Besarnya pengorbanan seorang wanita, isteri mahupun ibu. Mereka sangat mementingkan anak-anak juga keluarganya walau apa juga keadaan. Inilah sucinya hati seorang wanita yang perlu kita hargai dan sayangi setiap masa. Buat bakal pengantin, jadikan perkongsian ini sebagai satu inspirasi untuk anda lebih menghargai pasangan masing-masing.

Wanita Tidak Akan Mengalah Selagi Dia Masih Bernyawa. Sayangnya Sampai Bila-Bila

Ikuti perkongsian Karyawan bisu ini.

Susah dia nak tinggalkan kami.

Sabtu tu, sebelum gerak pergi berkursus, dia sempat menyiapkan spageti untuk kami, makanan kegemaran kakak, dan lauk kari untuk tengahari, masakan kegemaran suami.

“Abang nanti kalau lapar, Abang panaskan je kari ni. Saya dah siapkan untuk abang. Abang cuma masak nasi je. Kalau tak pun, abang beli je nasi putih kat kedai depan, makan dengan anak-anak”

IKLAN

Wanita Tidak Akan Mengalah Selagi Dia Masih Bernyawa. Sayangnya Sampai Bila-Bila

“Ya. Ya. Abang tahu. Takpa” Balas saya menenangkan. Risau betul dia saya tak makan.

Bila jadi macam ni, saya teringat satu kisah.

IKLAN

Seorang isteri yang ditinggalkan suami. Bersendiri membesarkan anak-anak sehingga dia jatuh sakit dan koma tidak sedarkan diri.

Di hospital, doktor menyatakan bahawa dia sudah tidak ada harapan lagi. Tetapi doktor hairan, kenapa dia seolah-olah tidak mahu pergi.

Tiba suatu hari, bila semua sudah menemui jalan buntu, seorang doktor datang menghampiri ibu ini. Dia bercakap perlahan, seolah memberi keyakinan kepadanya

IKLAN

“Puan, redhalah. Usah dirisaukan anak-anak Puan. Yakinlah bahawa Allah itu ada dan Dialah sebaik-baik Penjaga. Dia akan jaga anak-anak Puan”

Serentak dengan itu, ibu itu menarik nafas panjang. Beserta aliran air di sisi mata, dia pergi mengadap Illahi. Rupa-rupanya dalam keadaan dia sedemikian pun, dia masih risaukan anak-anaknya.

Allahurabbi..

Begitulah perempuan, ibu mahupun isteri. Insan yang Allah cipta yang nampak lemah di luar, tapi dalamannya cukup kuat. Dia tidak akan mengalah selagi dia masih bernyawa. Sekali dia sayang, dia akan sayang sampai bila-bila.

Karyawan bisu

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI