Perceraian bukanlah perkara yang diminta atau dicari oleh pasangan yang berkahwin tetapi ia menjadi jalan terakhir sesetengah pasangan yang berhadapan dengan konflik rumah tangga sama ada tiada persefahaman mahupun disebabkan pihak ketiga. Apabila pasangan itu bercerai disebabkan pihak ketiga ataupun konflik besar yang berpanjangan membabitkan ketegangan emosi maka pengakhiran dipilih bersifat negatif.

Yang Sudah Tu Sudahlah. Perlu Ke Lepas Cerai Nak  Nak kena Bermusuh?

Tetapi, jika perceraian itu dibuat atas dasar yang rasional dan pengawalan emosi stabil kemungkinan ia menjadi satu perceraian bersifat positif iaitu tiada konflik selepas bercerai dan dapat menerima sebab penceraian. Paling penting hak penjagaan anak secara bersama. Apabila berlakunya perceraian, perkara utama yang perlu diambil berat adalah kesannya terhadap psikologi anak-anak. Walaupun kesannya berbeza mengikut umur anak-anak, beberapa perkara perlu diambil berat bagi pasangan yang sudah atau dalam proses perceraian.

Setiap pasangan perlu tahu bahawa, anak-anak amat terkesan dengan perceraian ibu bapa dan keupayaan mereka dalam mengadapi kesan perceraian adalah berbeza mengikut peringkat umur. Bagi kanak-kanak yang lebih muda usianya iaitu usia enam hingga sembilan tahun adalah lebih sukar untuk menyesuaikan diri dan menangani tekanan akibat perceraian ibu bapa serta merasakan tekanan dan kepedihan yang amat.

Reaksi emosi mereka juga sukar dizahirkan kerana sukar memahami apa yang sedang berlaku. Malah, anak-anak pada usia semuda ini juga tidak tahu untuk menzahirkan reaksi terbaik terhadap kedukaan yang dialami diri mereka sendiri. Pada jangka masa pendek dan panjang, anak-anak yang mengalami perceraian ibu bapa akan lebih cenderung murung disebabkan perceraian yang tidak disangka dan dijangka.

"Anak-anak akan berasa malu apabila bersama dengan ahli keluarga lain ?dan rakan-rakan di sekolah. Perasaan berbelah bagi antara ibu, ayah atau kedua-dua jika anak-anak ?mempunyai hubungan yang amat rapat dengan kedua-duanya atau salah seorang daripadanya serta mengharapkan ibu dan ayah masih bersama.

IKLAN

Perasaan marah atas perceraian yang berlaku akan menyebabkan anak-anak menyalahkan diri sendiri mereka sendiri kerana merasakan menjadi punca.Mudah terasa mereka disisih dan dibenci ibu bapa yang meninggalkan mereka dan menyebabkan kepercayaan terhadap ibu bapa itu hilang juga boleh berlaku.

elain itu, anak-anak yang melalui fasa perceraian ibu bapa yang penuh dengan ?konflik dan berlaku penderaan kemungkinan akan membenci 'perkahwinan' itu sendiri apabila mereka membesar kerana tiada kepercayaan terhadap pasangan mereka.

IKLAN

Jelasnya lagi, malah, anak-anak yang melalui fasa perceraian ibu bapa berkemungkinan apabila dewasa akan bercerai apabila mereka berkahwin kerana percaya perceraian adalah jalan yang terbaik untuk menyelesaikan konflik rumah tangga.

Walaupun kesan psikologi adalah besar dan bersifat jangka panjang apabila perceraian ibu bapa berlaku. Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan oleh pasangan yang bercerai dalam menjaga kesejahteraan anak-anak mereka. Antaranya, kekal menjaga hubungan yang positif dengan bekas pasangan dalam menjaga kesejahteraan psikologi anak-anak yang sedang membesar dengan tidak memburuk-burukkan bekas pasangan kerana ia akan memberikan perspektif negatif terhadap ibu atau bapa mereka.

IKLAN

Ibu atau bapa perlu menunjukkan ketenangan emosi dan kesabaran kerana anak-anak akan mempelajari cara mengawal perasaan melalui teladan yang ditunjukkan terutama ketika berlakunya konflik perceraian. Kekal memberikan kasih sayang, menjalinkan hubungan yang rapat dan memahami tekanan perasaan yang dialami anak-anak akibat perceraian. bu atau bapa yang menghadapi perceraian perlu sedar akan perubahan emosi dan tingkah laku ditunjukkan anak-anak. Ibu atau bapa perlu lebih tenang dalam menangani isu ini.

ibu atau bapa perlu membantu anak-anak untuk meluahkan perasaan marah, takut, risau dan tekanan akibat perceraian ibu bapa dengan cara yang positif tanpa menyakiti dan agresif terhadap diri sendiri, menyakiti dan agresif terhadap orang lain, menyakiti dan agresif terhadap binatang dan juga bukan dengan cara merosakkan harta benda. Ibu atau bapa perlu memberitahu anak-anak yang dirinya sentiasa disayangi dan akan dijaga dengan sempurna walaupun ibu dan bapa sudah tidak bersama.

Ibu atau bapa juga perlu mendapatkan sokongan daripada ahli keluarga masing-masing dalam memberikan sokongan psikologi, sosial dan emosi terhadap anak-anak yang terkesan serta kekal menjalinkan hubungan sihat dan positif dengan ahli keluarga bekas pasangan.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI