PELAKON Bollywood, Vicky Kaushal dan Katrina Kaif bergelar suami isteri pada Khamis minggu lalu dalam upacara pernikahan tertutup di sebuah hotel mewah di Sawai Madhopur, Rajasthan. Pasangan itu turut berkongsi foto pertama sebagai suami isteri di media sosial dengan kapsyen meminta peminat mendoakan kebahagiaan mahligai yang dibina itu.
Perkahwinan mereka yang berlangsung di Six Senses Fort Barwara, Rajasthan sehingga kini masih heboh diperkatakan. Mana tidaknya, pasangan itu dikatakan menetap di suite mewah hotel tersebut, yang bernilai AS$10,000 (RM42,162) untuk satu malam, dan turut merangkumi kolam renang peribadi, jakuzi dan taman berlandskap! Pasangan ini telah memilih pereka fesyen terkenal India, Sabyasachi Mukherjee sebagai pereka busana perkahwinan mereka. Tampil mewah dan regal dalam persalinan tradisional, Katrina anggun menggayakan lehenga berona merah manakala Vicky menggayakan persalinan sherwani rona putih gading.
Katrina menerima sebentuk cincin platinum biru berbentuk segi empat dengan menampilkan deretan berlian bulat daripada Tiffany Soleste bernilai Rs 7,41,000 atau kira-kira RM41,341. Sementara itu, pengantin lelaki pula dilihat menyarungkan cincin yang serupa versi lelaki dengan nilai anggaran RM7,171.
Menyentuh mengenai lokasi pilihan pasangan ini melangsungkan perkahwinan, Six Senses Fort Barwara yang terletak di Rajasthan, India pula bukan calang-calang lokasi, ia sebenarnya bekas istana dan kuil lama berusia 700 tahun.Pada abad ke-14, ia pernah dijadikan sebuah kubu pertahanan yang menyajikan pemandangan tasik dan kuil Chauthka Barwara Mandir berdekatan.
Sebelum diubah suai menjadi hotel, istana agam ini dimiliki keluarga diraja Rajasthani dengan seni bina berteraskan budaya etnik Rajasthan yang asli. Apabila berada di resort mewah tersebut,ia membawa pengunjung bagaikan kembali ke era kegemilangan India! Lebih mengujakan, para tetamu majlis juga menghuni khemah penginapan mewah bernilai Rs 70,000 (RM3,895) semalam!
Tidak lengkap majlis perkahwinan selebriti bertaraf antarabangsa ini tanpa menetapkan beberapa syarat ketat. Portal This Week In Asia melaporkan semua tetamu tidak dibenarkan membawa telefon dan tiada kontak dengan orang luar sehingga majlis selesai. Ini kerana, hak rakaman majlis telah dijual pada harga AS$11.5 juta atau RM48.5 juta. Manakala South China Morning Post melaporkan, pelakon kelahiran Hong Kong berusia 38 tahun itu dan pasangannya, juga seorang pelakon, menjemput lebih 120 tetamu ke majlis yang berlangsung selama empat hari itu. Memang wajar perkahwinan tersebut dikategorikan sebagai Wedding Of The Year 2021!
Ads
4 Fakta Menarik Perkahwinan Mewah Katrina-Vicky
HOTEL MEWAH
Perkahwinan pasangan ini dilangsungkan di Hotel Six Senses Barwara Fort yang terletak di Sawai Madhopur, Rajasthan. Memetik laporan India Today, para tetamu VVIP turut disediakan resort mewah di lokasi tersebut yang berharga ribuan ringgit semalam. Pasangan ini dikhabarkan menyewa 8-10 tent untuk tetamu VVIP.
KERETA KUDA
Walaupun perkahwinan ini diadakan secara privasi tetapi terdapat beberapa info yang ‘bocor’ ke pengetahuan publik. Dilaporkan oleh ET Times, Vicky masuk ke tempat upacara dengan menaiki kereta kuda. Manakala Katrina ditandu dalam Doli, sebuah tandu tradisional India.
HELIKOPTER
Pasangan pengantin ini meninggalkan lokasi acara pada 10 Disember 2021. Hindustan Times melaporkan, keduanya meninggalkan Sawai Madhopur menuju ke bandar Jaipur.
KETURUNAN PUNJABI
Seperti dilaporkan Hindustan Times, nama pereka fesyen untuk pakaian perkahwinan pasangan ini turut dirahsiakan sehinggalah diketahui umum di mana ianya dihasilkan oleh Sabyasachi Mukherjee yang sangat tersohor di India. Lehenga yang disarungkan oleh Katrina diperbuat daripada sutera mahalkan dengan perincian mewah dan eksklusif sekaligus menyerlahkan kejelitaan asli Katrina.
Ads
Pakaian tersebut dihasilkan sebagai penghormatan kepada pasangan pengantin yang berasal dari keturunan Punjabi. Manakala veil yang dipakai oleh Katrina adalah hasil buatan tangan dan perak tempaan tangan yang diproses dengan gold electroplating.
Semoga Katrina dan suami kekal bahagia bersama selamanya. Anak mereka mesti comel-comel. Ke mana tumpahnya kuah, kan?
Kredit Foto: Instagram @katrinakaif @vickykaushal09
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejuk melihat situasi Abby Abadi sambut kepulangan Marissa dan Aslam pada bulan yang mulia ini. Tumpang gembira dengan suasana yang dipamerkan, malah ramai netizen memuji dan memberi komen yang positif dengan sikap artis ini.
Abby Abadi Sambut Kepulangan Marissa Dan Aslam
Selepas kecoh kisah mereka menjadi bualan ramai sebelum ini, hubungan antara keluarga dilihat kembali jernih dengan kehadiran Marissa yang meraikan 1 Syawal bersama.
Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 47, juga menganggap Hari Raya Aidilfitri kali ini memberi ruang hubungan yang keruh kembali jernih.
“Meraikan kemenangan Aidilfitri dengan mengajar diri kita bahawa setiap kesilapan memiliki ruang untuk diperbaiki.
“Setiap luka mempunyai kesempatan untuk diubati” katanya. Abby menulis perkara tersebut di laman Instagram miliknya pada Khamis berserta video kehadiran Marissa membawa Aslam bertemu keluarga.
Keluarga besar ini dilihat meraikan hari raya bersama di rumah ibu kepada bekas suami Abby iaitu Norman Hakim yang terletak di Kuantan, Pahang.
Disambut Norman dan Memey
Menerusi video berkenaan, kelihatan Aslam dan Marissa tiba disambut oleh Norman dan Memey. Mereka kemudian datang bertemu Abby yang sudah ada di sana.
Abby juga dilihat memeluk erat Marissa sebelum dia bersalaman dengan menantunya, Aslam. Perkongsian tersebut mendapat pujian banyak pihak selain terus mendoakan kebahagian keluarga besar mereka.
Untuk rekod, Marissa dan Aslam bernikah tanpa pengetahuan keluarga dan isteri pertama suaminya di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Orangnya jelita walau sudah meningkat usia, pelakon Datin Seri Maria Farida mendedahkan masih menerima gangguan nakal daripada lelaki yang lebih muda.
Datin Seri Maria Farida Tak Layan Gangguan Nakal
Maria atau nama penuhnya Maria Farida Atienza, 55, berkata, sebagai seorang isteri, dia tidak tergugat dengan segala gangguan tersebut sebaliknya masih setia bersama suami tercinta iaitu Datuk Seri Rahman Sakur.
“Selalu juga diganggu dan memang ramai lelaki yang mencuba nasib menerusi platform media sosial.
“Namun saya masih bahagia dengan rumah tangga dan apa yang tawarkan langsung tak sama dengan apa yang suami berikan.
“Saya bahagia dan tak perlukan semua itu,” katanya lagi.
Tak Balas Usikan Nakal
Menurut Maria, dia tidak membalas apatah lagi melayan segala usikan nakal tersebut kerana berasakan perkara tersebut yang dianggap sebagai satu gurauan.
“Saya abaikan sahaja semua itu dan sudah biasa dengan gangguan sebegitu.
“Biasalah, mereka nak ajak ‘dating’, kahwin dan saya hanya gelak sahaja baca semua itu,” ujarnya.
Untuk rekod, Maria mendirikan rumah tangga dengan Rahman pada November 2015 namun tidak dikurniakan cahaya mata.
Sebelum perkahwinan dengan Rahman, Maria pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak lelaki.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika sebelum ini ada tular mengenai perkahwinan remaja berusia 16 tahun dengan seorang nenek menjadi buah mulut orang ramai, kini giliran perkahwinan antara seorang lelaki warga emas dengan seorang gadis berusia 18 tahun pula mencuri tumpuan.
Perkahwinan ini diadakan di Sulawesi Selatan, Indonesia. Datuk yang sudah berusia 62 tahun dan pasangannya itu selamat diijabkabulkan dihadapan penghulu kampungnya di rumah pengantin perempuan.
Menurut Kompas.com, pengantin lelaki yang 44 tahun jarak usia dengan pasangannya memberi wang hantaran sebanyak 35 juta rupiah (RM 11, 264.45), satu set barangan kemas serta 300 kg beras kepada pengantin perempuan.
“Majlis pernikahan mereka (berlangsung) kelmarin. Setahu saya, tiada paksaan antara mereka walaupun isterinya masih muda,” Ketua Kampung, Zainal Arifin Daeng Mangung
Berkongsi kisah cinta mereka, Sulaeman berkata pertama kali bertemu dengan gadis muda itu, Diana, setahun lalu iaitu dua bulan selepas isterinya meninggal dunia.
“Tahun lalu saya datang ke sini mahu buat parang dan saya lihat anak gadisnya cantik dan baik hati,” ujar Sulaeman yang ketika itu ke rumah bapa Diana, Daeng Caco, 50, yang mahir dalam bidang pertukangan besi.
Selepas setahun berulang-alik ke rumah bapa Diana yang pada mulanya hanya sekadar mengeratkan sillaturrahim, Sulaeman mula jatuh hati kepada Diana dan mahu melamar gadis itu menjadi isterinya.
Manakala, Diana mengakui senang dengan perwatakan Sulaeman meskipun mempunyai perbezaan umur yang jauh.
“Saya senang dan suka (Selaeman) dan tolong doakan mudah-mudahan rumah tangga kami berjalan dengan baik serta diberikan rezeki,” kata Diana, memetik Detik.com.
Perkahwinan itu saling melengkapi antara satu sama lain. Bukan di ukur dengan jarak usia. Pesona Pengantin doakan semoga pernikahan kalian berkekalan hingga ke akhir hayat.
Sumber: malaysiandigest, kompas
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!