Kek perkahwinan yang diselaputi indah hiasan fondant sudah menjadi trend kek perkahwinan masa kini di Malaysia. Namun ada juga pasangan mempelai yang mahukan kelainan dengan mencuba sesuatu yang baru seperti naked cake, marble cake, geode cake dan sebagainya.
Antara kek yang semakin diminati ramai sejak akhir-akhir ini adalah drip cake. Kek ini kebiasaannya lebih popular dijadikan hantaran perkahwinan berbanding untuk acara memotong kek. Pada dasarnya ia adalah sebuah kek di mana bahagian atasnya disiram dengan icing cair, coklat cair dan sebagainya, kemudiannya membentuk lelehan disetiap sisi kek.
Sumber: Instagram littlegoldjars
Kebiasaannya kek ini terdiri dari beberapa lapisan kek span dan kemudiannya dihiasi topping yang lazat seperti buah-buahan, edible flowers dan manisan seperti macaron dan chocolate bar. Nampak seperti mudah bukan untuk membuatnya sendiri, namun percayalah ianya memerlukan proses yang panjang dan rumit.
Sumber: Instagram hand.some.cake
Tak kisahlah jenis kek apa yang anda mahukan untuk majlis bersejarah anda nanti, namun apa yang penting sesuaikanlah dengan tema dan lokasi perkahwinan anda bakal berlangsung.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jika Jodoh Dah Sampai Kahwinlah, Pintu Rezeki Akan Sentiasa Terbuka
Perkahwinan merupakan satu sunnah daripada Rasulullah yang sangat digalakkan untuk menjadi ikutan ummah. Banyak hikmah yang diperolehi jika anda bernikah dengan niat yang betul. Orang yang bernikah kerana Allah tidak akan sia-siakan pernikahan tersebut. Justeru, Allah akan menolong orang yang ingin bernikah atas dasar yang betul. Perkahwinan juga akan memberikan tanggungjawab kepada anda kepada isteri dan anak-anak. Justeru, Allah akan membuka pintu rezeki kepada anda jika anda menjalankan kewajipan anda kepada keluarga.
1. Allah akan mencukupkan rezeki mereka yang akan berkahwin
Jika di lihat dalam masyarakat zaman sekarang, ramai antara mereka yang mulanya miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya. Allah swt. telah berfirman di dalam surah An Nur ayat ke 32 yang bermaksud;
“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”.
(Surah An Nur : Ayat 32)
2. Jangan ragu-ragu
Penyakit ragu-ragu sering menjadi persoalan utama jika seseorang yang ingin menikah. Seseorang yang telah memikirkan lebih mendalam mengenai kehidupan dan perjalanan selepas perkahwinan, adalah seorang yang berkeyakinan dan pasti dengan apa yang di lakukan tanpa ragu-ragu. Anda harus meletakkan keyakinan kepada Allah, kerana sebaik-baik perancang adalah Allah. Mohon kepadanya agar kehidupan anda untuk membina sebuah keluarga berjalan dengan lancar dan di redhai.
Jika umur sudah sampai waktunya dan memang wajib untuk segera menikah. Maka, langkah yang seterusnya adalah kita berikhtiar. Jika berikhtiar telah dilakukan, maka jangan pernah berhenti untuk berdoa. Percayalah, Allah swt. telah menentukan saat-saat yang tepat dan terbaik bagi hamba-Nya yang tak pernah putus asa dari Rahmat-Nya.
Kita sebagai seorang muslim perlu terus menunaikan kewajiban kita dan untuk mempercayai dan yakin dengan janji Allah. Jangan sampai bisikan-bisikan syaitan menyusup ke dalam hati. Ianya akan dapat mengugat keimanan kita terhadap kebenaran janji Allah swt, termasuk ketika Allah swt. berjanji akan mencukupkan hamba-Nya yang miskin apabila menikah.
Tiada yang mudah dalam hidup, semuanya perlu di teruskan walaupun sesakit mana pun kita. Allah swt jika ingin memberikan kurnia kepada hamba-Nya. Sungguh, Allah swt. Maha Pemurah dan pemberi rezeki. Ia terserah kepada kita meyakini atau tidak. Dengan keyakinan itu, hidup kita akan lebih optimis dan selalu memikirkan yang positif.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
9 Tip Romantik Suami Isteri Untuk Kekal Bahagia, No 5 Ramai Isteri Malu Nak Buat
Sama ada baharu berkahwin atau sudah lama, tentu anda mengimpikan layanan yang romantik dan penuh kasih sayang daripada pasangan. Ramai yang menganggap, istilah romantik hanya terletak pada kalimat ‘I LOVE YOU’ semata-mata.
Hakikatnya, nek menjadi pasangan yang romantik tidaklah sesukar mana. Buktinya, anda boleh amalkan tip-tip romantik suami isteri ini agar rumah tangga yang dibina terus kekal bahagia.
1. Isteri Bersalaman & Mencium Tangan Suami
Sikap romantik boleh digambarkan apabila isteri bersalaman dan mencium tangan suami tanpa mengira masa. Selain meraih pahala, amalan ini juga menunjukkan sebuah penghormatan dan penghargaan isteri terhadap suaminya kerana dengan tangan itulah, suami bekerja mencari nafkah untuk isteri dan anak-anak.
2. Suami Memeluk & Mencium Pipi Isteri
Isteri juga inginkan penghargaan daripada suaminya. Selepas bersalaman, peluklah isteri dengan penuh kasih sayang dan ciumlah pipi antara satu sama lain. Apabila suami memeluk isteri dengan erat, ia memberi gambaran bahawa isteri adalah anugerah Allah yang terindah untuk anda, malah isteri akan merasakan yang dialah satu-satunya wanita yang anda cintai dan hargai.
3. Peluk Isteri Dari Belakang & Cium Lehernya
Buatlah kejutan dengan memeluk erat isteri dari belakang sambil mencium lehernya. Kejutan ini akan akan membuatkan isteri tersenyum sampai ke telinga dengan aksi romantik suaminya.
4. Mandi Bersama Sambil Bergurau Senda
Tentu ramai masih yang malu-malu nak mandi bersama pasangan. Percayalah amalan mandi bersama ini akan lebih mengeratkan hubungan anda berdua apatah lagi jika kalian masih belum mempunyai anak. Mandilah bersama sambil bergurau senda, namun pastikan anda berdua menjaga aurat di dalam bilik mandi.
5. Jangan Malu Kentut Depan Pasangan
Kebanyakan lelaki sinonim untuk kentut tanpa rasa malu apatah lagi setelah berkahwin, namun sangat jarang isteri melakukan sedemikian di hadapan suami. Bagi isteri, kentut boleh mencatatkan penampilannya sekali gus merosakkan kesempurnaan dirinya sebagai seorang isteri. Jika anda sudah seia sekata menerima seadanya pasangan, masakan kentut menjadi satu perkara besar?
6. Mencubit Manja & Mengusap Punggung Isteri
Tambahkan aksi romantik dalam rumah tangga dengan aktiviti usik-mengusik. Bayangkan jika suami mencubit punggung isterinya secara manja untuk tujuan bergurau senda tentu sahaja akan mencipta mood gembira dalam diri isteri dengan aksi suaminya itu. Tambah membahagiakan apabila selepas mencubit punggung isteri, suami mengusap punggung isteri dengan lembut. Percayalah dengan sentuhan manja ini akan mengarahkan anda berdua untuk meneruskan aktiviti hubungan intim pula selepas itu. Tentu seronok, kan?
7. Bermaafan Sebelum Tidur
Sebelum tidur adalah lebih baik sekiranya anda bedua saling bermaafan kerana kita tidak tahu bilakah ajal akan menjemput kita. Tambahkan kemanisan dalam rumah tangga dengan bersalaman sebelum masing-masing tidur. Jika pasangan anda sudah tidur, lakukan aksi romantik secara diam dengan menatap wajahnya sambil mencium pipinya.
8. Suami Hulurkan Lengan Sebagai Bantal
Saat ingin tidur perkara yang sweet apabila suami menghulurkan lengannya untuk anda jadikan bantal. Wah! Gerenti berbunga-bunga perasaan anda ketika itu. Malah menurut kajian MOHEMA, Isteri yang tidur berbantalkan lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap tujuh hingga lapan dalam tahap lena tidur. Sebelum lakukan amalan ini, pastikan suami membersihkan ketiak mereka terlebih dahulu ya.
9. Solat Berjemaah Bersama-Sama
Bersolat jemaah bersama suami haruslah dimulakan dari hari pertama sah menjadi suami isteri. Ia mempunyai banyak ganjaran iaitu mendapat 27 darjat pahala apabila amalan ini dilakukan bersama. Sangat digalakkan apabila sesudah bersolat, anda berdua membaca Al-Quran sambil suami menyemak bacaan isteri. Lebih afdal hubungan anda berdua sambil bila-bila.
Sumber : Raihan Jsd
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Majlis Lagi Dua Minggu, Pengantin Janganlah Buat Kerja Berat-Berat, Fokus Untuk Diri Sendiri
Tarikh majlis semakin dekat dan perasaan anda semakin gementar untuk menempuh hari besar anda. Anda perlukan sesuatu yang mampu menaikkan keyakinan anda. Di bawah disenaraikan beberapa persediaan yang boleh anda lakukan dalam minggu-minggu terakhir sebelum majlis yang mampu memberi kelegaan kepada anda dan seterusnya meningkatkan keyakinan anda, selain membantu melancarkan lagi perjalanan majlis anda.
1. Menyemak Ramalan Cuaca
Walaupun mungkin anda telah pun memeriksa ramalan cuaca lama dahulu semasa ingin memilih tarikh yang bersesuaian, ada kemungkinan ramalan itu telah berubah atau dikemaskini sesuai dengan perkembangan terbaru yang diterima oleh pakar kaji cuaca tersebut. Makanya, dengan memeriksa ramalan kaji cuaca yang terkini mampu memberikan anda persediaan yang lebih baik dan membuatkan anda lebih yakin.
2. Spa & Saloon
Manjakanlah diri anda dan pasangan dengan rawatan Spa ataupun salon yang bersesuaian. Kemaskan rambut dan yang mana bersesuaian. Mungkin juga professional shave untuk pengantin lelaki agar anda nampak lebih segak dan bergaya di hari majlis nanti. Namun, elakkan untuk lakukan apa – apa rawatan muka pada tempoh ini. Rawatan muka seharusnya dilakukan lebih awal kerana sekiranya anda lakukan rawatan muka di minggu – minggu akhir ini, siapa tahu mungkin anda mendapat alahan disebabkan produk tidak sesuai dengan kulit muka anda dan sebagainya.
3. Kekemasan Diri
Kekemasan diri adalah tanggungjawab kita sendiri. Jika ada bulu hidung yang dah ‘melebihi paras’ tu, cabutlah. Potong kuku, facial hair yang tidak dikehendaki dan jangan lupa tidur dengan cukup untuk elakkan muka sembam. Jika ada modal lebih, tidak salah sekiranya anda laburkan sedikit untuk lakukan rawatan pemutihan gigi atau rawatan gigi lain.
4. Memberi Taklimat Ringkas Kepada Keluarga
Ambil sedikit masa untuk kumpulkan keluarga untuk anda berikan taklimat ringkas berkenaan perjalanan majlis yang telah anda rancang. Kebiasannya, ini dilakukan ketika semua ahli keluarga telahpun berkumpul bagi meraikan majlis anda yang akan tiba satu atau dua hari lagi.
5. Berdoa dan Bertawakal
Akhir sekali, banyakkan doa dan bertawakal kepada tuhan agar majlis anda berjalan lancar sepertimana yang telah dirancang dan sentiasa redha dengan perkara luar kawalan yang mungkin akan mencacatkan majlis anda.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI