Ads

Sofea Shra Akhiri Zaman Bujang, Cinta Sedekad Bersemi Di Pelamin

Personaliti media sosial, Sofea Shra kini sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya. Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh pempengaruh itu menerusi hantaran di Instagram, sekali gus membuka lembaran baharu dalam perjalanan cinta mereka.

Dalam video yang dikongsikan, hubungan yang  bermula sejak 2016 itu terlebih dahulu diikat menerusi sebuah majlis pertunangan yang berlansung pada Disember 2025 sebelum melangkah ke alam rumah tangga.

Menerusi hantaran video itu juga, Sofea menulis ringkas,“MasyaAllah Tabarakallah. Terima kasih kepada semua yang mendoakan.

Walaupun hanya menitipkan pesanan pendek, perkongsian itu menerima ucapan tahniah serta doa daripada peminat dan rakan selebriti yang turut meraikan kebahagiaan pasangan berkenaan.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sofea Shra (@sofeashra)

BACA JUGA: Busana Pertunangan Izzana Salleh Sarat Nilai Warisan, Tradisi Keluarga Hampir 100 Tahun

Ads

Pada hari perkahwinannya, Sofea kelihatan cukup anggun dalam persalinan baju kurung rona putih bersih rekaan pereka fesyen Adila Long. Pemakaian busana itu dilengkapkan dengan layah panjang labuh meleret yang mencetus pesona romantis.

Ads

Penampilanya yang berhijab dilengkapkan dengan penataan gaya hijab oleh Yaya Ibrahem. Manakala untuk wajahnya pula, Sofea Shra dirias cukup berseri oleh jurusolek Azni Hadi.

Imbas kembali, cara Sofea menjaga privasi hubungan turut mencuri perhatian. Di sebalik kehidupannya sebagai figura media sosial, kisah peribadi itu disimpan rapi sebelum berita perkahwinan dikongsikan kepada umum. Pendekatannya mendapat pujian daripada netizen yang menghargai pilihan untuk berkongsi kebahagiaan apabila tiba waktunya.

Pesona Pengantin mengucapkan selamat pengantin baharu buat Sofea Shra dan suami. Semoga rumah tangga yang dibina sentiasa dilimpahi kasih sayang, ketenangan dan keberkatan.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

Istana Zahran Jadi Saksi Penyatuan Puteri Sara Bint Faisal Dan...

Momen bahagia menghiasi keluarga diraja Jordan apabila Princess Sara bint Faisal bin Al Hussein selamat melangsungkan pernikahan dengan pilihan hatinya, Ali Murabit Mohammad Al...