Tak salah berniat nak poligami tetapi kena ada ilmu dalam rumah tangga, bukan main redah ikut kepala sendiri.
Nak-nak yang poket tak tebal sangat, kemudian punya anak-anak yang masih kecil. Perangai isteri pula macam mana, semua itu kena ambil kira. Jom pergi lebih jauh!
Nak Poligami Tak Salah Tapi…
Poligami ini bukan perkara kau boleh buat suka-suka. Isteri yang kau ada sekarang, hati dia kau kena jaga sungguh. Ummi pernah pesan ke aku;
“Jangan permainkan hati perempuan.”
Lagi pula isteri itu isteri pertama kau. Baik, dia begini;
1. Islam tidak mensyaratkan kau mesti mendapatkan izin isteri pertama untuk kau kahwin 1 lagi. Tapi mendahulukan hati seorang yang bernama isteri itu keadilan yang kau kena buat.
2. Kalau berlaku dia tidak setuju, hormati keputusan itu. Berbincang habis-habis dulu. Fahamkan dia apa sebab kau nak berbuat begitu. Apa pula perancangan kau nak handle 2 hati lepas ini.
3. Kalau sampai masa dia setuju, kau buatlah. Andai sampai ke sudah dia masih belum bersetuju, dan dalam masa yang sama dia masih taat sebagai isteri, kau jagalah dia seorang sahaja.
Percayalah, kau tak akan jumpa hati yang sama seperti itu di tempat lain.
Ads
4. Menjaga dan mendidik 1 hati pun berat. Lebih lagi lah mendidik 2 hati. Kan? Keperluan 2 orang isteri ini kau mesti penuhi. Kau dah ukur kemampuan sendiri? Persoalan ini semua kau kena jawab dulu.
5. Menceraikan isteri pertama yang tidak setuju dengan kehendak kau nak berkahwin lain adalah 1 perbuatan yang cukup tidak bertanggungjawab. Lagi pula kau baru kahwin bang dengan dia. Ya ampun.
Pesan aku, baca balik poin nombor 2 dan 3.
Kalian, rumah tangga ini dibina bersama. Suami dan isteri ibarat 2 sayap burung. Untuk terbang, keduanya perlu bergerak serentak. Ke atas ke bawahnya sama. Mesti sepakat dan sekata.
Ads
Kalau satu ke atas, satu ke bawah, percayalah kau akan menjunam ke bawah dengan cukup laju. Hah!
Faham?
Termasuklah kalau kau rasa kau mampu untuk mengemudi 2 isteri, tetap kau kena pastikan isteri yang ada sekarang faham juga. Dia juga yakin dengan kemampuan kau.
Kawan-kawan, isteri itu anugerah Tuhan buat kita. Kenapa mudah sangat kita sia-siakan hati mereka?
Atas kapasiti apa aku bercakap semua ni? Aku poligami ke? Oh tidak tuan-tuan puan-puan.
Cuma aku anak sulong kepada isteri pertama ayah aku. Dan ummi aku ada 3 adik madu yang boleh hidup 1 bumbung bersama.
Ads
Sembahyang sama-sama, masak bergilir, buat kerja rumah sama-sama.
Ummi dengan adik madu yang lain memang macam adik beradik. Anak jaga sama-sama. Sekali pun anak daripada madu dia sendiri.
Namun begitu ingat ini, aku jadi mata yang menyaksikan poligami bukan mudah. Kau kena jadi manusia yang sangat sangat sangat sabar.
Wajib menjadi hamba yang hidup penuh dengan air mata. Merintih dan mengadu cuma pada Tuhan. Abah sebagai seorang suami yang tak pernah tinggal sembahyang malam sekali pun.
Sembahyang fardhu mesti berjemaah. Disiplin beragama sangat tinggi. Bukan Abah seorang diri. Semua isterinya juga diajak mendahulukan agama lebih daripada segalanya.
Abah sedia untuk sembahyang, isteri-isteri dah dalam saf di tikar sembahyang. Sampai tahap itu. Dan aku berani cakap, gelaran PU bukanlah tanda kau dah cukup sabar untuk semua itu.
2 hari dah amalkan rendam kaki dalam ais.. best jugak… memang banyak kebaikkannya
Untuk gout, sakit kepala, sakit badan, lesu, minor stroke, sakit urat, tak lena tido malam. Badan rasa berat dan penat.. try laa..
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit dan Ais Batu
Untuk pengetahuan anda amalan rendaman kaki dengan air yang dicampurkan dengan sedikit ais batu dapat melegakan ketegangan otot dan ianya dapat mengelakkan dari gangguan Jin.
Tahukah anda bila anda bangun dari tidur bila di pijak kaki pada lantai yang sejuk jika anda terasa menyucuk2 di tapak kaki itu maknanya dalam badan anda banyak angin. Angin dalam badan anda itu angin tidak elok.
Sesiapa yang mengalami masalah tersebut, kerap sakit kepala, sakit belakang, sakit belikat, lenguh tengkuk, kerap sedawa, kerap kembung perut.
Terapi rendaman kaki dengan air yang dicampurkan bersama sedikit ais bagi org yang sukar tidur malam adalah baik jika diamalkan. Bagi masalah sakit kepala pula ataupun bisa sakit-sakit badan, adalah elok untuk mengamalkan rawatan rendaman kaki yang dicampur bersama dengan ais ini.
Menurut perubatan Islam, sekiranya anda ada mengalami gangguan jin yang kronik anda pasti akan rasa sakit seperti menyucuk-nyucuk di kaki yang di rendam itu. Itu adalah tandanya yang tubuh kita ada mangalami gangguan makhluk halus. Oleh itu sekiranya di amalkan inshaaAllah izin Allah jin akan terhindar dari pada tubuh anda.
Menurut sumber, untuk kesan yang lebih baik lagi campurkan air rendaman kaki tersebut dengann daun bidara, limau nipis dan garam bukit dalam air berais itu. Kesannya amat baik dalam tubuh badan kita.
Bolehlah diamalkan membaca sebelum rendam kaki Surah Al_Fatihah7x Surah Al_ikhlas7x Dan_selawat7x
InshaaAllah denagn Izin Allah Kaki badan akan berasa ringan.
Menurut Perubatan Islam, kesan gangguan makhluk halus adalah seperti
=Kaki anda berasa Pijar bila di rendam kaki anda dalam Ais
=Lenguh dan kebas pada kaki
=Sakit mencucuk di kaki
Haruslah diingat ini adalah salah satu cara alternatif dalam rawatan islam dan ianya juga adalah sebagai salah satu iktiar untuk merawat pesakit, inshaaAllah dengan izin Allah sakit anda akan sembuh atau berkurangan. Ianya juga adalah mengikut kesesuaian tubuh badan anda, wallahualam.
Setiap manusia pasti menginginkan pasangan paling tepat dan terbaik untuk dijadikan pilihan hati. Bukan seperti kisah novel, semuanya nampak indah sahaja. Lumrahnya, kehidupan berpasangan penuh dengan onak dan duri yang perlu ditempuh. Tidak salah sekiranya anda bertanyakan diri sendiri sama ada pasangan anda merupakan pilihan yang tepat untuk diri anda.
Tiada siapa di atas muka bumi ini mahukan pasangan yang tidak baik ataupun jahat. Keserasian antara pasangan adalah tunjang kepada keharmonian rumah tangga. Namun adakah pasangan anda merupakan pilihan terbaik buat anda? Pesona Pengantin kongsikan 5 tanda dia adalah pilihan ideal dan tepat untuk diri anda.
1. CEMBURU BUKAN CINTA
Anda sering mendengar cemburu itu perlu dalam sesuatu perhubungan. Lebih cemburu pasangan anda maka lebih kuatlah cinta dia kepada anda. Namun hakikatnya ia tidak benar. Cemburu itu adalah salah satu sebab kepada kemusnahan sesuatu perhubungan dan ia mesti dikawal. Sebagai contoh, sekiranya pasangan anda menerima bantuan seseorang, ini tidak bermakna bahawa dia berkongsi perasaan intim dengan individu tersebut.
Namun ramai pasangan yang tidak dapat memahami kebenaran ini. Kebanyakannya lebih suka melihat pasangannya sebagai ‘harta’. Terdapat banyak perkara yang boleh mendekatkan anda dengan pasangan anda tetapi cemburu dengan mudah akan memusnahkan segala-galanya.
2. MATLAMAT YANG TIDAK SERASI
Sikap berlawanan pasti akan tertarik. Ia adalah ungkapan yang sering di dengar namun ia adalah berbeza dengan kehidupan yang sebenar. Ia mungkin akan kelihatan sempurna ketika anda dan pasangan anda belajar di universiti yang sama namun sebaik sahaja anda mula mengejar kerjaya yang berasingan, anda dan pasangan anda akan mula kurang meluangkan masa bersama. Akibatnya, hubungan anda bersama pasangan akan menjadi dingin.
Ia sudah tentu sukar untuk mencari pasangan yang mempunyai matlamat yang hampir sama dengan anda namun anda perlu pastikan pasangan anda mempunyai pemandangan yang sama seperti perancangan rumah, pengagihan peranan dalam keluarga, membesarkan anak, pendidikan dan nilai moral. Jika pendapat anda berbeza dengan pasangan anda maka tidak usah menipu diri sendiri, tidak kira betapa kuat cinta anda kepada pasangan anda.
3. SERING BERGADUH
Ramai pasangan yang percaya pergaduhan kecil antara pasangan bukanlah perkara yang membahayakan. Sudah tentu, tiada pasangan yang boleh mengelak dari petengkaran sama sekali. Ia adalah perkara yang tidak dapat dielakkan dalam perhubungan dan ia juga penting dalam menguatkan lagi hubungan anda bersama pasangan anda. Namun jika anda dan pasangan anda kerap bertengkar, ia mungkin tanda untuk anda mengambil serius tentang hubungan anda bersama pasangan anda.
Pertengkaran yang kerap berlaku boleh membawa kepada penderaan fizikal. Anda harus berfikir secara perspektif: apa yang akan terjadi pada diri anda dalam masa beberapa tahun? Bagaimana hidup anda bersama si dia dalam masa 5-10 tahun apabila tiada lagi kata manis dan hanya ada pertengkaran yang tidak kesudahannya? Anda perlu gambarkan masa depan anda bersama pasangan anda dan bagaimana kehidupan itu sesuai dengan konsep anda tentang keluarga dan kasih sayang.
4. SENTIASA MERAGUI PILIHAN ANDA
Tidak mengapa sekiranya anda meragui hubungan anda dan merasa gelisah apabila anda memikirkan kemungkinan anda akan berkahwin dengan pasangan anda. Tetapi dalam hubungan yang sihat, masa akan sentiasa membantu untuk mengurangkan keraguan dan kebimbangan anda.
Tempoh yang anda luangkan bersama pasangan anda akan mengurangkan perasaan bimbang yang anda alami. Secara beransur-ansur anda akan menemui ciri dan kualiti yang pasangan anda miliki dan seterusnya anda akan dapat kepuasan dalam hubungan anda bersama pasangan.
5. JARAK
Perhubungan jarak jauh adalah sesuatu yang membahayakan perhubungan anda. Jarak yang besar di antara anda dan pasangan anda akan menyukarkan anda untuk bertemu dengan pasangan anda dengan lebih kerap. Anda dan pasangan anda lebih gemar menghabiskan masa lapang sendirian.
Hubungan jarak jauh adalah perkara yang sukar untuk dilakukan. Walaupun dengan kemajuan teknologi yang memudahkan anda untuk berhubungan dengan pasangan anda namun ia tidak sama seperti meluangkan masa bersama dengan pasangan anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Persiapan nak kahwin sebenarnya busy dia mengalahkan nak exam besar. Percayalah walau setahun awal perancangan korang, pasti ada benda tercicir last minute nanti. Wanita ini kongsi, tips untuk tak kelam kabut masa wedding day korang nanti.
Kredit : Twitter Intan Kaharuddin
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!