Zamarul Hisham ‘Rasmi’ Dapat Menantu, Anak Sulung Selamat Mendirikan Rumah Tangga

Share

Pelakon versatil yang sentiasa menyerlah dengan pelbagai watak dalam dunia lakonan, Zamarul Hisham berkongsi berita gembira apabila anak lelakinya, Izzat Haiqal, selamat mendirikan rumah tangga dengan kekasih hati dikenali sebagai Dina Zakirsa.

Menerusi posting yang dibuat oleh Zamarul di Instagramnya, bapa kacak ini telah berkongsi gambar bersama pengantin dengan menitipkan pesanan kepada mereka bagi melayari bahtera perkahwinan.

 

Congratulation Izzat Haiqal and Dina Zakirsa. Maka bermula satu perjalanan sebagai pasangan suami isteri. Macam mana pun jalan yang bakal ditempuh, tempuhi la dengan sifat bertolak ansur, saling faham memahami untuk sama-sama pastikan jalan yang dipilih menuju kebahagian, keharmonian dan kekal till Jannah. Papa and mama love both of you! – tulisnya.

Pada masa sama juga, Zamarul kelihatan sudah tidak sabar-sabar lagi untuk menimang cucu. Situasi ini jelas terserlah ketika dia membalas komen yang menyatakan pelakon itu tidak lama lagi menjadi atuk.

Zamarul juga sempat berseloroh mengatakan yang umur hanyalah angka dan ‘tittle’ sebagai atuk tidak menghalangnya untuk terus bermain TikTok.

Sumber: Instagram Zamarul Hisham Instagram Izzat Haiqal Instagram Dina Zakirsa

IKLAN