
Bila berkahwin, ramai pasangan yang sudah bersedia dari segi mental dan fisikal. Begitu juga mereka bersedia dari segi ekonomi dan mengharapkan kestabilan yang lebih baik selepas berumahtangga. Tapi jangan lupa, ketaatan juga adalah sesuatu yang perlu disematkan dalam diri sejak awal lagi.
Apa yang berlaku dalam perkahwinan?
1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
SUMBER : ZON CINTA
Ada Pasangan Bercinta Sejak Sekolah. Bila Kahwin Mesti Lebih Bahagia. Betul Ke?

Mesti masa zaman persekolah kita pernah bercinta bukan? Ada juga hubungan percintaan tersebut yang berakhir ketika tamatnya tempoh persekolahan dan ada yang berakhir ke jinjang pelamin! Menurut kajian yang pernah dikongsikan, berkahwin dengan kekasih zaman sekolah itu ternyata lebih terjamin dan bakal berakhir dengan kebahagian sehingga ke akhirnya, betul ke?
1. ADA DENGAN KITA UNTUK HADAP PERKARA BESAR DALAM HIDUP
Dialah yang ada dengan kita waktu suka dan duka termasuklah masa kita peroleh keputusan PMR/PT3/SPM, sewaktu pegang skrol graduasi di konvokesyen Universiti, waktu kita tertekan menghadap situasi di alam pekerjaan, waktu kita menangis gembira di hari pernikahan, waktu kita meneran melahirkan zuriat untuk dari dulu sampai sekarang semua momen berharga dapat dikongsi bersama!
2. KEMUNGKINAN UNTUK BERCERAI SANGAT RENDAH
Kalau dah kekal sampai hari ni sejak dari zaman sekolah dahulu, sukar rasanya untuk si dia meninggalkan kita sewenangnya. Dari remaja sampai dah berumur macam ni kalau si dia masih sanggup bersama kita, itu adalah cinta yang paling agung dan pasti ramai pasangan lain yang iri melihat.
3. RAPAT DENGAN KELUARGA MERTUA
Tak dinafikan ada orang yang bercerai sebab tak tahan dengan keluarga mertua. Tapi kalau kita kahwin dengan kekasih zaman sekolah, ibu bapa mereka pasti sudah kenal rapat dengan kita betul tak? Jadi tak ada masalah untuk nak mesra dan jadi rapat dengan ahli keluarga pasangan kita.
4. TEMPOH DARI RAKAN MENJADI KEKASIH BANTU KUATKAN EMOSI
Kita yang dulu bukanlah kita yang sekarang. Waktu muda memang lebih banyak drama daripada yang logik betul tak? Maklumlah masing-masing belum matang. Oleh itu, tempoh waktu perkenalan sudah lebih lama dan pastinya si dia dapat mengenal baik buruk kita secara mendalam. Setakat merajuk dan amarah kita tu, semuanya dalam poket dia. Dia mesti boleh handle!
5. MILIKI HATI & JIWA KENTAL
Sebab dalam tempoh perkenalan yang sangat lama dari zaman sekolah, dah selalu sangat bertengkar, bergaduh, salah faham dll. Jadi bila dah jadi suami isteri, rasanya tak ada masalah pun untuk satu sama lain bergaduh besar. Asalkan keduanya kekal berada di sisi masing-masing, merajuk pun mesti sekejap je.
6. KALAU BERNASIB BAIK, KAMPUNG PUN DEKAT
Bila sudah berkenalan di alam persekolahan, besar kemungkinan untuk anda mempunyai kampung mertua dekat dengan rumah anda sendiri. Biasalah, setiap kali ada cuti umum atau hari perayaan tidak perlu lagi nak bergaduh nak balik kampung siapa kan?
Takut Kahwin Lambat? Jom Cuba Tips Rare Ni!
Jodoh, kematian dan rezeki adalah rahsia Allah yang tak boleh dijawab atau ramal oleh sesiapa pun. Jangankan bomoh, juru tilik atau pak nujum, Rasulullah SAW sendiri dan para Nabi sebelumnya sama sekali tak diberitahu oleh Allah SWT tentang perkara ini.
1. Bersemagat Dan Bersedia Menghadapinya
Diantara hikmah dirahsiakan ketiga perkara tersebut adalah agar kita sentiasa bersemangat mencari dan bersedia menghadapinya.
Agar kita bersegera kerja kuat, semangat dan ikhlas dalam mencari rezeki kerana dengan kaya, banyak amalan kebaikan yang kita boleh dilakukan. Apalagi dalam Islam, banyak ibadah yang hanya boleh dilakukan jika seseorang itu kaya, dan tak boleh dilakukan jika keadaannya sebaliknya, seperti ibadat haji, zakat, sedekah dan kahwin (mahar).
Kematian juga dirahsiakan waktunya agar insan yang hidup selalu istiqamah dalam kebaikan kerana tak tahu bila nyawanya akan dipanggil. Boleh dibayangkan jika seseorang mengetahui waktu kematiannya, dia akan terus menerus melakukan maksiat dan bertangguh untuk bertaubat dan melakukan kebaikan sehingga waktu ajalnya sudah dekat.
2. Tidak Akan Turun Dari Langit
Begitu juga dengan jodoh. Dirahsiakan dengan siapa, bagaimana dan bila agar manusia selalu beramal, berusaha memperbaiki diri dan melayakkannya, serta sedaya upaya mungkin dalam mencarinya. Memang jodoh kita tak akan tertukar, tapi ia tak akan turun jatuh ke riba dari langit ke tujuh tanpa sebab musabab.
Sesiapa yang sabar dan bersungguh-sungguh mencarinya, maka Allah SWT pun akan mendatangkannya calon yang sesuai dengan kesabaran dan kesungguhannya itu.
Semua yang terjadi, cepat atau lambat di muka bumi ini adalah pencaturan kuasa Allah SWT. Semua pasti ada hikmah yang besar di sebalik berlakunya suatu kejadian ataupun lambatnya ia berlaku.
Yang dimaksud menyegerakan kahwin adalah dalam mempersiapkan diri, bersegera dalam mengikhtiarkannya, juga tak bertangguh jika peluang sudah ada di depan mata kerana bertangguh-tangguh dalam jodoh hanya akan membawa kepada kerugian pada diri sendiri.
3. Menolak Bukan Bermakna Menunda Pelaksanaan Ibadah
Sudah banyak kisah, dimana seorang wanita menolak lamaran yang datang pertama kali dengan alasan masih belajar, kemudian jodoh tak datang lagi padanya. Bukankah penolakan yang pertama boleh menjadi pintu bagi penolakan kedua, ketiga dan seterusnya?
Bukankah menolak bermakna menunda pelaksanaan ibadah menikah yang terdapat banyak kebaikan di dalamnya? Semoga Allah SWT melindungi kita dari sekian banyaknya syubhat dan keburukan melambat-lambatkan pernikahan. Sekali lagi, tak ada istilah terlambat.
Yang paling penting adalah segera kata “Saya Setuju” ketika peluang itu datang kerana peluang tak mungkin datang dua kali. Bersegeralah kerana ajal juga boleh datang bila-bila masa. Harapannya, kita tak mati bujang kerana itu adalah “kerugian” yang teramat.
Suami Abaikan Nafkah Anak Bini Demi Keluarga Di Kampung, Boleh Ke?

- Apakah hukum suami yg selalu mengabaikan nafkah anak isteri kerana mengutamakan keluarganya di kampung? Suami bukanlah anak lelaki sulung atau anak lelaki tunggal.
- Bolehkah keluarga di kampung terutama ibu & ayah meminta duit (terlalu kerap) dari anak lelakinya padahal anak lelakinya jg perlu bertanggungjawab pada anak isteri? – Ayahnya masih berkerja tetap selalu mengalami masalah kewangan.
Syukran jazilan atas jawapan yg diberikan.
Jawapan;
- Dalam pemberian nafkah, seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa). Urutan nafkah adalah seperti berikut;
- a) Diri sendiri
- b) Isteri
- c) Anak
- d) Bapa
- e) Ibu
- f) Cucu
- g) Datuk
- h) Saudara
- i) Ahli-ahli keluarga berikutnya.
Urutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan; “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46).
Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antara kesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah).
Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekalipun isteri kaya dan berada. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya -mengikut kemampuannya- ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah.
Adapun nafkah kepada orang lain selain isteri, ia tidak wajib melainkan apabila memenuhi dua syarat;
- a) Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Jika mereka mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan sendiri, tidaklah wajib lagi ia menyara mereka. Namun digalakkan ia meneruskan pemberiannya kepada mereka untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim.
- b) Ia mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka; sama ada dengan hartanya atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri sendiri dan isteri. Jika ada lebihan (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulah ia wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain.
Merujuk kepada soalan di atas, tidak harus suami mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung kerana menafkahi isteri dan anak-anak adalah wajib. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah darinya, ia hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Itupun jika ia mampu menampung semua mereka. Jika tidak, hendaklah ia mendahulukan isteri dan anak-anak.
Wallahu a’lam.
Rujukan :
- Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi.
- Manar as-Sabil, Ibnu Dhuyan.
Kredit = dakwahsantai.com
Nak Kahwin Dua Sebab Sunnah, Alasan Paling Worst Lelaki


Dia adalah sahabat aku yang cukup ku kenal sebagai perempuan yang beragama, berakhlak baik, bertudung labuh dan menutup aurat dengan sempurna, fasih Al Quran, bermotivasi tinggi serta yang paling penting, dia juga yatim piatu seperti aku.

