Dulu-dulu, mak ayah selalu pesan, kalau ada barang baru, jangan tunjuk depan kawan, nanti kawan sedih nak beli dan mungkin mak ayahnya tak mampu. Kalau makanan ada sedikit, jangan makan depan kawan nanti dia terliur.

Masa kini, semua berubah. Apa saja semua ditunjukkan di media sosial. Sebelum makan, upload gambar,dapat komisen, elaun or gaji lebih, upload gambar cek, slip gaji, slip bank, Tapi realitinya tanpa kita sedar dan mungkin kita tak ambil peduli ada antara yang lihat gambar dengan perasaan dengki. Ini lebih bahaya buat isteri-isteri di luar sana.

Baca perkongsian Amir Syahir ini.

Kadang kala sedih aku tengok isteri orang up gambar muka ke, gambar bentuk badan dekat laman sosial ni.

Ada tu post gambar muka dengan senyuman manja. Dengan caption;

“Nak pergi pasar ni. Jom sapa nak ikut”.

Semakin banyak jumlah Like dia dapat, semakin gembiralah dia. Pastu banyak lah lelaki duk komen gambar dia tu;

“Jomm jommm saya teman. Cantiknyaaa dia. Ada wajah keibuan.”

IKLAN

“Wahh cantik dan comelnya awak. Jom si cantik kesayanganku.”

“Jom naik kereta saya lepastu kita pergi makan-makan.”

Ada perempuan suka dipuji. Dah kahwin pun tak berubah lagi perangai. Makin dipuji, makin kerap upload gambar.

Apa perasaan kau sebagai suami bila lelaki-lelaki di luar sana puji isteri kau macam tu? Selalunya orang cakap isteri yang suka up gambar-gambar macam tu mungkin sebab kekurangan kasih sayang seorang suami.

Dalam sehari ada la dua tiga keping upload gambar muka dia. Lebih power namampos up gambar baju ketat la. Baju sendat la. Pakai legging la.

IKLAN

Ada juga suami yang upload gambar isteri yang tak tutup aurat masa bersama keluarga, mandi kat pantai, family day, atau bercuti kat mana-mana. Sedangkan kat luar isteri dia jenis bertudung. Tapi kena ingat, aurat tu bukan sekadar bertudung je ye.

***

Kalau ada bukan mahram komen macam tu, sepatutnya kau delete la gambar tu. Bukan patut gembira dapat pujian macam tu. Jaga sikit maruah diri sebagai isteri orang dan maruah suami.

Sebenarnya, tak perlu dah nak upload gambar yang boleh menarik perhatian bukan mahram ni. Suami sendiri dah ada. Suami kau mungkin tak tahu sebab dia takde ataupun tak layan laman sosial ni.

Kalau gatal sangat rasa nak ambil gambar senyuman menggoda kau tu, guna je telefon suami. Kalau suami kerja, send je la gambar tu kat dia. Biar dia je tengok. Tapayana upload dekat laman sosial.

IKLAN

Suami pula kena layankan jugak isteri macam tu. Sebab kau tak layan isteri la, isteri kau up gambar kat media sosial. Nak tarik perhatian orang ramai bagai.

***

Kalau nak update status nak pergi pasar malam, up la gambar kereta ke, motor ke. Takde kaitan pulak gambar muka dengan caption nak pergi pasar malam. Kakakaka.

Yang belum isteri orang pun tak perlu kot nak up gambar muka seketul kat media sosial tu setiap hari. Rugi bakal suami nanti sebab semua kecantikan dah dilihat orang.

Aku nasihat je. Kalau kau tak buat tak payah nak sentap. Kalau ada terbuat, bolehla berubah. Manusia tak sempurna. Sama-sama kita saling beringat. Kah!

[ASY]

#AmirSyahir
#TazkirahJumaatASY

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI