Tinggal di kuarters syarikat atau kerajaan bukanlah penghalang untuk menghias kediaman sebaik mungkin untuk keselesaan keluarga. Kalau dah minat, mesti boleh deko walau dengan cara yang simple.
Bak kata pepatah nak seribu daya tak nak seribu dalih. Pokok pangkalnya terletak pada individu itu sendiri.
Ini dibuktikan oleh wanita ini yang mendiami kuarters polis empat bilik di Pulau Pinang. Kediaman ini dihias sebaik mungkin persis rumah sendiri. Dekorasinya simple dan menarik dengan penggunaan perabot yang minimal dan ringkas reka bentuknya.
Pemilik memilih tema putih yang mendominasi keseluruhan kediaman yang membuatkan ruang kelihatan luas dan lapang.
Memandangkan penghuni kediaman kuarters bila-bila masa boleh berpindah mengikut arahan pengurusan maka pemilihan perabot yang ringkas, kecil dan ringan adalah pilihan bijak. Ini kerana proses pemindahan akan lebih mudah dan cepat. Pemilik juga memilih set meja makan yang sesuai dengan dekorasi kediaman. Secara keseluruhan dekorasi kuarters ini walaupun ringkas tetapi menarik dan begitu selesa buat wanita ini sekeluarga.
Ads
Tip dekorasi putih ala Scandinavian
Perabot kebiasaannya ringkas, kecil, ringan dan berpotongan minimalis.
Elakkan perabot berkerawang, bulky dan terlalu menonjol.
Ads
Gunakan fabrik polos dan bercorak ringkas. Less is more.
Anda boleh gabungkan dengan pemilihan lampu berpotongan ringkas. Elakkan chandelier seperti di hotel 5 bintang.
Hiasan dinding juga mampu menyerlahkan lagi dekorasi, piluh yang ringkas, abstrak atau corak geometri.
Ads
Boleh juga andai ingin menggabungkan elemen kayu, cermin dan besi.
Kombinasi warna putih dan warna-warna pastel sangat digalakkan.
Kredit : Nur Hayyum Idris via Kelab Kaki D.I.Y
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernahkah anda membayangkan dalam fikiran bahawa makanan yang diambil setiap hari mungkin mengandungi bahan toksik? Arsenik ditemui dalam produk bijirin penuh, sayur-sayuran dan buah-buahan, makanan laut terutamanya beras.
Arsenik ialah sejenis unsur kimia dengan simbol As, nombor atom 33 dan jisim atom relatif 74.92. Unsur metaloid ini digunakan untuk membuat racun perosak, ubat sapu, peranti elektronik dan sebagainya.
Kesan toksik arsenik biasanya muncul apabila tubuh terdedah kepada racun ini dalam dos yang tinggi. Dalam jangka pendek atau panjang, pendedahan kepada arsenik boleh menyebabkan masalah kesihatan.
Berikut perkongsian bermanfaat daripada Dr Mazliana Mazlan tentang teknik memasak nasi bagi mengurangkan kandungan arsenik di dalam nasi yang kita makan. Semoga bermanfaat untuk semua.
Saya masak nasi dengan kaedah kukusan, untuk kurangkan kandungan arsenik dalam nasi. Arsenik ini sejenis elemen semulajadi yang ada pada air, tanah, udara, haiwan dan tumbuhan. Ada jugak arsenik buatan yang digunakan dalam racun serangga untuk tanaman.
Dalam beras, hampir 10 hingga 20 kali lebih banyak arsenik berbanding bijirin lain sebab beras terendam dalam sawah padi, sentiasa bertakung dengan air. Ada juga yang disembur dengan racun serangga dari arsenik buatan.
Menurut WHO, jika kita terdedah dengan arsenik dalam tempoh yang lama, ia boleh menyumbang kepada penyakit jantung, kencing manis, pertumbuhan terbantut, kanser dan juga masalah neurologi. Antara simptom lain, sakit perut, sakit kepala dan cirit-birit.
Kita makan nasi hari-hari. Kalau cara pemilihan, pengendalian beras dan cara memasak yang betul kita amalkan, insyaAllah dapat kurangkan kandungan arsenik dalam nasi untuk keluarga kita makan.
Setiap jenis beras ada kandungan arsenik yang berbeza. Padi yang ditanam di kaki bukit contohnya padi beras basmati, kandungan arsenik nya kurang berbanding padi di sawah yang ada takungan air. Sebab air membanjiri padi setiap masa di sawah, maka kandungan arsenik makin tinggi.
Dikongsikan cara kendalikan beras supaya kandungan arsenik berkurang dalam nasi yang kita dan keluarga makan di rumah.
1. Basuh beras sampai air basuhan jernih – Basuh, basuh dan basuh sampai jernih. Sambil selawat, tak sedar pun dah 4 5 kali basuh. – Arsenik ni larut air, makanya lagi banyak ia tersingkir jika kita basuh berkali-kali. – Nutrisi memang akan hilang sedikit bila kita basuh beras banyak kali, tapi singkir arsenik lebih penting untuk kita utamakan.
2. Rendam beras – Rendam beras semalaman mampu kurangkan kandungan arsenik lebih banyak berbanding hanya dibasuh berkali-kali. – Boleh rendam malam sebelumnya, dan kurangkan portion air waktu masak nasi esoknya.
3. Lebihkan air sewaktu memasak – Gaya yang kebanyakan atuk nenek kita dulu-dulu tanak nasi. Mereka lebihkan air waktu tanak nasi, bila nasi dah hampir nak masak, buang air yang berlebihan, dan masak macam biasa. – Kajian menyatakan jika kita masak dengan porsi beras dan air sebanyak 1:5, kandungan arsenik dapat berkurang sampai 50peratus tau. – Guna air yang banyak masa masak nasi, dan kita buang air larutan arsenik tersebut.
4. Rendam beras, basuh berkali-kali dan lebihkan air sewaktu memasak – Buat ketiga-tiga step yang saya kongsi di atas tadi. – Ini cara paling terbaik untuk kurangkan kandungan arsenik hingga mencecah 80 peratus.
Dalam gambar langkah demi langkah, ini cara saya memasak nasi setiap hari, untuk kurangkan kandungan arsenik sebanyak mungkin. Anda boleh tengok betapa keruhnya air kanji dan arsenik selepas nasi dimasak.
Nasi 300 gram saya masak dalam tempat pengukus. Saya panggil simmering basket.Tiada kerak langung walaupun masak nasi 1 genggam je.Mula saya masukkan beras dalam simmering basket. Jadikan penapis untuk basuh.Air basuhan kali pertama, keruh tak nampak langsung butir beras kan.Yang ini kali kelima. Basuh sampai jernih macam ni.Kemudian masukkan dalam periuk. Saya guna Thermomix.Masukkan air sampai melebihi paras beras.Saya masak 18 minit, dengan suhu tetap 100 darjah, dan kitaran air dengan kelajuan 3.5 di bawah bekas kukusan simmering basket.Nasi dah masak. Cantik seroi elok je.Saya angkat bekas pengukus dengan spatula. Ada tempat boleh cakukkan spatula pada bekas pengukus tu, so tak panas saya nak pegang.Ini dia lebihan air yang ada arsenik dan kanji. Boleh buang atau letak balik pada tanah sebab asalnya pun dari tanah kan.
Dengan cara masak macam ini juga, kanji dari nasi akan keluar bersama-sama melalui air. Nasi kita akan kurang kanji dan akan rendah Glycemic Index (GI).
Tak semestinya perlu buat semua. Kalau dapat buat satu je pun, cukup syukur dah kan. Kadang-kadang tak sempat rendam beras, berkejar nak masak. Takpe, basuh je sampai air jadi jernih pun dah dapat kurangkan sedikit kandungan arsenik.
Yang penting kita ada usaha untuk masak nasi yang terbaik buat keluarga. Sama-sama kita cuba ya, InsyaAllah.
Bekas penyanyi dan aktivis, Mizz Nina selamat bernikah dengan penyanyi rap berdarah kacukan Maghribi-Amerika Syarikat, Essam Muhammad.
Difahamkan majlis pernikahan pasangan itu diadakan secara tertutup di luar negara dan hanya dihadiri kaum keluarga serta teman rapat.
Mizz Nina Selamat Bernikah
“Saya sudah bernikah pada suku kedua tahun 2023 dengan suami tercinta, Essam Muhammad dalam satu majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan teman rapat.
“Allah SWT sebaik-baik perancang dan telah mengatur perjalanan kami dengan cantik sekali. Alhamdulillah dengan restu daripada kedua ibu bapa, kami kini melengkapi kehidupan masing-masing.
Kenali Essam Muhammad
Essam adalah seorang penyanyi rap dan penulis lirik melancarkan kariernya pada 2016 dengan melancarkan video berjudul West Is My Home.
Sejak itu Essam banyak menerima udangan mengadakan persembahan di seluruh dunia berkongsi perjalanan hidup dan sisi kreatifnya di negara seperti Afrika Selatan, United Kingdom, Switzland dan Malaysia.
Tidak hanya itu, Essam turut aktif dalam aktiviti komuniti di Seattle dengan membantu mencipta ruang untuk penyajak muda berkongsi idea dan hasil kerja mereka.
Penyanyi itu juga dilihat banyak mengetengahkan unsur-unsur dakwah dalam lagu selain sering diundang berkongsi pengalaman dan inspirasinya dengan komuniti Islam di serata dunia.
Banyak mengetengahkan isu-isu kemasyarakatan dan semasa dalgu-lagu ciptaannya, Essam pernah melancarkan dua buah album iaitu 12.12 dan Chapter20six yang turut mendapat sentuhan penerbit Petty Po pada 2020.
Minatnya dalam muzik rap dan hip hop bermula sejak dia berusian 9 tahun apabila banyak dideahkan dengan genre tersebut.
Dilahirkan sebagai seorang Muslim, Islam tidak hanya menjadi sebahagian dalam seni yang dibawa tetapi ia menggerakkannya untuk mencipta dan menjadi siapa dirinya hari ini.
“Kepercayaan saya membuatkan saya merendah diri dalam semua perkara saya lakukan. Agama adalah tujuan hidup saya,” katanya menerusi temu bual bersama Sounth Seattle Emerald.
Sementara itu, Essam bukan sahaja seorang penyanyi rap, malah dia turut berjinak-jinak sebagai seorang pelakon menerusi filem berjudul Purple Don’t Cry.
Nina atau Shazrina Azman, 43, memberitahu teruja dikurniakan seorang suami yang berkongsi matlamat dalam usaha dakwah dilakukan.
“Allah menulis episod baru dalam hidup kami dengan cukup indah.
“Kami bersama-sama menjalankan dakwah, kami berkongsi matlamat sama dan teruja dengan perjalanan hidup baru kami ini,” ujarnya.
Nina juga memaklumkan akan mengadakan majlis resepsi di Kuala Lumpur dalam masa terdekat secara tertutup.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cukup bahagia melihat pelakon, Beto Kusyairy bersama isterinya, meraikan ulang tahun perkahwinan yang ke-16 tahun baru-baru ini berdua di Pulau Tuba.
Menurut Beto menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, dia dan isteri tidak meraikan anniversary mereka kerana genap setahun bapa mentuanya telah meninggal dunia pada sehari sebelum ulangtahun perkahwinan mereka.
Beto Kusyairy Kongsi Tip Bahagia
“16 tahun bersama cuma tahun ini kami tak meraikan dek genap setahun kembalinya Papa ke tanah abadi sehari sebelum ulangtahun perkahwinan kami.”-kapsyen Beto di TikTok
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan sikap Beto sebagai seorang suami yang sangat setia, serta ada yang sempat bertanyakan kepada pelakon ini petua untuk kekal bahagia dalam rumah tangga.
“Tips kekal bahagia sampai ke hari ini. Please..”
“Aku tak tahu kenapa, Terasa bahagia. Walaupun berdua. Semoga ada rezekinya ya.”
“Muka mirip, alhamdulillah.”
“Ya Allah, rahmatilah kedua suami isteri ini. Kurniakan mereka dunia dan akhirat. Aamin.”
“Beruntungnya si isteri dapat yang macam ni. Dan beruntung jugak si suami dapat isteri macam ni.”
“Tapi Siapalah Saya Untuk Menasihati..”
Beto dilihat membalas salah satu komen netizen berkenaan dengan menyatakan bahawa petua dirinya untuk kekal bahagia bersama isteri adalah mencipta kebahagiaan, bukannya mencari.
“Cipta..Bukan mencari. Tapi siapalah saya untuk menasihati.”-balas Beto Kusyairy
Sekadar info, Beto Kusyairy mendirikan rumah tangga bersama isteri tersayang, Tisha Sahar pada Februari 2008. Namun pasangan ini masih belum dikurniakan rezeki untuk memiliki cahaya mata.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!