Bagi wanita, darah haid dan nifas adalah proses fisiologi yang perlu dilalui oleh wanita setiap bulan. Ia adalah fitrah seorang wanita dan ketentuan yang telah ditetapkan. Memang apabila setiap kali haid wanita akan ‘bercuti’ daripada melakukan ibadat seperti solat.
Namun, mungkin hati terasa kosong tanpa pengisian jiwa rohani dan jasmani. Buat wanita yang masih was-was untuk melakukan ibadat walaupun sedang ‘bercuti’, anda masih boleh melakukan amalan-amalan ini. Semoga ia memberi manfaat kepada anda!
#1 Mendengar Bacaan Al-Qur’an
Oleh kerana wanita yang sedang haid tidak boleh membaca Al-Quran, gantikan bacaan al-Quran yang dipasang di radio atau pemain mp3.
#2 Membaca Tafsir Al-Qur’an
Kaji dan cuba fahami isi Al-Quran melalui terjemahannya
#3 Mengulang Hafalan
Ads
Sekiranya ada surah-surah dari Al-Quran yang sudah dihafal, anda boleh menggunakan masa ini untuk mengulang hafalan anda.
#4 Berzikir
Basahkan lidah dengan zikir seperti bertahlil, bertahmid, bertasbih dan sebagainya.
#5 Membaca Al-Mathurat
Ads
Baca Al-Ma’thurat dengan niat untuk berzikir.
#6 Berselawat
Rajinkan berselawat kepada Nabi.
#7 Bertaubat
Ads
Gunakan masa ini untuk memperbanyakkan istighfar, memohon keampunan dari Allah.
Sesungguhnya tanggungjawab pasangan yang dah mendirikan rumah tangga amatlah besar. Si lelaki memikul tanggungjawab sebagai suami untuk menyara keluarga, kerja siang malam tanpa mengira penat. Manakala si isteri pula meringankan bebab si suami dengan menjaga anak, jaga kebajikan suami dan ada juga yang bekerja untuk menampung perbelanjaan keluarga.
Tapi, dalam kesibukan hal masing-masing ada juga pasangan yang masih terlepas pandang dengan peranan masing. Bukan si isteri tak percaya dengan suaminya tetapi kerana mahu tahu update harian suaminya itulah yang membuatkan si isteri sering kali check handphone pasangannya.
TIPS 1: ELAK ISTERI CHECK WHATSAPP
Didalam hidup berumah tangga. Hari2 merupakan perjuangan bagi suami isteri untuk maju ke depan tanpa ada dua2 pihak cedera ringan atau cedera parah dari segi fizikal atau mental.
Isteri check henset bila whatsapp masuk adalah benda common sekarang ni. Dah cakap tu benda privasi kita, tapi dia nak gak check. Siap tolong balaskan lagi. Takkan nak gaduh baru benda ni settle. Dah gaduh pun tak semestinya bini tak buat lagi ye dok. Di sini ingin saya kongsikan cara saya menangkis hobi isteri saya yang suka check henset bila ada whatsapp masuk:
Fasa 1: Minta isteri balaskan chat whatsapp
Memandangkan hobi isteri suka sangat check hp saya tiap kali whatsapp masuk, Saya biarkan je walaupun dah banyak kali larang dia. Benda ni tak boleh biar. So kena fight back. First step adalah biarkan dan cakap kat isteri yang korang malas nak taip. Mintak isteri tolong balaskan berdasarkan apa yang korang sebut. Elok start masa korang driving. Isteri korang pun mesti suka punya. Senyum je dia. Tgk la nanti hahaha
Fasa 2: Reply tahap karangan
Bila dah sebulan dua dia tolong replykan dan dia dah start mcm malas2 je nak reply. Start buat ayat reply yang tahap karangan punya panjang. Masa ni otot2 jari isteri korang akan diuji. Kalau masih tegar lagi. Pegilah ke step 3
Fasa 3: Jargon
Ayat yang jarang orang guna dan susah nak sebut orang putih panggil jargon. Guna ayat ni banyak2. Kalau korang akauntan ke, engineer ke, technician ke, lawyer ke.. Mesti ada ayat yang pelik2 mcm ni. Minta bini reply guna ayat ni. Masa tu dia akan rasa susah sikit. Kalau tak jalan gak, sila ke fasa seterusnya.
Fasa 4: Ayat berbunga bunga dengan ayat geli
Fasa ni la dimana isteri saya tewas. Sebab terlalu berbunga bunga siap ada pantun bagai, isteri saya geli nak taip whatsapp saya dah. Bukak pun dah malas sebab tak sanggup baca. Masa ni korang kena sungguh2 suruh isteri korang taip. Sila cakap yang korang suka isteri korang taip. Fasa ni la dimana saya terselamat dari hobi isteri saya tanpa penah gaduh sekali pun.
Lepas dah terselamat tu. Sila tukar password henpon korang. Kalau korang nak tahu, android punya henset boleh terima sehingga 16 huruf password. Sila tuka password anda seperti contoh2 berikut:
Fungsi korang buat mcm ni adalah untuk buat isteri korang bertanya. Dia mesti ngamuk punya bila korang letak password mcm tu. Masa tu korang cakap “eh ingatkan ayang malas nak taip dah”. Pastu korang tuka password lain yang sedap dia dengar. Cayalah success rate dia tinggi.
Sila jangan salah guna cara ni untuk cari perempuan lain. Cara ni cuma untuk laki yang tak nak kawin lain tapi nak hidup dengan aman. Saya harap panduan saya boleh membantu聽:)
OE..
Admin. Ni bukan setakat tips. Ni kisah saya sendiri.
Soalan: Apakah suami akan mendapat pahala apabila isteri bersedekah dengan duit yang diberi oleh suaminya?
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Sedekah merupakan satu perkara yang amat dituntut di dalam Islam apabila seseorang itu memiliki wang yang berlebihan. Tambahan pula, ganjaran atau pahala bersedekah ini amatlah besar sehinggakan ia disebut di dalam al-Qur’an:
Maksudnya: “Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai. Pada tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaan-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”
Sebahagian para ahli tafsir mengatakan ayat ini diturunkan pada menyatakan hebatnya sedekah yang dilakukan oleh dua orang sahabat Nabi SAW yang agung iaitu Abd al-Rahman bin Auf dan Uthman bin Affan. Akan tetapi, ayat ini juga termasuk sesiapa sahaja yang mengikuti jejak langkah dua orang sahabat Nabi SAW ini pada menggunakan hartanya di jalan Allah SWT. [Lihat: Tafsir al-Wasith, 602/1]
Ayat ini juga jelas menunjukkan akan kelebihan seseorang itu apabila dia menyedekahkan sebahagian hartanya pada jalan Allah SWT. Di samping itu juga, keikhlasan amat penting agar apa yang kita sedekahkan atau belanjakan diterima oleh Allah SWT dan bukannya untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain dengan tujuan agar kita dikenali atau digelar sebagai seorang yang kuat bersedekah.
Berdasarkan soalan di atas, terdapat hadith yang menunjukkan kelebihan seorang isteri bersedekah dengan menggunakan harta suaminya. Antaranya adalah:
Maksudnya: “ Jika seorang wanita (isteri) itu bersedekah dengan harta suaminya maka dia akan mendapat pahala, begitu juga dengan suaminya dan orang yang menyimpannya (hamba). Tidak ada seorang pun di antara mereka yang akan berkurang pahalanya. Suami akan mendapat pahala berdasarkan hasil usahanya, manakala isteri pula mendapat pahala daripada apa yang disedekahkan.” [Riwayat al-Tirmizi (671)][Imam al-Tirmizi menilai hadith ini hasan sahih]
Para ulama’ mengatakan tidak dibolehkan isteri dan hamba bersedekah dengan harta suami atau tuannya melainkan dengan izinnya. Hadith ini juga menunjukkan bahawa dibolehkan mengeluarkan sebahagian harta sebagaimana ia adalah adat ahli hijaz bahawa diserahkan urusan ini kepada ahli keluarga (isteri) atau hamba apabila ada orang yang memerlukan bantuan dan juga apabila adanya tetamu. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 277/3]
Hadith di atas membicarakan kelebihan atau pahala yang bakal diperolehi oleh isteri atau seseorang hamba itu bersedekah dengan harta suami atau tuannya dengan syarat setelah mendapat keizinan suami atau tuannya. Selain itu, pahala yang akan diperolehi tidak akan kurang antara satu sama lain.
Penutup
Kesimpulannya, bersedekah merupakan satu amalan yang mulia dan amat dituntut bagi sesiapa yang berkemampuan dan sedekah ini tidak hanya tertumpu kepada ahli keluarga terdekat atau jauh sahaja, bahkan ia melibatkan orang-orang yang berada di sekeliling kita juga. Akan tetapi, apa yang penting buat para isteri adalah perlu meminta izin suami jika itu adalah harta suaminya. Akhirnya, marilah sama-sama kita menanam sifat gemar bersedekah walaupan apa yang disedekahkan itu sedikit tetapi moga-moga dengan yang sedikit itu mampu membantu kita untuk masuk ke syurga Allah SWT. Semoga Allah SWT menjadikan kita semua dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang sentiasa menginfaqkan atau menyedekahkan harta pada jalan Allah SWT. Amin.
SUMBER : http://muftiwp.gov.my
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Detik-detik permulaan berkahwin tentunya cukup manis dan romantis. Ulangtahun perkahwinan disambut meriah untuk mengenang tempoh atau perjalanan alam perkahwinan yang telah ditempoh bersama.
Namun, ada sesetengah pasangan yang merasakan momen manis semakin hilang tahun demi tahun. Kekangan waktu dan tiada masa boleh menyebabkan perkara ini boleh berlaku.
Entri kali ini berkongsikan perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk menghangatkan hubungan suami isteri seperti pengantin baharu.
Anda boleh berborak mesra dengan pasangan sambil mengingati kembali kenangan-kenangan indah zaman percintaan. Usik suami dengan gurauan mesra tentang apa yang telah dilakukannya semasa melamar anda.
Anda dan pasangan boleh juga melihat kembali foto-foto perkahwinan. Mungkin sedikit sebanyak mampu mengingatkan kembali memori indah saat bahagia.
Isteri boleh memasak makanan kegemaran suami lebih istimewa daripada sebelumnya. Contohnya hidangkan makan malam istimewa kepada suami seperti ‘candle light dinner’ di rumah. Hias meja tersebut berlainan daripada biasa.
Letakkan bunga-bunga segar supaya suasana lebih romantis dan relaks dengan haruman bunga segar. Anda juga boleh berhias cantik pada malam tersebut. Anggap sahaja anda sedang menikmati makan malam di restoran mewah dengan suasana romantis bersama suami.
Mungkin kedengaran agak janggal bagi anda yang sudah berbulan madu. Tapi tidak mustahil dengan melakukan bulan muda kali kedua mahupun kali ketiga. anda dan pasangan tidak perlu ke tempat-tempat jauh seperti diluar negara.
Cukuplah dengan memilih destinasi di dalam negara seperti di tempat-tempat sejuk ataupun pulau. Abadikan saat tersebut dengan seikhlas hati. Mungkin selepas ini anda bakal menerima kehadiran orang baru, siapa tahu bukan?
Sekiranya anda dan pasangan sukakan aktiviti lasak seperti ‘hiking’ atau menyelam, apa kata anda luangkan masa melakukan aktiviti tersebut dengan pasangan. Pilih destinasi yang tepat supaya anda dan pasangan boleh menikmati saat indah itu dengan jayanya.
Anda boleh menghantar pesanan ringkas SMS pada setiap pagi dengan ungkapan romantis seperti “Saya rindukan abang, tak sabar tunggu abang balik” ketika suami anda berada di tempat kerja. Kata-kata seperti ini boleh merangsang jiwa suami anda untuk pulang lebih awal bertemu dengan anda.
Apabila anda sudah berkahwin tidak bermakna anda tidak boleh ‘dating’ dengan suami anda. Bahkan ‘dating’ selepas berkahwin lebih menyenangkan anda berdua kerana hubungan yang halal di dalam agama. Anda boleh keluar menonton wayang dengan suami seperti yang anda lalukan sebelum berkahwin. Pilihlah cerita-cerita romantis supaya dapat menghangatkan lagi kasih anda berdua
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti ramai sedia maklum, pelakon terkenal, Jazmy Juma sudahpun selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan hatinya, Farah Athirah pada Sabtu lalu, 27 Jun 2026.Perkahwinan yang...