Baru-baru ini aktres Zara Zya dikatakan tak laku sebab lewat kahwin, malah isu ini buat dia mudah tersinggung apabila terlalu kerap berdepan soalan tentang perkahwinan daripada orang ramai.
Ya, sebenarnya tak salah tanya pasal kahwin tetapi biarlah berlapik. Kadang pulang sahaja ke kampung, pasti inilah menjadi persoalan ramai tertanya-tanya bila hendak akhiri zaman bujang.
Zara Zya Dikatakan Tak Laku, Otak Jadi Penat Disoal Tentang Kahwin
Meskipun pelbagai usaha telah dilakukan, namun rezeki dalam hal jodoh masih belum memihak.
Biasalah, orang di sekeliling suka ‘mengasak’ dengan pertanyaan-pertanyaan jodoh yang tidak mampu dijawab.
Benar, jodoh itu adalah ketentuan ALLAH SWT yang ditetapkan sebelum kita dilahirkan di dunia yang fana ini. Percayalah setiap apa yang berlaku dan ketentuan yang ditetapkan oleh-NYA adalah yang terbaik buat diri kita.
Ads
Menurut Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin, disebabkan perkara itu, dia menjauhkan diri daripada orang ramai kerana enggan terus dihakimi berkaitan hal peribadi.
“Dua hari lalu saya menangis dalam siaran langsung TikTok sebab orang asyik bertanya hal peribadi.
“Ada beberapa soalan yang mungkin sebelum ini saya tidak peduli tetapi entah kenapa sejak akhir-akhir ini jadi sensitif sangat.
“Contohnya seperti tanya tiada orang yang hendak dekat saya ke? Tak kahwin ke? Tak laku ke? Soalan sebegitu yang sejak kebelakangan ini menyinggung perasaan saya,” katanya.
Boleh Disoal Tapi Dengan Cara Yang Betul
Bukan bermakna dirinya tidak boleh menerima teguran tetapi haruslah dengan cara yang lebih sopan dan elok didengar.
Ads
“Tidak tahulah kenapa, kita selalunya bangun pagi nak muhasabah diri tetapi ada yang buka mata untuk mengecam.
“Bukanlah saya tidak boleh ditegur langsung tetapi cara percakapan itu menggores hati saya.
“Saya gembira sahaja dengan hidup saya, namun apabila kerap dihakimi memang membuatkan saya sendiri trauma hendak keluar,” ujar pelakon drama Kerasnya Takdir itu.
Pilih Duduk Rumah Sebab Nak Jaga Hati Sendiri
Ads
Bukan hanya menjejaskan kesihatan mental, dia mengakui setiap kata-kata negatif yang diberikan kepadanya turut membuatkan dia mengambil pendekatan memencilkan diri daripada orang ramai.
“Otak saya menjadi penat dengan kata-kata orang sehingga rasa patah semangat untuk membuat siaran langsung dan keluar berada di tempat awam. Saya lebih suka duduk terperuk di rumah saja.
“Saya juga guna pendekatan tidur sebagai jalan pintas untuk melupakan masalah selain sudah dua bulan berehat daripada berlakon.
“Selama ini orang sering melihat saya gembira namun hakikatnya saya sendiri tidak menyangka impaknya sebegini impaknya begini,” ujarnya lagi.
Pada Februari lalu, nama Zara menjadi bahan bualan ramai didakwa sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang usahawan selepas tular sebuah video sedang disarungkan cincin.
Namun, andaian tersebut meleset apabila video tersebut hanyalah gimik promosi sebuah produk kecantikan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai yang melakukan diet sendiri tidak kurang juga yang memilih perkhidmatan online coaching. Melalui online coaching jurulatih akan memberi panduan mengenai cara menjaga pemakanan dengan diet seimbang, selain mengamalkan senaman untuk kekal cergas.
Daripada apa yang dilihat sekarang, diet dan amalan gaya hidup sihat ketika ini sudah semakin menjadi trend di negara ini. Impaknya, ramai mula sedar kepentingan untuk memiliki berat badan ideal, demi meningkatkan keyakinan diri, sekali gus menjaga kesihatan.
Bagi bakal-bakal pengantin tentulah mahukan bentuk badan yang langsing ketika menyarungkan busana pada hari bahagia nanti. Maka ramailah yang mula berdiet bagi mengurangkan berat badan.
Jika anda berhajat untuk berdiet, ada perkara yang perlu anda perhatikan. Penting untuk anda memilih diet yang tidak membuatkan anda menjadi stres sehingga akhirnya membuatkan program diet anda menemui kegagalan.
Berikut perkongsian daripada coach kecergasan untuk anda jadikan panduan sebelum memulakan program diet.
Diet jadi tak stres bila:
1. Ada waktu raikan reward untuk diri sendiri.
2. Diet dengan makanan yang telah siap ada di sekeliling.
3. Tidak tunggu baru nak ada oat, buah, atau makanan sihat yang trendy baru nak mula diet.
Kredit foto: Pixabay
4. Tak haramkan makanan tertentu daripada masuk ke dalam badan itu, tidak sama sekali.
5. Tidak skip waktu-waktu makan yang utama.
6. Bersenam dalam tempoh waktu yang sederhana. Ada waktu rehat tertentu dan ia tidak dibuat hari-hari. Tunaikan hak rehat untuk badan juga.
7. Ada variasi menu yang bertukar-tukar. Tidaklah sampai dua tiga bulan asyik menu yang sama.
8. Air kosong diminum ikut keperluan badan. Tidaklah wajib tiga hingga empat liter sehari. Ia bergantung kepada aktiviti, keperluan harian kalian.
Setiap wanita tentu selalu ingin tampil cantik, menarik dan mengesankan di hadapan diri sendiri atau orang lain. Apalagi, jika di hadapan suami, seorang wanita akan berusaha menjadi secantik mungkin.
Agar terlihat cantik, segala perawatan dari hujung rambut hingga hujung kaki akan dilakukan termasuk perawatan untuk daerah organ intim. Salah satu perawatan untuk daerah intim ini sendiri adalah mencukur rerambut di sekitar organ intim.
Ramai wanita memang memilih untuk mencukur rerambut sekitar organ intim agar penampilan bahagian tersebut akan semakin menarik.
Tidak hanya membuat penampilan makin menarik, mencukur rerambut di sekitar organ intim rupanya juga sangat baik untuk kesihatan organ intim.
Namun sebelum mencukur rerambut di sekitar daerah organ intim, disarankan untuk tidak hanya mencukurnya terus.
Ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan. Hal tersebut antara lain adalah:
Pencukur Yang Tepat Dan Berfungsi Dengan Baik
Ketika hendak mencukur rerambut di sekitar organ intim, sangat disarankan agar kita memiliki alat cukur yang tepat, berfungsi baik, bersih dan masih tajam. Dr. Heidi Waldrof dari Mount Sinai Hospital New York mengungkapkan bahawa penting untuk memilih alat cukur yang tajam dan bersih. Hal ini agar tidak terjadi iritasi atau melecet saat mencukur. Bukan itu sahaja, pencukur yang tepat dan bersih menghindarkan dari penyebaran bakteria di daerah organ intim.
Gunting Rerambut Sebelum Dicukur
Sebelum mencukur habis rerambut di bahagian organ intim, sangat disarankan agar menggunting rerambut terlebih dahulu. Menggunting rerambut bertujuan agar rerambut yang hendak dicukur lebih mudah dicukur. Semakin pendek rerambut maka semakin mudah untuk dicukur bersih.
Cukur Rerambut Selepas Mandi
Hal selanjutnya yang sangat perlu diperhatikan adalah waktu mencukur. Menurut Dr Heidi, waktu terbaik untuk mencukur rerambut di sekitar organ intim adalah setelah selesai mandi. Kenapa setelah mandi? Menurut Dr Ava Shamban dari UCLA, setelah mandi kulit menjadi lembut. Tidak hanya kulit, rerambut di sekitar organ intim pun juga akan menjadi lebih lembut daripada waktu lainnya. Jika rerambut berada dalam keadaan lembut, mencukur rerambut pun akan semakin selesa dan selamat. Iritasi atau pun melecet juga boleh dihindari.
Gunakan Perapi
Untuk mencegah iritasi atau melecet di sekitar organ intim, disarankan agar memakai sedikit perapi pada rerambut sebelum dicukur. Tujuan memakai perapi ini agar rerambut dan kulit menjadi semakin lembut serta semakin mudah untuk dicukur.
Itulah beberapa perkara yang perlu diperhatikan sebelum mencukur rerambut di bahagian organ intim. Selain itu, perkara lain yang sangat perlu diperhatikan adalah perawatan selepas mencukur dan perhatikan celana dalam yang harus digunakan setelah rerambut dicukur. Cukurlah rerambut di sekitar organ intim dengan cara yang baik agar kesihatan mahupun kecantikan organ intim dan sekitarnya selalu terjaga. Semoga informasi ini bermanfaat ya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon versatil yang sentiasa menyerlah dengan pelbagai watak dalam dunia lakonan, Zamarul Hisham berkongsi berita gembira apabila anak lelakinya, Izzat Haiqal, selamat mendirikan rumah tangga dengan kekasih hati dikenali sebagai Dina Zakirsa.
Menerusi posting yang dibuat oleh Zamarul di Instagramnya, bapa kacak ini telah berkongsi gambar bersama pengantin dengan menitipkan pesanan kepada mereka bagi melayari bahtera perkahwinan.
Congratulation Izzat Haiqal and Dina Zakirsa. Maka bermula satu perjalanan sebagai pasangan suami isteri. Macam mana pun jalan yang bakal ditempuh, tempuhi la dengan sifat bertolak ansur, saling faham memahami untuk sama-sama pastikan jalan yang dipilih menuju kebahagian, keharmonian dan kekal till Jannah. Papa and mama love both of you! – tulisnya.
Pada masa sama juga, Zamarul kelihatan sudah tidak sabar-sabar lagi untuk menimang cucu. Situasi ini jelas terserlah ketika dia membalas komen yang menyatakan pelakon itu tidak lama lagi menjadi atuk.
Zamarul juga sempat berseloroh mengatakan yang umur hanyalah angka dan ‘tittle’ sebagai atuk tidak menghalangnya untuk terus bermain TikTok.