Kredit: IG @rickymotret

Ramai wanita memilih untuk berkahwin dengan pasangan yang biasa-biasa sahaja. Hakikatnya, mereka bukan memilih siapa yang paling tampan, tetapi mereka memilih siapa yang mampu memberi ketenangan saat bersamanya.

Yang berwajah kacak memang banyak, tetapi belum tentu dia mampu memberi ketenangan kepada kita. Kadangkala mereka sendiri tak mampu untuk memahami kita sebagai seorang wanita. Begitu juga dengan mereka yang berharta. Walau banyak mana pun harta yang dimiliki, belum tentu dia mampu memberi ketenangan.

Banyak contoh yang dapat kita lihat di mana seseorang lelaki itu memiliki segalanya, tetapi akhirnya wanita itu memilih untuk pergi kerana dia tidak bisa memberi ketenangan dan keselesaan. Sesungguhnya, hidup bersama itu tentang selesa dan tenang, bukan soal senang dan harta semata.

IKLAN
Yang Kacak Belum Tentu Jadi Pasangan Yang Mampu Menenangkan Anda
Sumber: Google

Maka, pastikan anda tidak tersalah memilih pasangan. Itu merupakan hak anda untuk memilih siapa individu yang layak untuk dijadikan pasangan hidup.

IKLAN

Walaupun punya segalanya tetapi masih tidak mampu beri ketenangan, sama seperti hidup di dalam neraka sebelum waktunya. Ya, anda akan terseksa kerana hidup dengan keadaan yang terpaksa.

IKLAN

Anda sendiri akan rasa terseksa bila bersama, anda akan terus rasa tidak tenang, tiada rasa ghairah untuk menikmati hidup, selagi anda masih bersamanya. Pilihan itu ada di tangan anda.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI