yang ditetapkan.
4. Masukkan Minima Deposit
Masukkan minima deposit ke dalam akaun tersebut. (Untuk SSPNi penambahan minimum RM20 tanpa komitmen manakala untuk SSPNi Plus mengikut pakej serendah RM30 sebulan)
5. Siap!
Lepas dah ada akaun ni, ibu ayah dah boleh buat penambahan deposit, pengeluaran deposit, semakan penyata atau penyata pelepasan cukai secara online pada bila-bila masa je.
Mudah kan?
KELEBIHAN SSPN UNTUK ANAK
Bagi yang kurang pasti nak memilih akaun SSPN yang mana untuk anak, bolehlah baca lebih lanjut di bawah tentang kelebihan kedua-dua produk ini.
1. SSPN-I
SSPN-i merupakan satu instrumen simpanan tanpa komitmen bulanan yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i adalah berlandaskan syariah menggunakan konsep ‘Wakalah Bil Istithmar’ bermaksud ‘mewakilkan untuk tujuan pelaburan.
Antara kelebihan SSPN-i adalah:
Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa hingga RM8,000.00 setahun bagi akaun yang dibuka atas nama anak / anak angkat yang sah sebagai penerima manfaat;
Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas;
Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan;
Pemberian geran sepadan kerana memasuki institusi pendidikan tinggi (IPT) sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga yang layak bagi akaun yang dibuka atas nama anak sebagai penerima manfaat;
Simpanan dijamin oleh kerajaan;
Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN;
2. SSPN-I PLUS
SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi.
SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan bayaran sumbangan takaful yang murah dan perlindungan yang komprehensif.
SSPN-i Plus mengguna pakai konsep simpanan dengan komitmen bulanan dan jumlah simpanan dan bayaran sumbangan takaful adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.
SSPN-i Plus mempunyai pelbagai keistimewaan iaitu:
Patuh syariah.
Pelepasan taksiran cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM15,000.00 setahun.
Komitmen serendah RM 30.00 sebulan.
Manfaat bagi kematian/ keilatan kekal( kemalangan) sehingga RM1,000,000.00.
Tiada pemeriksaan kesihatan.
Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.
Khairat kematian termasuk pasangan dan maksimum 3 orang anak.
Manfaat takaful bagi 36 penyakit kritikal.
Elaun kemasukan hospital sehingga RM200 sehari.
Layak memohon pinjaman PTPTN.
Perlindungan 24 jam di seluruh dunia.
Simpanan dijamin kerajaan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila sudah berumah tangga, bab nafkah kena jaga. Jangan sampai suami culas dan tak tunaikan pada isteri. Bua diam dan akhirnya jadi ‘barah’ dalam hubungan.
Nak-nak kalau anda baru sahaja kahwin, jemput renungkan perkongsian Firdaus Shakirin ini, mungkin anda boleh baiki hubungan suami isteri.
Nafkah Kalau Suami Culas Dan Tak Tunaikan
Suami kena menafkahi isteri, suami kena bertanggungjawab ke atas keluarganya, suami kena menyediakan makan minum pakai, keperluan rumah, tempat tidur isteri dan anak-anak. Itu ketetapan mengikut agama.
Tapi yang sedihnya, ada isteri yang tak dapat pun nafkah. Ada isteri yang nak dapat 50 pun susah. Ada isteri yang beli serba serbi dengan duit sendiri.
Bukannya suami tak tahu itu kewajipan suami. Tapi suami memilih untuk bersikap culas, memilih untuk tak tunai. Memilih untuk isteri tu pandai-pandai sendiri cari jalan nak hidup dengannya.
Nafkah, kalau tak tunai, ianya jadi hutang..
Satu Kewajipan, Jangan Main-main
Bukan percuma lepas macam itu sahaja nanti. Lagi lama kita tak menafkahi isteri mengikut apa yang agama suruh, lagi banyak kita berhutang dengan isteri sendiri.
Jangan ada mindset, “Ala, kita hutang dengan isteri sendiri, nanti isteri halalkan”. Kalau dia tak halalkan? Kalau dia tetap nak tuntut? Kita boleh kira berapa banyak jumlah hutang kita dengan dia sejak dari tahun, bulan, minggu, dan hari yang kita tak menafkahi dia?
Hati-hati bab nafkah, kalau namanya kewajipan, kau tak buat, maka dosa. Sudah diingatkan, dah dinasihatkan, sudah ditegur berkali-kali oleh si isteri, masih juga tak nak menafkahi, maka kumpul lah hutang dan dosa tu selagi tak tunaikan.
Renung-renungkan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kanser pangkal rahim ini mempunyai tahap (level) untuk dikesan bahawa penyakit itu sudah mencapai tahap yang keberapa. Masih baik stabil atau sudah kritikal. Bahaya! Semua wanita perlu ambil tahu hal ini.
Kadang-kala ramai remaja sekarang yang mempunyai penyakit dan mudah allergic. Kebanyakan sabun tidak sesuai. Bakteria mudah membiak dan mengakibatkan vagina seseorang itu menjadi gatal-gatal. Jadi ubati segera agar tidak mencapai tahap sehingga boleh mendapat penyakit yang tidak sepatutnya.
Berbanding dengan kanser organ reproduktif wanita yang lain, wanita yang menghidap kanser pangkal rahim sering dapat mengesan penyakit mereka pada peringkat awal. Ini disebabkan pangkal rahim terletak di dalam faraj [vagina] yang apabila berlaku penyakit kanser, perdarahan yang berlaku boleh dikesan hampir serta merta.
Di kebanyakan negara-negara maju, hampir 75% daripada wanita-wanita yang dikesan menghidap penyakit kanser pangkal rahim dapat dikesan pada peringkat awal.
Terdapat dua jenis utama barah pangkal rahim iaitu
Squamous cell carcinoma
Squamous cell carcinoma adalah barah pangkal rahim sering berlaku. Ianya bermula dari dalam sel skuamus atau kulit seperti sel di pangkal rahim.
Adenocarcinoma.
Adenocarcinoma adalah jenis barah pangkal rahim yang jarang berlaku; ia bermula dari dalam sel glandular. Selain itu, barah pangkal rahim boleh dibahagikan kepada microinvasive atau invasive.
Walau bagaimanapun , di negara kita peratusan ini adalah lebih rendah disebabkan oleh sikap dan pengetahuan masyarakat kita yang masih rendah. Apa yang paling penting adalah, wanita-wanita tersebut perlu segera mendapatkan pemeriksaan lanjut dari Pakar Sakitpuan jika sekiranya terdapat tanda-tanda yang mungkin berkaitan dengan kanser pangkal rahim.
Kebanyakan wanita yang menghidap kanser pangkal rahim mengalami salah satu ataupun kombinasi gejala-gejala berikut:
Perdarahan selepas hubungan intim (“postcoital bleeding“)
Keluar lendir berdarah dari kemaluan.
Perdarahan di pertengahan kitaran haid.
Perdarahan dari kemaluan setelah disahkan putus haid.
Hilang selera makan
Turun berat badan yang mendadak
Di antara faktor-faktor yang menjadikan seseorang wanita itu boleh menghidap kanser pangkal rahim adalah:
Hubungan intim pada usia muda
Jangkitan virus HPV berisiko tinggi
Merokok
Wanita dari golongan susah ataupun miskin.
Keadaan yang menyebabkan sistem pertahanan badan menjadi rendah seperti penyakit AIDs, pesakit yang menjalanipemindahan buah pinggang dan lain-lain.
Wanita yang mempunyai pasangan yang ramai.
Wanita-wanita yang tidak menjalani ujian pap smear bolehdikategorikan sebagai golongan yang berisiko mengidap kanser pangkal rahim sebab kajian telah menunjukkan bahawa ujian pap smear boleh mencegah kanser pangkal rahim.
Kaedah Rawatan Kanser Pangkal Rahim
Terdapat 3 jenis rawatan yang boleh diberikan kepada wanita-wanita yang mengidap kanser pangkal rahim. Tiga jenis rawatan utama tersebut adalah :
a. Pembedahan
b. Rawatan Radioterapi
c. Rawatan Kemoterapi
Sumber : islamituindah
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!