• 18
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    18
    Shares

Buruknya penampilan apabila kelihatan tanda-tanda lemak di leher dan dagu mula muncul. Tambahan pula jika kebetulan ditegur oleh rakan pastinya buat anda rasa rendah diri. Anda tidak keseorangan dalam hal ini malah sejumlah orang mengalaminya, terutama mereka yang memang memiliki berat badan berlebihan.

Lebihan lemak di leher atau biasanya di bahagian bawah dagu nyata mengganggu bagi sebahagian orang walaupun kadang kala faktor genetik turut menjadi faktor utama. Untuk menghilangkannya, ada cara selamat tanpa perlu menyedut lemak mahupun melakukan pembedahan plastik iaitu dengan menggunakan ahan-bahan semula jadi serta melakukan aktiviti yang dijamin sihat tanpa menimbulkan sebarang kesan sampingan berbahaya bagi tubuh.

Ini cara-caranya. Jom cuba.

1. Buat masker putih telur

Masker dengan sebiji telur yang diambil bahagian putihnya sahaja ini merupakan idea yang bagus dan selamat. Cubalah untuk membuat sendiri masker wajah di rumah dengan satu sudu makan minyak peppermint, jus lemon dan sebiji telur (amibil putih sahaja). Campurkan ketiga-tiga bahan ini serta sapukan ke leher dan dagu. Jika anda mencari tip untuk menghilangkan lemak di leher secara alami, inilah langkah yang cukup mudah kerana ia akan memastikan leher anda  tegang apabila rawatan dilakukan secara rutin.

2. Minum banyak air putih

Nampak mudah dan ia sering disarankan ketika seseorang hendak mengurangkan lemak dalam tubuh. Jangan menganggap langkah ini remeh kerana bertambahnya amalan anda mengambil minuman putih setiap hari maka lemak akan terkikis dengan sendirinya. Inilah caranya untuk anda menghilangkan lemak di leher dan bawah dagu yang paling mudah.

3. Buat senaman dagu & leher

Senaman dagu dan leher sememangnya sangat baik dan efektif untuk mengurangkan lemak di bahagian ini. Anda hanya perlu memusingkan leher anda mengikut arah jam, kemudian lakukan gerakan secara lawan jam seperti ketika pemanasan sebelum melakukan senaman. Gerakan ini boleh dilakukan berkali-kali. Selepas itu anda sambung dengan membuka selebar-lebarnya mulut dan tutup kembali mulut anda, ulang aktiviti ini beberapa kali. Lemak yang ada di leher dan dagu pasti akan berkurang.

4. Kunyah gula-gula getah

Lakukan amalan mengunyah gula-gula getah kerana kekerapannya boleh membuatkan otot wajah dan leher anda nampak tegang. Bahkan amalan ini juga membantu untuk mengurangkan lemak yang bertimbun di bahagian leher. Walau bagaimanapun terlalu sering mengunyah gula-gula getah juga boleh menyebabkan kadar gula meningkat, jadi adalah lebih baik anda memilih gula-gula getah yang bebas gula agar ia selamat untuk tubuh badan anda.

5. Minum air teh hijau

Apabila anda minum teh hijau secara teratur, bukan hanya metabolisme tubuh badan anda sahaja yang akan meningkat. Dengan meningkatnya kadar metabolisme, secara automatik pembakaran lemak di dalam tubuh juga akan sempurna termasuk di bahagian leher. Teh hijau mengandungi sifat antioksidan dan ini secara tidak langsung ia sangat baik untuk membuang racun dari dalam tubuh anda.

6. Buat masker coklat hitam

Coklat hitam khususnya dapat dimanfaatkan sebagai masker wajah dan leher. Gunakan bahan yang selamat dan semula jadi ini untuk menegangkan bahagian wajah serta leher. Mungkin anda kirang biasa namun ia sangat disyorkan kerana kesannya sangat baik dalam meningkatkan proses aliran darah sehingga larutan lemak yang ada dalam tubuh menjadi lancar. Kulit leher juga dapat mencegh daripada kendur sebab ketegangan kulit dapat dipertingkatkan dengan cara menghilangkan lemak di leher ini.

7. Banyakkan ketawa & bercakap

Cara menghilangkan lemak di leher belakang dan depan salah satunya adalah dengan aktif ketawa dan bercakap. Memang masuk akal sebenarnya kerana dengan ketawa dan bbercakap, otot leher dan wajah anda secara automatik akan dilatih untuk menjadi semakin tegang. Ketika kulit menegang, secara automatik ia membantu untuk mengusir lemak yang ada pada leher.

Jangan Lupa Komen:

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: